Tuesday, November 15, 2011

BN Youth Music 2011, Satu Lagi Pendekatan Pemuda Mendekati Golongan Anak Muda!


Pertandingan BN Youth Music 2011, yang julung kali diadakan Pemuda Barisan Nasional (BN), dilancarkan hari ini dengan hanya memerlukan peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional.

Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata peserta boleh mula memuat naik video dengan durasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat, akhir tahun ini.

Beliau berkata 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.

“Pertandingan itu adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.

"Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan itu di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah pendekatan yang diambil pergerakan itu mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

“Kita bukan buat sesuatu program secara “one off” tetapi secara berterusan seperti yang kita buat bersama senima muda hari ini. Dan pendekatan ini selari dengan pendekatan kita untuk memenuhi citarasa golongan muda,” katanya.

Kata beliau lagi program BN Youth Job Fair, Skim Rumah Pertamaku dan pelbagai program lain yang dilaksanakan oleh Pemuda BN adalah untuk golongan muda.

“Ini adalah antara sasaran kita dan kita menggunakan medium internet yang lain seperti twitter, facebook dan sebagainya dalam usaha mendekati anak-anak muda.

“Golongan ini “connected” dengan perkembangan terkini dan adalah satu kerugian kepada kita sekiranya perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sebab itulah kita gunakan pendekatan ini,” katanya.

Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band BN Youth Music 20011 akan diberi peluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia, selain akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM20,000 hingga RM10,000 dan trofi.

Antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi rock terkenal, Awie serta pelakon Zed Zaidi, katanya.

Peserta boleh melayari laman web berkenaan untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan pertandingan itu. -Pemuda Umno

Berita terdahulu: Sekitar Majlis Pelancaran BN Youth Music 2011

No comments: