Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Monday, June 11, 2012

NFC: Rafizi Nak Buat Filem Pulak Dah


DISEKELILING Rafizi sekarang, rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat sangat. Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.

Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah, sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu. Disember lepas, Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp – syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal, tidak menjadi kenyataan. Ini penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja. Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat. Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.

Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini). FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis. Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama. Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.

Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin Rais, Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti. Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada pengalaman dan keupayaan.

Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa. Yang kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).

Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar. Sekarang kita nak lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.

Friday, June 1, 2012

Isu NFC : Pakatan Pembangkang Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka


Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menggesa agar pakatan pembangkang terutama Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Desakan ini tegas beliau adalah berikutan tuduhan mereka bahawa Shahrizat terlibat di dalam isu pinjaman RM250 juta kepada NFC namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengumumkan bahawa Shahrizat tidak terlibat sama sekali didalam isu berkenaan.

“Pengumuman ini sekaligus membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar yang mengaitkan Datuk Seri Shahrizat dalam isu NFC semata-mata bermotifkan politik. Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang dilakukan pembangkang terhadap beliau. Disebabkan perkara ini, nama baik Shahrizat telah tercemar dan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri dan Ketua Pergerakan Wanita.

“Saya merasakan bahawa Shahrizat telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang yang hanya mahu merosakkan imej Shahrizat sekaligus UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Namun begitu Hamidah sedar, pengumuman SPRM ini sudah pasti tidak akan diterima sama sekali oleh pakatan pembangkang dan mereka akan mula membuat pelbagai tuduhan lain ekoran daripada pengumuman ini.

“Namun apa yang pasti dan telah terbukti, Shahrizat sudah didapati tidak bersalah dan tidak terbabit dalam kes NFC. Oleh itu, saya sekali lagi mendesak agar pakatan pembangkang memohon maaf secara terbuka bagi menebus maruah dan nama baik Shahrizat,” ujarnya lagi.

Friday, April 6, 2012

NFC: Yang Dibekukan Aset NFC Bukan NFC Corp


RAFIZI (baby boy Anwar Ibrahim), sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan kononnya Perdana Menteri menipu dalam soal pembekuan aset NFC, apabila menunjukkan beberapa dokumen yang kononnya membuktikan bahawa pengarah NFC, Datuk Seri Muhammad Ismail dan anaknya sedang cuba melupuskan beberapa aset hartanah milik syarikat tersebut.

Beruang taknak cerita panjang pasal pendedahan Rafizi itu kerana semuanya boleh dirujuk di Internet.


Yang Beruang nak jelaskan disini ialah, maklumat dari sumber dalaman NFC sendiri menyatakan bahawa aset-aset yang di dakwa Rafizi akan dilupuskan itu sebenarnya milik NFC Corp, bukan NFC. Aset NFC memang dibekukan seperti mana yang disebutkan Perdana Menteri beberapa bulan lepas, transaksi yang ditunjukkan Rafizi di Parlimen pada Selasa lepas ialah membabitkan NFC Corp.

Jelasnya, tuduhan mengatakan Datuk Seri Najib menipu itu jelasnya tidak benar. Datuk Seri Najib tidak pernah sama sekali mengatakan aset NFC Corp yang dibekukan sebaliknya NFC sahaja.

Apa yang dibuat Rafizi ini sebenarnya cubaan untuk memanaskan isu yang sebenarnya telah sejuk. NFC ini sebenarnya cubaan untuk memalitkan Shahrizat, UMNO dan kerajaan BN dengan skandal tapi jelas dan nyata, kesemua pihak yang disebutkan itu tidak pun terlibat dengan skandal yang disebutkan Rafizi, sebaliknya yang terlibat ialah pihak pengurusan NFC Corp itu sendiri.

Sebab itu yang dibawa dan dituduh di mahkamah hanya suami Shahrizat (Datuk Seri Muhammad Salleh), bukan mana-mana pihak dari UMNO mahupun kerajaan. Shahrizat pun tidak (terbabit), hanya mengiringi suaminya ke mahkamah sahaja.

Itu pun baru bawa ke mahkamah, belum tentu salah ke betulnya lagi.

Pendek kata, dari segi intergritinya, tuduhan asal Rafizi yang mengaitkan 'skandal' NFC dengan Shahrizat dan UMNO telah musnah sama sekali dan ini turut diakui rakyat yang jelas tidak beri perhatian kepada apa-apa perkara berkaitan NFC ini lagi dah sejak Ketua Audit negara sendiri mengesahkan tidak ada penyelewengan berlaku dalam pengurusan NFC.

Sebab itu Rafizi cari juga jalan bagaimana nak perhangatkan keadaan, dengan menggunakan lobi parlimen sebagai lokasi 'pendedahannya'. Konon-konon macam dia dah sama taraf dengan ahli Parlimenlah sehingga boleh beri kenyataan di situ.

Tuan/puan semua perlu ingat, Rafizi tidak ada jasa yang nak ditunjuk kepada rakyat untuk menjustifikasi pemilihannya sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang. Nak kata dia aktivis masyarakat bukan, kata kata ahli agama pun bukan, jadi Anwar perlu reka satu isu untuk mempopularkan Rafizi, sama seperti Anwar mereka himpunan Bersih untuk mempopularkan Ambiga.

-Beruang Biru

Sunday, February 5, 2012

Wow! Paparazi Si Jambu Intip Shahrizat


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.


Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Friday, January 20, 2012

Rafizi Pencacai Anwar Perasan Hebat Tapi Hancik @rafiziramli

Pencacai Anwar Rafizi Ramli Cakap Tak Serupa Bikin...

Marah betul si pencacai ni kat aku hahaha... baru kena usik sikit dah melenting, siap buat posting kat wall FB kata dia di serang...!

Bro U Cheap la... takkan nak cari publisiti murah dengan cara ni... gaduh dengan blogger UMNO lepas tu mengadu kat FB haha! Macam budak-budak!

Rafizi mula perasan kononnya dia lah hero, glamer la konon di serang blogger UMNO... Tapi yang sebenarnya Rafizi terkucil, hancik, keras tak terjawab serangan di twitter.. Apa pun tak boleh!

Sorry la bro... Ko macam hebat, tapi habuk pun tarak.... Rafizi ni hanya sekadar budak hingusan sama taraf dengan Chegu Bard yang tak ada apa-apa jasa pun... Perasan je hebat!

Rafizi Ramli @rafiziramli
Cheap, buat malu @Khairykj RT @aidilarazak: byknya duit RT @BroJinggo: Betul Ke Rafizi Bayar RM200 Kpd Peserta 901?: bit.ly/A1W0Bw
(Rafizi cuba mengelak pertanyaan aku...)


Rafizi Ramli @rafiziramli 2h
@BroJinggo Itu fitnah. Sdr sebar sdr tanggung dosa. Pimpinan kanan PKR x blast mass sms ;-) tmbh2 masa 901 @Khairykj @aidilarazak
In reply to Bro Jinggo
(Rafizi tidak dapat membezakan pertanyaan dengan fitnah, dia main taruk je... belagak baik konon nak azankan aku)

Rafizi Ramli @rafiziramli
Nk dpt rm200 pi mintak ngn @Khairykj bdk dia @BroJinggo reka2 sms ;-) RT @HIZWANahmad: aku xdpt pun ;)
(Serangan murahan dari Rafizi)

Rafizi Ramli @rafiziramli
@nazrinzakaria Ha2 @BroJinggo & blogger umno xleh jwb isu lembu, mula reka fitnah baru. Kerja diorg syok sendiri dlm fitnah
In reply to nzrn
(Silap la Rafizi...)

Rafizi Ramli @rafiziramli
@BroJinggo Takde la hangin, usik saja ;-). Saya jawab: "itu satu fitnah, saya atau PKR bukn guna cara umno/perkasa upah & angkut org" #fb
In reply to Bro Jinggo
(Rafizi mula panas... cakap tak serupa bikin, fitnah UMNO tanpa bukti... mula-mula dia azankan aku... lepas tu dia yang tabur fitnah pulak! apa cer bro?)

Rafizi Ramli @rafiziramli
Pencacai2 @Khairykj mula menyemak menyerang kmbali, mungkin lps Ketua Wanita selamatkan Ketua Pemuda psl NFC dgn saman 100j ;-) #fb
(Rafizi dah tak boleh nak jawab serangan demi serangan di twitter... tuduh budak KJ punya keja... Pe cer dol?)


Rafizi silap kata blogger Umno tak boleh jawab isu lembu Jinglot PKR!

Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja.

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai.

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno.

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Teruskan membaca di sini...

Friday, January 13, 2012

Isu NFC: Shahrizat Ambil Cuti 3 Minggu Bagi Membantu Siasatan SPRM


Inilah perbezaan yang ada diantara pemimpin UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat... Agak-agak kalau kena dekat batang hidung pembangkang mahu ke mereka memberi kerjasama dengan SPRM? Haram... lagi di heretnya rakyat untuk menyelamatkan diri mereka ada lah...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan beliau akan mula bercuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu bermula esok.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, permohonan cuti rehat itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadapnya berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Katanya, beliau telah pun membuat permohonan cuti tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Saya berharap SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Ia termasuk dakwaan mengenai berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperoleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Lembah Klang.

Shahrizat sebelum ini menegaskan, beliau tiada kena-mengena dengan isu berkaitan NFC.