Wednesday, December 14, 2011
Husam Musa Dapat Malu Besar... Apabila Tersalah Saman Blogger !
Husam Musa Exco Kerajaan PAS Kelantan, mendapat malu besar apabila beliau tersalah orang dalam menyaman Mohd Faisal yang dikatakan sebagai Blogger RBF Online.
Menyedari kelisapan tersebut, Husam meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau mahu melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada. Biasa... kalau dah malu, cover line la...
Lebih memalukan lagi apabila Husam di gelar Dayus!
“Husam Dayus”
KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.
Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.
“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.
“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.
“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.
Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.
Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.
Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.
Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.
“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.
Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.
Sumber: Detik Perubahan
Labels:
Husam Musa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment