Wednesday, December 14, 2011
Liwat II: Anwar Hanya Buat Penafian Kosong
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke fasa menarik Selasa bila Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengulung hujah pihak pendakwa.
Beliau langsung tidak berundur setapak pun sekalipun pasukan peguam Ketua Umum PKR itu cuba macam-macam untuk pertikai kredibiliti saksi termasuk Saiful Bukhari Azlan.
Yusof nampak steady saja, beliau menyifatkan keterangan Anwar dari kandang tertuduh bahawa beliau tidak mempunyai hubungan seksual dengan Saiful hanya satu penafian kosong sementara kritikan.
Malah katanya komennya terhadap pengadu dan saksi-saksi pendakwaan lain ibarat satu pengakuan.
Yusof ketika membentangkan hujah di depan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata, keengganan Anwar menceritakan versinya sendiri mengenai kejadian yang didakwa berlaku serta tindakannya tidak mempertikaikan kehadirannya di tempat kejadian juga merupakan satu bukti.
“Tertuduh tidak langsung menafikan dia berada di tempat kejadian dan juga keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium. Tertuduh juga tidak mempertikaikan dia dilihat memasuki lif di tingkat 5 kondominium tersebut dan meninggalkannya selepas kejadian.
“Tertuduh juga tidak mempertikaikan bahawa dia telah mengarahkan Ketua Stafnya untuk mengaturkan supaya satu dokumen dihantar kepadanya di kondominium tersebut dan Ketua Staf itu telah mengarahkan pengadu untuk menyampaikan dokumen itu kepada tertuduh.
“Tambahan lagi, tertuduh tidak mempertikaikan hakikat bahawa pengadu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepadanya di tempat kejadian.
“Maka kegagalan tertuduh mempertikaikan atau menafikan bukti-bukti berkenaan membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta dibentangkan sebagai bukti terhadapnya,” kata Yusof
Menurut Yusof, Anwar juga tidak pernah berusaha untuk menjelaskan bagaimana air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Katanya, penemuan konklusif mengenai air mani itu tidak didebatkan atau dipertikaikan oleh tertuduh.
“Dalam keterangan dari kandang salah, tertuduh juga tidak pernah mengatakan insiden liwat tidak mungkin berlaku kerana kesakitan fizikal yang dialaminya.
“Keputusan tertuduh memberi keterangan dari kandang orang salah ibarat dia berdiam diri apabila dipanggil untuk membela diri, kerana tidak ada bahan atau bukti dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah. Maka, dengan ini tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ini,” tambahnya.
Mengenai tuduhan peguambela tuduhan kes liwat ke atas Anwar adalah konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk memusnahkan kariernya adalah tidak berasas.
“Isu konspirasi ini telah dihakis sendiri dalam affidavit tertuduh ketika membalas permohonan Perdana Menteri mengetepikan sapina terhadapnya. Dalam affidavitnya sendiri, tertuduh menegaskan bahawa dia tidak menuduh Perdana Menteri terbabit dalam sebarang konspirasi terhadapnya.
Yusof juga memulangkan paku buah keras terhadap pakar ortopedik, Dr Thomas Hoogland.
Menurut Yusof, Dr Hoogland menjalankan pemeriksaan ke atas tertuduh pada 5 September 2004 dan mengesahkan tertuduh mengalami slip-disc. Selepas itu pembedahan dilakukan keesokannya.
“Selepas tertuduh keluar daripada hospital, Dr Hoogland memeriksanya sekali lagi pada Februari 2005 dan mengesahkan kesihatan tertuduh jauh lebih baik dibandingkan sebelum pembedahan malah berupaya membongkok.
“Dr Hoogland tidak menemui tertuduh selama enam tahun selepas 2005 sehinggalah pada 8 September 2008, iaitu sebulan sebelum dia memberi keterangan di mahkamah. Adalah tidak logik apabila Dr Hoogland berkata, kondisi tertuduh semakin teruk selepas pembedahan 2004.
“Rakaman CCTV jelas menunjukkan tertuduh berupaya membongkok tanpa menunjukkan sebarang rasa sakit pada hari kejadian liwat didakwa berlaku.
Yusof berkata tuduhan Dr David Lawrence Wells dan Dr Mc Brian McDonald bahawa terdapat kemungkinan DNA tertuduh sengaja diletakkan oleh Pegawai Penyiasat (IO) di sampel adalah tidak berasas
“DNA tertuduh didapati daripada sperma sel. Di mana dalam dunia ini seorang Pegawai Penyiasat nak dapatkan air mani atau sel sperma tertuduh?,” katanya.
Mengenai tindakan pendakwa mempertikaikan kewibawaan pakar forensik, Yusof berkata Dr Seah mempunyai Phd dalam forensik DNA dan selain mempunyai pengalaman luas, dia dan ahli kimia, Nor Aidora menjalani ujian kecekapan dua kali setahun.
“Dr Seah dan Nor Aidora diuji kecekapan pada tahun mereka melakukan ujian dan analisis. Malah mereka lebih cekap dibandingkan dengan McDonald yang kali terkahir mengambil ujian pada 2004.”
Hakim menetapkan Khamis ini untuk pihak peguambela membuat hujah balas.
– Agendadaily
Labels:
Anwar Ibrahim,
Liwat II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SEMOGA KEBENARAN AKAN TIMBUL DAN RAKYAT DAPAT MENGETAHUINYA KERANA SEMAKIN BANYAK BUKTI MENJURUS KEARAH YANG NYATA
Anon 10:18.. ya benar.. kebenaran itu akan terselah jua sebab ALLAH bersama-sama dengan orang-orang yang benar...
Wahai Tuan Haji Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah kamu... kamu sudah memasuki usia senja...
Wahai Tuan Haji Anwar Bin Ibrahim, saya adalah seorang doktor pakar, dan semua doktor dalam dunia ini tahu ANDA BERBOHONG! Tiada satu pun kemungkinan yang munasabah (beyond any reasonable doubts) yang air mani itu diletakkan di dalam rektum pengadu... mana boleh pancut sebegitu dalam di rektum (dubur sebelah atas sekali) pengadu...
Wahai tuan Haji Anwar Bin Ibrahim... tahukah kamu bahawa penafian kamu menunjukkan kejelikkan peribadi kamu sedangkan mana mana doktor akan mentertawakan kamu...
Janganlah memperbodohkan rakyat. Itu tidak baik untuk kamu apa lagi untuk rakyat ...
Bertaubatlah....
Bertaubatlah....
Bertaubatlah....
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penyayang...
Wllahualam..
Post a Comment