Tuesday, January 25, 2011

PRK Tenang: Bakar Bendera UMNO, Perlu Di Ambil Tindakan Tegas!

LABIS, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mahu tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang membakar bendera UMNO di Taman Mewah kemarin kerana ia merupakan perbuatan yang tidak beretika dan melampau.

"Jika perbuatan itu dibiarkan tidak mustahil perkara lebih buruk berlaku dan keadaan menjadi semakin tidak stabil.

"Walaupun keadaan berkempen sekarang ini masih terkawal tetapi kita minta tindakan segera perlu dikenakan. Perkara ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Kita tidak menuduh sesiapa tetapi mana-mana pihak tolong hentikan perbuatan ini," katanya.

Semalam, dua kes bakar bendera UMNO dilakukan di taman itu pada pukul 6.30 pagi dan 9.30 pagi dipercayai dilakukan penyokong Pas.

Berikutan itu, Pemuda UMNO Johor Bahru membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi di Balai Polis Labis.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan agar perkara itu tidak berulang.

Pada masa sama beliau mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut atau membalas perbuatan tersebut.

Beliau turut melahirkan kesal dengan cara Pas berkempen yang mendoakan agar bala diturunkan terhadap UMNO.

Jelasnya, perbuatan itu amat memalukan kerana Pas mendakwa kononnya sebuah parti Islam tetapi perbuatannya tidak mencerminkan ajaran agama suci itu.

Terdahulu: Pembangkang Bertindak Liar Bakar Bendera BN


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menunjukan bukti bendera BN dibakar

LABIS, Dua kejadian membakar bendera parti telah dikesan, sehari selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis kemarin.

Jurucakap polis bagi PRK DUN Tenang Supt. Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima dua laporan polis berkaitan kejadian itu melibatkan empat bendera di dua lokasi di Taman Mewah di Jalan Kenari.

Pihak Polis telah membuat tindakan susulan, masih belum mengenal pasti individu yang melakukan pembakaran itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana menggunakan api yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Insiden bakar bendera BN juga pernah berlaku di PRK Galas dan kejadian sama kini dilaporkan di PRK Tenang.

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya jangan memperjudikan nasib mereka dengan memberi sokongan kepada Pas kerana dibimbangi budaya politik liar yang dipraktikkan oleh pembangkang menular Tenang yang tenang ini. -Politik Harian

No comments: