Showing posts with label Ulang Tahun UNMO 66. Show all posts
Showing posts with label Ulang Tahun UNMO 66. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

DS Najib Bidas BERSIH: "Kalau Hendak Tunjuk Kuat Himpun di Stadium!"


"Kalau nak tunjuk kuat, berhimpunlah di stadium seperti kita... kalau mereka sayangkan negara dan menghormati undang-undang berhimpunlah seperti kita," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Hari Umno ke-66 di sini, malam tadi.

Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka.

"Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai.

"Bukan alasan yang bagus mereka mengatakan kita memberitahu mereka terlalu lambat untuk mengubah tempat perhimpunan mereka daripada Dataran Merdeka dan mereka menyatakan Stadium Merdeka bukan tempat sejarah adalah satu pembohongan," tambah Najib yang memulakan ucapan dengan mengkritik pendirian penganjur Bersih 3.0 mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

Sekitar 100,000 orang hadir pada majlis sambutan malam tadi.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Umno tidak pernah mendominasi kuasa politik negara ini.

Beliau juga meminta pembangkang berhenti daripada mempersalahkan Umno atas setiap masalah dihadapi mereka.

"Umno tak mabuk kuasa dan kami akan berubah mengikut tuntutan masa yang inginkan perubahan dan dasar Umno boleh berubah, namun kami matlamat memperjuangkan agama, bangsa dan negara tidak akan berubah," kata beliau lagi.-SH

120,000 Hadir Sambutan UMNO 66 Vs BERSIH 3.0



Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah, kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini. Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.

Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.

Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allah selamatkan Malaysia!

Galeri Gambar klik di sini

VIDEO 7 Sebab Barisan Nasional Di Hati Rakyat



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Galeri gambar Klik di sini dan di sini...

Gelombang Merah Tawan Stadium Bukit Jalil... Anwar Gigit Jari #UMNO66














Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO telah berjasa kepada negara.

“Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!”

“Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri… sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

“Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 anggota UMNO yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu.

Seterusnya, Najib berkata rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.

Prinsip keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.

“Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?” katanya.

Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Berikutan ‘demam’ pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

“Oleh kerana bahang-bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudahpun kena demam pilihan raya… saya lihat malam ini hebat… rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?” soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada anggota Umno yang hadir.

Najib berkata perhimpunan malam ini menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN.

“Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?

“Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh… siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?,” katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat perlu memelihara kemakmuran yang telah dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

“Ayuhlah! Jangankan germimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

“Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti UMNO, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO,” katanya.-Umno-Online

p/s: sila like http://www.facebook.com/Bjpixel aku akan up kesemua gambar di sana...