Showing posts with label PRU-13. Show all posts
Showing posts with label PRU-13. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

PRU-13: BN Pertaruh Muka Baru Tawan Selangor


Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber.

Pakatan Haram (DAP, PKR, PAS) juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama.

Sumber BN berkata: “Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga.”

Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling.

Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar.

Saturday, January 26, 2013

Ramalan Keupayaan BN Menang Dua Pertiga Pada PRU-13, Bikin Pakatan Haram Mengelupur


Nampaknya puak pembangkang mengelupur habis bila mendengar kenyataan dari Datuk Fuad Hassan, yang menyatakan bahawa BN berkeupayaan peroleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13 nanti...

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang masih tidak mahu mengiktiraf kemenangan BN dalam PRU 2008 walaupun kerusi Pakatan Pembangkang telah bertambah dengan mendadak. Akibatnya, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam huru-hara akibat perbuatan Pakatan Pembangkang yang masih belum berpjak di bumi yang nyata.

Adalah tidak mustahil perhimpunan mahupun demontrasi haram akan berterusan selepas pilihan raya lebih-lebih lagi kekalahan yang akan dihadapi PRU-13.

Terimalah hakikat yang sebenar dimana kita berpijak di bumi yang nyata!

Bernama- Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan.

Beliau berkata, untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

"InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta yang menghadiri majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor, di sini, hari ini.

Fuad melahirkan keyakinannya bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor terhadap BN akan melebihi tahap 65 peratus dan mencecah sehingga 80 peratus dan lebih.

Katanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga sudah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.

Menurut Fuad, banyak daripada isu yang dimainkan pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene, loji nadir bumi Lynas dan lain-lain "diselesaikan", menyebabkan pembangkang kini tercari-cari isu baru.
Katanya, usaha pembangkang untuk mengumpul sejuta orang pada perhimpunan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, gagal kerana perhimpunan itu itu hanya dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Beliau berkata, pembangkang menolak tawaran kerajaan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar kerana menyedari ketidakmampuan mereka untuk menarik peserta yang ramai ke perhimpunan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, jentera media sosial BN meliputi Twitter, Facebook dan lain-lain medium kini lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani serangan daripada pembangkang berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, Fuad meminta media sosial BN meneruskan usaha mereka dengan mendekati kira-kira 2.8 juta pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU-13 ini.

Pengundi muda terbabit katanya, tidak lagi bergantung kepada media lama seperti suratkhabar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat, tetapi bergantung sepenuhnya kepada internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Thursday, September 27, 2012

70 Peratus Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13


Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan.

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti.

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN.

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain.

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja

Wednesday, June 6, 2012

Why Are Chinese Keeping Themselves Away From PR?



With the General Election coming closer and closer, political parties in Malaysia are working a lot harder than usual. Even though no one really know the exact date, but from the behavior of these politicians, it seems like it would begin even tomorrow.

Pakatan Rakyat, as a party who does not need to be responsible on just about everything has now began their campaigns although they actually have been doing it around the clock. PR is trying their best to convince their supporters that they could win this time around. They even speculated that they should have won big before this, if the elections were just and clean.

Many were fooled with the dirty election propaganda which was brought by PR, including the Chinese who previously do not really care about street politics. The Chinese usually focuses on politics that could strenghten the economic status of their race. But, due to constant lies, many Chinese were fooled with the opposition's strategy in which they try to tarnish the government's image and that now they are starting to believe that the situation of Malaysian electoral system is in a dirty condition.

Most of them had made Malaysiakini and other Chinese newspapers as their reference and they would not accept any explanations made by the EC nor the government. From there, they are providing full support towards the efforts in 'cleaning up' election system via BERSIH.

Without them realizing, they have been used by the opposition to sabotage the country, thus, to themselves. They then decided to follow Ambiga even though they knew that the government had offered a stadium for them to hold a peaceful demonstration. The government had tried to put a sense in them by providing explanations that BERSIH 3.0 is not necessary, but they simply do not believe any of that.

Until Anwar ordered BERSIH 3.0 participants to start causing riot, then the Chinese suddenly stood in silence. At that moment, most of them decided to go home with rage because BERSIH had been taken over by the opposition. All of the things that the government had explained to them were true.

The Chinese might be smart in business, but that does not mean that they are smart in everything. Whether they realize this or not, their race can be easily influenced by those with interest by using the subject of racism which the they have in order to destroy their own country.

In the context of our country, the Chinese are told to believe that the government do not really care about them. They are also taught to deny all of the chances that are given to their race and the ability to practice their own language and culture in different schools, as a proof that the government really care. They are told to make selfish demands which does not translate unity and national interest. All of those, for the purpose of weakening the country's structure so that it would make it easier for our enemies to infiltrate this country.

That is why, whenever anyone mentions about the government, EC, MACC or even the police, the Chinese would translate it as 'Malay'. That is why they really hate Malays, they simply cannot see any good in Malays. They became blind, and they decides to believe every single bad things that are said about the Malays without even considering any other factors.

So, it is not surprising if they still believe that this country is not clean, only because people told them so. When the government or the EC provide facts and figures to deny those claims, they would not accept any of it. Instead, they would believe every single thing that are 'fed' by others who wants to tarnish the government and EC's image, even if those' fact and figures' do not even make sense.

It is hard to make them realize that they are in the wrong direction, but that is how Malaysian Chinese are today - they are prejudice towards the government and anything that has the word Malay in it.

But, it seems that BERSIH 3.0 had given them a blow. now, most of them are starting to realize that BERSIH is only the opposition's tool to gain power from the streets. Due to that, most of them are keeping themselves away from PR and chooses to be undecided.

However, the Chinese are still too arrogant to admit that BN government, under the leadership of the Malays are not as bad as how PR have been telling them. In average, it seems that the Chinese are still keeping their race and political stand. They still could not accept the fact that the success of their race in Malaysia is assisted by the leadership of Malays in UMNO-BN.

It seems that the Chinese still could not fathom that without our leadership, they might have not gotten to where they are now.

As for now, they had taken the best measure which is to get away from PR, but they need to realize that it would only be better of they stick with BN.



Dengan bahang pilihanraya semakin terasa, parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja. Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik, terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.

Pakatan Rakyat, sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipatgandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa. PR sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini. Malah, mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini, sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih.

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR, termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan. Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonomi kaum mereka. Tetapi, akibat hasutan yang berterusan, ramai kaum Cina termakan strategi pembangkang yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali.

Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan. Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH.

Tanpa mereka sedari, mereka telah diperalatkan oleh pembangkang untuk mengsabotaj negara sendiri, sekali gus, diri sendiri. Lalu mereka pun turun ke jalanan membontoti Ambiga walaupun mereka tahu bahawa kerajaan telah menawarkan stadium untuk mereka berdemonstrasi dengan aman. Kerajaan telah berusaha menyedarkan mereka dengan penjelasan demi penjelasan bahawa BERSIH 3.0 adalah tidak perlu sama sekali namun mereka tidak percaya.

Sehinggalah apabila Anwar mengarahkan peserta BERSIH 3.0 merusuh dan mengganas, maka kaum Cina tiba-tiba terpinga-pinga. Pada ketika itu, sebahagian besar dari mereka pulang ke rumah dalam keadaan berang kerana ‘BERSIH telah diambil-alih oleh pembangkang’. Segala peringatan kerajaan kepada mereka kini terserlah sebagai benar belaka.

Kaum Cina mungkin bijak berniaga, tetapi itu tidak bermakna mereka bijak dalam segala-galanya. Sedar atau tidak, kaum mereka paling mudah untuk dihasut oleh pihak yang berkepentingan dengan hanya mempergunakan sifat perkauman yang berakar-umbi di dalam diri orang-orang Cina untuk menghancurkan/mengkhianati negara sendiri.

Dalam konteks negara ini, kaum Cina dihasut agar percaya bahawa kerajaan menganaktirikan mereka. Mereka juga diajar agar menafikan segala peluang yang diperolehi kaum mereka serta kelonggaran untuk mereka mengamalkan bahasa dan budaya sendiri di sekolah berasingan, sebagai bukti keikhlasan kerajaan. Mereka diasuh agar membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat pentingkan diri serta membelakangkan perpaduan dan kepentingan kebangsaan. Semua ini adalah bertujuan untuk melemahkan struktur negara agar memudahkan musuh untuk menguasai kita.

Kerana itu, apabila disebut sahaja kerajaan, SPR, SPRM atau polis, maka kaum Cina akan menterjemahnya sebagai ‘Melayu’. Oleh kerana kebencian yang begitu meluap terhadap kaum Melayu, mereka tidak lagi dapat melihat apa-apapun kebaikan dari pihak-pihak ini. Mereka menjadi buta dan akan mempercayai apa sahaja yang buruk mengenai ‘Melayu’ tanpa berfikir dua kali.

Maka tidak hairanlah mereka percaya bahawa pilihanraya negara ini tidak bersih hanya kerana ada orang yang menyatakan begitu. Apabila kerajaan atau SPR memberikan fakta dan angka untuk menepis tuduhan itu, mereka enggan menerimanya. Tetapi, mereka akan percaya apa saja ‘fakta dan angka’ yang disogok oleh pihak lain yang bertujuan memburukkan imej kerajaan dan SPR, walaupun ‘fakta dan angka’ itu tidak masuk akal langsung.

Memang sukar untuk menyedarkan manusia yang memilih untuk bersikap prejudis dan begitulah keadaannya kaum Cina di Malaysia hari ini – mereka prejudis terhadap kerajaan dan apa saja yang berbunyi Melayu.

Tetapi, nampaknya BERSIH 3.0 telah ‘menampar’ mereka sehingga terjaga dari dibuai mimpi kebencian yang meluap-luap. Kini, ramai dari mereka sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk berkuasa melalui jalan belakang. Akibatnya, ramai dari mereka mula menjauhkan diri dari PR dan memilih untuk menjadi pengundi atas pagar.

Walaubagaimanapun, kaum Cina masih terlalu angkuh untuk mengakui bahawa kerajaan BN pimpinan Melayu tidaklah seburuk atau sejahat yang dituduh oleh PR. Rata-rata kelihatannya kaum Cina masih tegar berpegang kepada semangat perkauman dalam menyatakan pendirian politik mereka. Mereka masih enggan menerima hakikat bahawa kejayaan kaum mereka di Malaysia hari ini juga adalah berkat keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu-UMNO-BN. Kaum Cina nampaknya masih belum mampu memahami bahawa jika kepimpinan kita tidak bijak, kaum Cina juga tidak mungkin mampu berjaya seperti hari ini.

Setakat ini, kaum Cina telah melakukan perkara yang bijak dengan menjauhkan diri dari PR tetapi sedarlah bahawa kebijaksanaan itu hanya akan berguna jika mereka kembali mendekatkan diri dengan BN

Wednesday, May 16, 2012

Bila Pilihanraya?


Perdebatan yang hangat di sebuah rancangan fantasi mengenai "Bila Pilihanraya".. Saksikan di you tube ini..



Bila sampai masanya.... janji undi!

Sunday, April 15, 2012

Bahang PRU Semakin Terasa: BN Beri 2 Minggu Serah Nama Calon


Barisan Nasional (BN) akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponennya esok, meminta supaya mereka menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

"... esok saya akan tulis kepada semua pemimpin parti komponen seperti yang diarah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini hari ini.

Katanya, beliau juga difahamkan ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain.

Bagaimanapun perkara itu belum dapat disahkan, katanya.

Mengenai senarai calon Umno, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung parti itu, berkata, saringan peringkat pertama telah selesai dan senarainya akan dihantar kepada presiden parti tidak lama lagi.

Presiden parti yang juga pengerusi BN, kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menyaring lagi semua nama calon yang diterimanya, termasuk senarai calon dari parti-parti komponen lain, bagi memilih calon yang paling sesuai untuk bertanding, katanya.

Merujuk kepada nama yang dicadangkan Umno bahagian, Tengku Adnan berkata, semua bahagian diminta mengesyorkan tiga nama, namun ada yang menghantar lebih daripada tiga, ada yang hanya menghantar satu nama, dan ada yang minta dikekalkan muka lama.

Beliau berkata ada juga bahagian yang mengesyorkan nama calon yang berada di luar bahagian berkenaan selain pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang dirasakan mampu membawa kemenangan di kawasan mereka pada pilihan raya nanti.

"Ini menunjukkan bahawa mereka faham dengan apa yang yang disebutkan oleh Presiden parti yang berkehendakkan calon 'winnable' pada pilihan raya nanti," katanya.

Seramai 700 orang menerima BR1M pada majlis hari ini yang turut menyaksikan pemberian komputer 1Malaysia kepada 1,000 pelajar yang layak. – Bernama

Sunday, January 15, 2012

Pemuda Gerak Strategi Rahsia PRU-13


Pemuda Umno menggerakkan strategi dalaman yang diyakini akan memberi impak kepada kumpulan sasaran iaitu pengundi muda lelaki. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perkara berkenaan disampaikan kepada semua Pemuda Umno Bahagian pada sesi taklimat persiapan jentera sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Kita telah berbincang strategi, hala tuju dan saya boleh katakan kita telah sampai ke peringkat terakhir iaitu ke tahap 90 peratus bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya."Pada sesi taklimat kira-kira lima jam tadi, kita ada berikan tugas kepada mereka untuk dilaksanakan sepanjang Januari dan Februari ini. Kita juga telah suntik semangat, hala tuju organisasi dan strategi kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini Pemuda tidak pernah mengadakan taklimat awal dengan memanggil semua pemimpin Pemuda peringkat bahagian dan diberikan "strategi A hingga Z."

"Berdasarkan tugas dan juga hala tuju yang sistematik yang saya berikan kepada setiap bahagian, kita minta mereka dapatkan input tempatan."Itu adalah persiapan terakhir yang akan kita selesaikan sebelum menjelang PRU13 nanti," katanya.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Khairy berkata, pihaknya tidak obses dengan strategi pembangkang dan akan menumpukan sepenuh usaha bagi memastikan BN menguasai PRU13.

"Kita tidak obses dengan apa yang pembangkang buat, tetapi apa yang kita buat ini kita sampaikan kepada akar umbi. BN adalah wawasan dan landasan terbaik kepada generasi muda.

"Selepas ini kita akan bergerak ke Sabah dan Sarawak dan akan mengembangkan strategi ini," katanya. -SinarHarian

Friday, January 13, 2012

Pemuda Umno Mulakan 'Kempen' Dengan Taklimat Jentera PRU !


Kehangatan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat dirasai, lantaran itu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan mengadakan satu taklimat khas kepada jentera pilihan raya umumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Sabtu, 14 Januari.

Taklimat tersebut akan di sampaikan oleh Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Hussein Onn itu dijadualkan bermula tepat jam 6 petang.

Adalah difahamkan, semua wakil Pemuda Umno Bahagian termasuk dari Sabah akan hadir pada taklimat tersebut.

Antara lain, difahamkan bahawa Khairy akan memberi gambaran awal apakah yang perlu dilakukan oleh jentera pilihan raya bahagian sekiranya parlimen dibubarkan sebelum Jun ini dan apa pula opsyen yang perlu pemuda ambil seandainya pilihan raya umum jatuh pada November atau hujung tahun ini.

Pergerakan Pemuda yang secara tradisinya dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia strategi pemasangan poster, ceramah dan keselamatan jentera akan turut memperkatakan tentang persediaan bahagian sekiranya terdapat di kalangan mereka yang terpilih sebagai calon.

Opsyen persiapan ketiga ialah langkah-langkah yang perlu dambil sekiranya pilihan raya tidak jadi diadakan pada tahun ini.

Adalah dijangkakan antara 25 hingga 40 peratus calon pilihan raya umum akan datang bakal dipilih dari kalangan anggota-anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno.

Sedia Gempur!!!

Thursday, December 29, 2011

Penganalisa Politik Ramal Najib Menang Besar PRU 13


Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.

Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.

Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.

“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib.

“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”

Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.

Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.

`Tiada box office lagi’

Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.

Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.

Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.

Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.

Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.-FMT

Thursday, December 8, 2011

UMNO, BN Tak De Hal SPR Guna Dakwat Kekal... Tak Kecoh Macam Puak Pakatan Haram!


UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat memperkenalkan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal ataupun mengekalkan sistem sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata kaedah dakwat kekal yang ingin digunakan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada UMNO dan BN kerana mereka tidak pernah menyalahgunakan sistem pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Beliau berkata perkara itu boleh dibuktikan pada pilihan raya umum 2004 di Kelantan yang menyaksikan UMNO hanya mengalami kekalahanan satu kerusi dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri dengan dua undi majoriti di Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Machang.

"SPR juga telah laksanakan pilihan raya dengan adil hinggakan pembangkang boleh menang lima negeri pada pilihan raya umum ke-12," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau bagaimanapun mahu penggunaan dakwat kekal memenuhi tiga syarat, iaitu dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak boleh dibuang dengan apa jua jenis peluntur hingga tempoh tertentu dan tiada pihak yang cuba menyeludup masuk untuk tujuan penyalahgunaan pada masa pilihan raya umum.

"Telah nyata juga sebelum ini bahawa tiada bukti wujud pengundi hantu dalam mana-mana petisyen mahkamah pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya," katanya.

Beliau berkata dakwat kekal yang ingin digunakan boleh dijadikan asas tambahan bagi membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini adalah telus dan adil.

Beliau menambah kemenangan Umno dan BN tidak pernah bergantung kepada manipulasi keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil untuk memerintah negara sejak dahulu lagi.

"Kemenangan kami adalah bermaruah dan benar. Selama ini kami menyerahkan kemenangan kepada kebijaksanaan pengundi membuat keputusan yang tepat setelah segala yang baik telah disediakan kerajaan," katanya.-Agendadaily

Monday, November 21, 2011

Pilihanraya: Pembangkang Tunjuk Berani... Tapi Dalam Hati Ada Takut Haha!


Sebelum ini pembangkang beria-ia mahu pilihan raya awal. Macam tak sabar-sabar nak ambil alih Putrajaya selepas kegagalan pelan 16 Sept 2008.

Agaknya, mereka fikir rakyat mahu menyokong mereka sepenuhnya. Sebab itu juga banyak pemimpin pembangkang congak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar parlimen 11 November lalu -kerana 11 nombor favouritenya - bagi adakan pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, dalam dok gempak nak pilihan raya umum awal, rasa gementar pembangkang sukar disorok.

Sebab itu mereka desak supaya peraturan baru proses pilihan raya yang sedang dikaji Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya diluluskan terlebih dahulu sebelum adakan PRU ke 13.

Hakikatnya kuasa penentu tarikh pilihanraya peringkat nasional,tak kira siapa yang berkuasa, adalah hak Perdana Menteri.

Pembangkang sengaja mahu ‘mengikat’ tarikh pilihan raya supaya tidak diadakan dalam tempoh terdekat kerana mereka rasa tidak boleh mengulangi tsunami PRU ke 12 pada kali ini.

Sentimen yang terasa ialah ramai yang sudah celik dan muak dengan gelagat politik pembangkang yang keterlaluan dengan pelbagai ‘ drama’ mereka termasuk demo Bersih.

Sudahlah janji-janji PRK ke 12 tidak dikota, mereka janji macam-macam lagi termasuk menerusi Buku Jingga yang tidak praktikal itu.

Kalau kita rajin pasang telinga sebenarnya para pimpinan PKR, DAP dan PAS makin gabra kerana mendapat signal suasana politik ketika ini tidak memihak kepada mereka.
Populariti kerajaan BN dan Najib sendiri terus meningkat dan Bajet 2012 pada awal bulan lalu, ibarat paku yang menutup keranda pembangkang.

Atas sebab kebimbangan itu pembangkang antara lain galak mengecam pemberian RM100 kepada murid dan pelajar sekolah dengan cerita kononnya wang itu bukan dari sumber betul kerana kerajaan tidak boleh beri duit sebab Bajet 2012 belum lulus lagi.

Beberapa ahli parlimen pembangkang sanggup bertegang leher di Parlimen pada petang Rabu lalu mengkritik sumber wang digunakan kerajaan lebih RM53 juta bagi membantu murid-murid dan semula pelajar yang mula menerima bantuan minggu ini.

Sepatutnuya pembangkang tidak perlu politikkan isu ini kerana anak sesiapa sahaja layak terima RM100 termasuk anak wakil rakyat parti pembangkang.

Tetapi kerana sudah kering modal, itu pun nak dijadikan isu.

Berbalik soal pilihan raya, kerana takut juga maka Kerajaan PKR Selangor sudah umum tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) jika PRU ke 13 diadakan sebelum Jun tahun depan.

Ini semua taktik pembangkang kerana fikir kerajaan BN takut nak bubar parlimen awal sebelum PSC selesai memastikan sistem pilihan raya baru digunapakai dalam pilihan raya umum nanti.

Pembangkang bukan sahaja di Selangor malah Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin ikut cara sama untuk paksa Najib tidak bubar parlimen sebelum sistem atau peraturan baru pilihan raya itu siap.

Ada juga yang beritahu Agendadaily pembangkang sengaja nak lewatkan PRU ke 13 kerana jangka ekonomi negara terjejas selepas Jun tahun depan kerana kesan ekonomi dunia ketika ini.

Jangkaan mereka apabila ekonomi terjejas, harga barangan dan cukai akan naik.

Apabila semua naik, mereka ingat rakyat akan marah. Apabila rakyat marah, mereka akan undi pembangkang macam 2008.

Betul juga kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Apabila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi,” katanya seperti dilaporkan Bernama Jumaat.

Pembangkang tak perlu nak atur Najib bila patut bubarkan Parlimen.

Jika Selangor tidak mahu bubar DUN, begitu juga Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, mungkin Perdana Menteri boleh timbang adakan pilihan raya Parlimen sahaja atau di negeri di kuasai BN.

Andai kata pilihan raya itu dilaksanakan dan BN kekal menguasai kerajaan dengan majoriti lebih besar atau menguasai dua pertiga, pembangkang boleh terus bermimpi nak tawan Putrajaya.

Tidak ada makna juga kalau mereka lewat bubarkan DUN kerana cita-cita pembangkang hanya mahu jadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri yang boleh dicapai melalui pilihan raya Palimen bukan DUN.

Kalau emas sudah di jari, apa guna lagi cincin suasa!

Kita tengoklah nanti retak kerajaan PKR Selangor yang cuba acah-acah saja tak mahu bubar DUN.

Kalau berani, sama-samalah masuk gelanggang biar sama rata.

Jangan nanti sudah kalah, salahkan padang kononnya tak rata. -Agendadaily

Thursday, November 17, 2011

Koh Tsu Koon Umum Tak Tanding PRU-13


Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.

Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak bersama rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Thursday, November 10, 2011

PRU-13 :DS Najib Letak Calon Terbaik...Asalkan Calon Boleh Menang!


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang!

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.

Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana.

Sedia Gempur!!!!

Saturday, October 8, 2011

Tarikh Akhir Parlimen Bubar 24 April 2013


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

"Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN), hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 15,000 kakitangan awam dan rakyat Kelantan hadir pada program itu.

Jelasnya, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.

Sementara itu mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata SPR kini masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.

Selain itu beliau menegaskan SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu Parlimen ke Parlimen lain sebagaimana yang didakwa pembangkang.

Bahkan katanya SPR tidak pernah diberikan hak dalam undang-undang negara untuk melaksanakan proses pemindahan itu melainkan dengan permohonan daripada pemilih itu sendiri.

-Bernama

Friday, September 23, 2011

Tarikh Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 November 2011?

Percaya atau tidak inilah tarikh Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang akan berlangsung pada November 2011. Insyallah...


Oleh itu marilah kita segarkan kembali sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation) biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR. Sejarah ini amat penting yang perlu diketahui oleh anak-anak muda zaman serba canggih ini... supaya mereka tidak lupa dan tidak memandai-mandai untuk mereka-reka sejarah sendiri...


Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Betapa mulianya UMNO lahir di Istana Besar Johor Bahru manakala PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO.



Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO, sebagai parti politik baru. Ternyata bahawa kemunculan PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO. Serpihan yang bukan dari hati yang suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini.

Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing. Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Ia seharusnya tidak dibiarkan berlaku berulang-ulang kali. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehinggan kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".



PILIHAN RAYA PERTAMA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, 27 JULAI 1955

Suasana sekitar pilihan raya umum di Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC bergabung membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan telah menang besar 51 buah kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi dimenangi PAS.

Insyallah PRU Ke-13 Barisan Nasional (BN) akan tawan kembali negeri-negeri yang dirampas oleh Pakatan Rakyat(PR)!

Saturday, August 20, 2011

Najib: Pilihan Raya Boleh Diadakan Bila-bila Masa, Tidak Terikat Jawatankuasa Terpilih Parlimen


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib yang juga Presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.-Bernama

Monday, July 25, 2011

Tiada Lagi Keraguan: Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik

Sistem tercanggih digunakan masa PRU Akan datang.. Kalau Bersih nak protes lagi, mesti ada something wrong kan?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju beri peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk wujudkan sistem biometrik bagi tentukan pengundi sah pada pilihan raya.

Menurut Perdana Menteri, ia adalah salah satu usaha untuk pastikan pilihan raya di negara ini telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat atasi dakwaan wujudnya pengundi hantu,” katanya.

Berikutan kenyataan beliau, sistem biometrik dijangka digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan SPR.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN komited kepada pilihan raya bersih serta adil dan tidak perlukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk pastikan tindakan itu.

“Kalau nak buat penambahbaikan buat yang terbaik (guna biometrik bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat,” katanya.

Beliau berkata, tidak perlu untuk adakan perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya dari semasa ke semasa.

“Kita (BN) ada masa dapat undi banyak, ada masa sikit, tapi majoriti masih di tangan kita. Kalau boleh jamin kita menang, tak adalah menteri kalah dan ada negeri kalah,” katanya.

Menurutnya, selepas PRU 2008, pembangkang tidak bangkitkan mengenai pilihan raya tidak adil, tetapi sejak dua tahun lalu apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.

Najib berkata, pembangkang, apabila kalah, jangan anggap pilihan raya tidak adil.

“Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN (kawasan Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

“Bagaimanapun, kita tak ganggu-gugat Kerajaan Negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, Kerajaan Pas Kelantan dah tumbang, tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun Pas pegang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara contoh kepada banyak negara dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.

“Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil,” katanya.


Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda? baca disini...

Friday, July 22, 2011

DAP Biadap Kata Calon Anjing Pun Boleh Menang PRU Ke-13


DAP biadap dan angkuh sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan ‘calonkan anjing pun boleh menang’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang! Sememangnya DAP Komunis tidak pernah menghormati orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam.


Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada PRU Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Macam ni pun Pas nak berkawan dengan DAP lagi??? fikir-fikirkan lah...