Tuesday, January 25, 2011

PAS Terdesak Guna Pelajar Sebarkan Risalah Berunsur Fitnah


Semakin terdesak, PAS menggunakan strategi pelajar untuk menyebar risalah berunsur fitnah akibat tertekan apabila ceramah mereka sebelum ini tidak mendapat sambutan. Apakah mereka begitu berkuasa untuk mencorakkan pelajar mengikut acuan mereka?

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali mahu pasukan pemantau menyiasat dakwaan adanya beberapa pelajar institusi pengajian tinggi dipercayai bekerja untuk PAS berkempen memburuk-burukkan nama BN dan Umno.

“Menggunakan pelajar untuk aktiviti kempen ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan kita mahu ianya dihentikan,” katanya.

Datuk Abdul Ghani Othman juga menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang.

“Dia komited untuk menjadi calon kita dan memenangi pilihan raya ini demi meneruskan pembangunan di DUN Tenang,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Mohd Azahar, 39, tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya kerana beliau dikatakan keberatan untuk menjadi calon.

Abdul Ghani, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Tenang itu, berkata Mohd Azahar menerima pemilihan beliau sebagai calon cuma bekas Penolong Pegawai Daerah Labis itu agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemilihannya sehari sebelum pengumuman namanya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar berdepan calon PAS Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis. Pengundian ialah pada Ahad ini.-Politik Harian

No comments: