Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Wednesday, March 20, 2013
Rosmah Mansor - Saya Tak Bunuh Altantuya
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, keengganannya menjawab semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya selama ini kerana beranggapan jika dia berbuat demikian, ianya akan dibesar-besarkan atau disensasikan.
Rosmah hanya memutuskan untuk menjawab segala tohmahan itu setelah melihat semakin dia berdiam diri, semakin menjadi-jadi fitnah ditaburkan terhadapnya.
Luahan Rosmah disiarkan dalam buku biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam buku berjudul “Biografi Rosmah Mansor”, Rosmah turut menjawab tuduhan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, cincin berharga RM24juta dan banyak lagi.
”Saya merasakan sikap mendiamkan diri, tak boleh. Bila tak jawab, semakin menjadi-jadilah fitnah terhadap saya. Bila tidak jawab mereka ingat saya takut. Saya tak takut. Saya boleh berhadapan dengan mereka. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama “membunuh diri sendiri,” katanya.
"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga malam. Ramai saksi saya berada di sana," memetik tulisan dalam buku 140 muka surat itu.
"Saya akan lari kalau cicak jatuh depan saya. Saya juga takut gelap. Apatah lagi nak panjat bukit di tempat pembunuhan," kata Rosmah.
Beliau juga berkata telah disoal selama enam jam di Bukit Aman atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Altantuya dipercayai telah diletupkan menggunakan bahan letupan C4 dalam sebuah hutan di Shah Alam.
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah atas dakwaan membunuh penterjemah bahasa itu yang dikaitkan dengan skandal pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Mengenai skandal cincin berlian bernilai RM24 juta, Rosmah dalam biografinya berjudul 'Biografi Rosmah Mansor' berkata adalah menjadi kebiasaan bagi isteri perdana menteri untuk menerima perhiasan yang mahal dalam lawatan rasmi.
"Ketika menyambut tetamu, adalah penghargaan biasa bagi mereka untuk memberi hadiah sebagai peringatan. Antara hadiah ini termasuk cincin, jam, perhiasan. Sesetengah adalah sangat mahal dan dibuat khas," tulisnya lagi.
Saturday, January 19, 2013
Rosmah Mansor - Saya Bersumpah... Saya Tiada Cincin Itu
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Tuesday, November 20, 2012
Thursday, January 19, 2012
Game "Aku Jimat" Persendakan Rosmah ?
Wartawan Malaysiakini hari ini mempromosikan game "Aku Jimat", apa dah tak ada berita sangat ke yang hendak dilaporkan? Banyak lagi perkara yang berlaku dalam negara Malaysia ni... kenapa hal game budak-budak pula yang hendak di war-warkan melalui portal politik?
Laporan Malaysiakini: Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).
Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.
Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.
Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.
Thursday, November 3, 2011
Isu Beli Barang Kemas: DS Najib Buat Penafian Dari Mekah... Liwat, Video Seks, Anwar Apa macam?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.
Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.
"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.
Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.
Pembangkang bagaikan sudah kehilangan modal untuk berpolitik apabila terus mengamalkan politik fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas pembangkang kini gentar dengan sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri, sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk memburuk-burukkan Datuk Najib sehingga sanggup membuat fitnah terhadap keluarganya.
Menjelang pilihan raya nanti, sudah pasti banyak berita sebegini akan disiarkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Jika ingin mendapatkan sokongan, membuat cerita bohong atau fitnah bukanla caranya, sepatutnya buktikan kemampuan mereka dan barulah boleh dapat sokongan, bukannya menipu rakyat.
Anwar harus bersihkan namanya sama seperti yang Dato' Seri Najib lakukan, buat penafian dari Mekah.... Kalau tidak bersalah nak takut apa Datuk Seri Anwar Ibrahim!!
Tuesday, October 18, 2011
Cik GuBard Cetak 25,000 Risalah Fitnah DS Najib dan Isteri
25,000 Risalah fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri siap di cetak dan telah pun diedarkan semalam dengan tujuan untuk memesongkan pemikiran rakyat supaya membenci PM dan kerajaan Barisan Nasional.
Taktik kotor Pakatanis yang melakukan serangan peribadi terhadap PM menunjukkan bahawa mereka amat terdesak untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Inilah pemimpin-pemimpin ahlul yang bertangungjawab menyebarkan risalah fitnah tersebut. Mungkin mereka ini kurang mendapat kasih sayang dari Anwar.
Orang Negeri Sembilan pun tahu siapa Cik GuBard ni.. Kalau tak jaja fitnah, sumpah seranah dalam ceramahnya memang tak sah, malahan juga kedengaran rungutan dari rakan-rakan PKR yang mengatakan Cik GuBard ni fitnah orang keterlaluan, buat cerita tidak masuk akal, akhirnya memalukan diri sendiri...
Aku berharap suatu hari nanti Cik GuBard akan terima hakikat bahawa orang ahli PKR sebenarnya meluat dengan dia ni... Cik GuBard adalah liabiliti dalam PKR. Tolong suluh muka lu sikit kat cermin broo......
Thursday, October 6, 2011
Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.
"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.
Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.
Wednesday, October 5, 2011
SAMM PKR Sedia Lancarkan 50 Ribu Risalah Haram Dengan Tujuan Fitnah Rosmah!
Risalah haram setebal 12 muka surat sedia untuk dilancarkan oleh pengerak Anak Muda Keliru - SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) PKR sebanyak 50ribu naskah dengan tujuan untuk memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah.
Menurut kata salah sebuah blog Pakatanis setiap penerima wajib membuat 12 salinan dan sebarkan kepada 12 rakyat lain, dan penerima salinan juga wajib membuat 12 salinan dan sebarkan juga kepada 12 rakyat yang lain.
Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan menghentikan niat jahat mereka ini kerana ianya boleh mengelirukan rakyat dan sudah tentunya risalah HARAM ini salah dari segi undang-undang.
Thursday, September 29, 2011
Permohonan Najib Dan Rosmah Ketepi Sapina Didengar Pada Isnin
Permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar pada Isnin depan.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu pada Khamis, selepas membenarkan permohonan penangguhan yang dimohon oleh barisan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah. Permohonan itu pada asalnya dijadual didengar pada hari ini.
Bagaimanapun, peguam Datuk Ghazi Ishak yang mewakili pemohon berkata, mereka memerlukan lebih masa memandangkan baru menerima afidavit yang difailkan oleh Anwar.
Monday, August 22, 2011
Cincin Rosmah AS$24 Juta: KOMPAS Minta Maaf Kepada Najib & Rosmah
Muka depan Utusan Malaysia palsu diedit oleh pembangkang, jelas mereka berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti PM dan Isteri menerusi fitnah jahat...
JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.
"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.
Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - Bernama
Lepas satu-satu pembohongan dan fitnah yang direka oleh Chegu Bard dan Pakatan Rakyat terbongkar!!! Nak percaya lagi ke?
Saturday, August 6, 2011
Nurul Izzah Terdesak, Heret Najib & Rosmah Ke Makamah
Kenyataan Naib Presiden KEADILAN (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat semakin tertekan dan terdesak apabila mahu mengheret, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.
“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai.
“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri,” katanya.
Sebenarnya alasan PM berdolak dalih untuk mengelakkan mereka hadir ke Mahkamah seperti yang ditimbulkan oleh Nurul izzah itu tidak benar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta dua individu lain, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof bersedia memberi keterangan di mahkamah untuk kes liwat Anwar Ibrahim, jika sekiranya pihak pembela memsepinakan nama mereka sebagai saksi.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Nurul Izzah sengaja menyerang dan membuat persepsi buruk terhadap PM dan Isteri semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional kononnya Anwar terjebak dalam satu lagi konspirasi politik yang bakal menghancurkan karier politik bapanya.
Video URL: http://youtu.be/f3aBZRiJM2Q
Baca artikel ini juga: Ada Konspirasi Untuk Menjatuhkan Azmin Ali Dalam PKR
Labels:
Anwar Ibrahim,
Liwat II,
Najib,
Nurul Izzah,
Rosmah
Friday, July 29, 2011
Cincin RM24 Juta Fitnah - Rosmah
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah.
Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.
Wednesday, July 27, 2011
PM Najib Terus Di Aibkan Oleh Blogger Pembangkang
nota: 'saya hanya suami kepada politician i'm not a politician...
i m just a husband' kah kah kah
Gambar dan nota perbuatan biadap ini saya petik dari blog 'Tukar Tiub' salah satu laman blog pro pembangkang url : http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/najib-jadi-isteri-rosmah.html
Para pembaca nilaikan lah, betapa dengkelnya pemikiran pemilik laman blog "Tukar Tiub" ini... inilah contoh terkutuk budaya politik kotor yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Dari dulu hingga sekarang mereka menghasut rakyat supaya terus membenci Perdana Menteri Malaysia yang kini di era Dato' Seri Najib Razak.
Diantara fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog tersebut ialah:
1 – boleh kah sesebuah negara dipimpin oleh perdana menteri yang terlibat dlam kes bunuh
2 – boleh kah negara dipimpin oleh menteri terlibat dalam kes rogol amah
3 – boleh kah negara dipimpin oleh pm yang takut pada bini
Jawapan saya:
1 - Fitnah
2 - Fitnah
3 - Pembohongan yang cukup mengaibkan.
Nampaknya ada pihak yang tergugat dan tindakan ini menunjukkan bahawa Pakatan Pembangkang tidak mempunyai isu, selain dari menabur fitnah dan menyerang peribadi Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
Tindakan ini juga dilihat sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.
Adakah ini, dinamakan BERSIH?, BERSIHkah perbuatan mereka ini? Tidak sama sekali.... Mereka sebenarnya adalah KOTOR dan Puak merekalah lah yang memulakan politik kotor ini...
Kalau PR hendak menang sekali pun, takkanlah nak menang dengan politik jijik dan kotor ini! Dimana maruah mereka? Jantankah mereka? Kalau Jantan bertandinglah secara "gentlemen"... PRU ke-13 kita lawan...
Setiap warga negara yang mematuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat , kritikan dan bebas memilih calon dalam pilihan raya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan.
Ini bukan budaya rakyat Malaysia.. Rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun dan kaya budi bahasanya
Hormatilah Perdana Menteri, jika bukan kita siapa lagi?... Fikir-fikirkanlah...
Latar belakang pemilik blog Tukar Tiub:
Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Subscribe to:
Posts (Atom)