Showing posts with label Razali Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Razali Ibrahim. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Friday, November 25, 2011

Pindaan AUKU Langkah Tersusun Kerajaan Iktiraf Mahasiswa


Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mahasiswa tetapi juga menunjukkan langkah tersusun kerajaan ke arah mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di negara ini.

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata jika sebelum ini pindaan akta itu membolehkan mahasiswa terlibat di dalam pertubuhan belia, namun komitmen kerajaan hari ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau mahasiswa perlu mengambil kesempatan berkenaan dengan memiliki serta mengambil ilmu pengetahuan yang cukup dalam usaha menonjolkan kepimpinan serta idea mereka.

“Kita buat ini sebab kita iktiraf kepimpinan mereka dalam usaha untuk mematangkan mereka dalam persatuan di luar kampus. Peringkat seterusnya sudah tentu untuk mereka dedahkan kepada politik sebenar.

“Ianya adalah satu galakan dan pengiktirafan kepada mahasiwa untuk terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara dan saya menaruh harapan tinggi agar ianya tidak digunakan kesempatan untuk sebaliknya.

“Inilah peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk menunjukkan kematangan tanpa membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung merupakan bukti transformasi yang cuba dilaksnakan oleh Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan benar-benar serius menjelang negara maju 2020,” katanya.

Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah langkah berkenaan juga seiring dengan pendirian pergerakan itu yang mahu perkara tersebut diteliti dan dinilai semula demi kepentingan mahasiswa.

“Isu pindaan terhadap AUKU ini telah dibuat sejak daripada dulu lagi…..Rakyat kena mengimbau perkara ini bukan perkara yang disebut semalam.

“Tambahan pula Pemuda BN berulang kali menyatakan pandangan bahawa sudah sampai masa untuk kita melihat semula AUKU ini dan akhirnya dilaksanakan dan rakyat kena ambil kira bahawa bukan hanya kenyataan politik tetapi kesungguhan itu telah ditunjukkan oleh kerajaan selepas ianya diperkatakan bertahun lamanya… pada kita dia hanya bercakap,” katanya.

Beliau seterusnya berkata ianya adalah waktu terbaik untuk mahasiswa mengambil terhadap pengiktirafan tersebut.

“Ini adalah kesempatan yang cukup baik untuk digunakan dan saya harap sekali lagi tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan perkara ini apabila mahkamah membuat keputusan di mana kerajaan memutuskan untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya sebagai satu proses perundangan.

“Saya rasa tidak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung kerana selepas satu persatu pengiktirafan kepada hak bersuara di kalangan rakyat dilakukan di bawah transformasi politik Perdana Menteri,” katanya. -MediaUMNO

Sunday, September 25, 2011

Video Seks Terbaru Anwar: Karpal Singh Jangan Terus Membisu - Razali Ibrahim


Dalam kesibukan melayan polimek isu hukum hudud , Karpal Singh tidak harus lupa pada pendedahan dakwaan skandal video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya CCTV terbaru masuk keluar lif di apartmen di Jalan Ampang,Kuala Lumpur.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu Pengerusi DAP itu turut memberi pendapatnya sebagai seorang peguam.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jika Karpal Singh terus membisu, beliau sebagai seorang ahli politik dan peguam tidak akan berupaya menghormatinya sebagai seorang insan.

"Ini juga akan membuka mata masyarakat tentang kredibiliti, kepakaran dan keikhlasan seorang peguam serta ahli politik veteran bernama Karpal Singh," katanya.

Razali menyatakan demikian kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur Sabtu.

Baginya ini merupakan masa paling sesuai buat Karpal Singh tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pendirian dan pendapatnya dalam hal video itu berdasarkan kepakaran dalam undang-undang.

“Dalam budaya kita, diam tanda setuju,”katanya.

CCTV itu memaparkan dua lelaki yang seiras Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif apartmen itu yang didakwa lokasi adegan video seks dirakam.

Ia dalam bentuk warna.

Pendedahan CCTV itu dan trailer satu babak lain yang dikatakan dirakam di Thailand telah menghangatkan balik isu video seks.

Anwar yang diminta ulas mengenainya bagi alasan beliau enggan layan.-Agendadaily

Thursday, August 25, 2011