Majlis santai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama mahasiswa yang berlangsung di Khulafa Bistro UiTM Seksyen 7, Shah Alam hari ini mendapat sambutan yang hangat, di mana ada diantara mahasiswa turut berada di luar dewan kerana keadaan didalam dewan tersebut padat dan sesak. Majlis tersebut bermula jam 8.30 malam.
Khairy mengulas mengenai peluang pekerjaan kepada graduan di Msia bersama lebih 120 pelajar UiTM Shah Alam.
Antara Ketua Pemuda Bahagian dan EXCO yang hadir, Pengerusi UMB, Sdr Tun Faisal, Sdr Azhari KP Shah Alam, Sdr Roslee KP Kapar, Sdr Budiman KP Sg Besar, Sdr Affandi KP Kelana Jaya dll.
Khairy memberikan penerangan khusus tentang PTPTN kepada mahasiswa UiTM di khulafa bistro. Elok sangat jika Adam Adli dan rakan-rakannya hadir bersama.
Khairy menjawab soalan-soalan dari mahasiswa
Suasana di luar dewan
Mahasiswa UiTM mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pemimpin idola mereka.