Tuesday, January 31, 2012
Hasan Ali Tubuhkan NGO Baru 'JATI' Untuk Menghapuskan Parasit PAS!
Bekas anggota PAS Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.
"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.
Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.
Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Feb ini.
Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.
Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata perkara tersebut belum diputuskan.
"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA
Labels:
Hasan Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sayangku mesti lawan dengan menubuhkan NGO mempertahankan hak-hak homo cun macam aku ni.
apsal nak wujudkan kuasa ketiga...bergabung jela dengan parti pemerintah....
kuasa ketiga yang diiwujudkan boleh memecahbelahkan lagi umat islam dan melayu....
tambahan lagi kalo ada niat nak bertanding dalam PRU 13 nanti...
Post a Comment