Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Friday, March 22, 2013
PAS Selangor Tidak Berperanan Kata Hasan Ali
Saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai dua perkara. Pertama, isu Projek Datum Jelatek. Kedua, peranan dan keterlibatan pimpinan PAS Negeri dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepinggiran dan kepupusan masyarakat Melayu Islam di Negeri Selangor.
Sehingga kini belum ada terdengar lagi ulasan, pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS Negeri Selangor khususnya para ahli Exco PAS mengenai Projek Datum Jelatek dan kedudukan Melayu Islam di Negeri Selangor.
Begitu kuat asakan-asakan yang dibuat oleh NGO-NGO dan badan-badan sukarela yang lain, namun wakil pimpinan PAS Negeri tetap membisu dan dikatakan sentiasa mengelak daripada memberikan sebarang pandangan dan pendapat sedangkan salah seorang daripada mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah PKNS itu sendiri.
Barisan Bertindak Datum Jelatek telah mengadakan siri demonstrasi, bantahan dan roadshow di lokaliti-lokaliti yang berhampiran dengan Projek Datum Jelatek untuk menerangkan kepada masyarakat apakah sebenarnya Projek Datum Jelatek dan implikasinya terhadap Melayu Islam sebagai pribumi di negeri Selangor. Terakhir Badan Bertindak tersebut telah memanjangkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Besar Selangor dan pihak Istana Selangor semata-mata untuk menyuarakan hasrat mereka yang terlibat supaya didengar oleh pihak yang berwajib.
Namun rakyat Selangor diberitahu bahawa Menteri Besar bersama PKNS akan meneruskan juga projek tersebut walaupun mendapat tentangan dan bantahan. Berbagai rasional telah diberikan oleh Badan Bertindak tetapi sehingga kini Kerajaan Negeri dan PKNS masih bertegas untuk meneruskan projek tersebut. Projek yang jelas bakal meminggir dan memupuskan masyarakat Melayu Islam di negeri Selangor khususnya di kawasan yang terlibat.
Yang paling saya kesalkan ahli-ahli EXCO PAS yang sepatutnya membawa mesej perjuangan parti itu untuk mempertahankan kedudukan masyarakat Melayu Islam di Selangor dilihat tidak berfungsi dan dalam banyak hal memilih untuk mendiamkan diri dan mengambil sikap non-committal.
Seingat saya empat tahun saya sebagai ahli Exco, ahli-ahli Exco PAS yang lain tidak banyak mengemukakan pandangan dan pendapat yang menggambarkan perjuangan sebuah parti Islam sama ada dalam sesi dewan, acara bertemu rakyat atau majlis-majlis dialog yang membabitkan isu-isu Melayu Islam di lokaliti-lokaliti tertentu.
Apa yang terjadi seolah-olah wakil pimpinan PAS disumbat mulut mereka hingga menjadikan mereka kaku tidak bermaya untuk mengutarakan sesuatu yang melambangkan perjuangan sebuah parti politik yang berlandaskan Islam.
Banyak pihak menyuarakan bantahan berikutan dengan pertambahan pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut dan berbagai bentuk gejala maksiat yang beroperasi bukan sahaja setakat tidak memiliki lesen beroperasi tetapi dikatakan menjalankan perniagaan secara haram. Mereka dikatakan dilindungi oleh pihak-pihak yang dikatakan berkait rapat dengan pentadbiran kerajaan Negeri.
Saya masih ingat pesanan Presiden Parti PAS satu ketika dahulu kepada saya dan pimpinan tertinggi PAS Selangor. Presiden parti mahukan pimpinan negeri menjadi benteng pertama mempertahankan kesucian Islam bukan sahaja dari sudut Aqidah dan Syariah malah dari sudut Akhlak. Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa akhlak muda mudi Melayu Islam kini berada di paras yang sangat merungsingkan.
Sewaktu menerajui PAS Selangor dan diberi peluang menjadi anggota pentadbiran negeri sebagai ahli Exco, apa yang saya lakukan tidak lain dari melaksanakan amanah Presiden, amanah parti dan amanah jawatan yang saya dipertanggungjawabkan. Tentangan, bangkangan dan berbagai halangan yang dikenakan kepada saya tidak pun mematahkan semangat saya dan ahli-ahli parti yang bersimpati dengan perjuangan saya untuk terus istiqamah mempertahankan nilai-nilai Islam dalam suasana yang begitu mencabar. Semakin kuat saya memperjuangkannya, semakin kuat pula desakan untuk memecat saya. Akhirnya saya dipecat daripada parti dan kemudiannya dilucutkan daripada jawatan Exco.
Masyarakat ingin tahu sehingga kini apa yang telah dilakukan oleh pimpinan PAS khasnya ahli-ahli Exco secara konkritnya sebagai mewakili parti Islam di negara ini. Tiada siapa yang boleh menyandarkan harapan kepada DAP dan PKR untuk memainkan peranan mempertahankan Islam dan Melayu melainkan pimpinan PAS itu sendiri.
Jika keadaan ini berterusan dengan rakyat memberi 5 tahun lagi kepada mereka untuk menerajui negeri Selangor maka kedudukan Islam dan Melayu yang semakin terhakis dan pupus akan benar-benar dapat menyaksikan natijah yang dibayangkan itu.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
21 MAC 2013
Tuesday, March 19, 2013
Isu Moral Punca PAS Tolak Anwar Jadi PM, Kata Hasan Ali
Negara digemparkan lagi dengan kisah yang melibatkan moral Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Snapshot 13 keping gambar yang dipaparkan dibeberapa portal 2 hari yang lalu menggambarkan seorang lelaki yang dikatakan seiras dengan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan sumbang bersama seorang laki-laki.
Seperti biasa individu yang terlibat menafikan sekeras-kerasnya dan seperti biasa juga menuding jari kepada Umno yang dikatakan terlibat dengan agenda politik yang menjijikkan. Sehingga ini belum kedengaran report polis dibuat oleh Anwar Ibrahim dan belum ada sokongan-sokongan fakta menafikan peristiwa itu sementara pihak yang menelanjangkan kisah itu terus memanaskan insiden itu yang sememangnya selama ini dikaitkan dengan individu berkenaan.
Saya tidak berminat untuk menunjuk jari siapa individu itu dan saya juga tidak berminat untuk mengulas paparan gambar-gambar yang dibuat. Tetapi saya ingin memberi sedikit komen mengenai insiden itu dalam konteks politik semasa di negara ini.
Seperti yang diketahui PAS melalui Majlis Syura Ulama tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa. Penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri mungkin pada asasnya adalah berpunca daripada penglibatan beliau secara berterusan dan bertimpa-timpa dalam beberapa insiden tidak bermoral dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah dan sudahpun diberikan keputusan.
Sehingga ini keputusan masih dilihat menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun kesemua hakim mewakili beberapa tingkat perundangan memutuskan bahawa perbuatan liwat memang berlaku tetapi disebabkan masalah teknikal melibatkan sampel DNA, sesuatu yang konklusif tidak dapat dikemukakan.
Yang ingin saya ulas ialah insiden salah moral yang berlaku bertimpa-timpa dan begitu kerap. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sudah muak dengan kisah salah laku membabitkan Anwar Ibrahim. Kemuakan ini terbayang juga dikalangan pimpinan komponen parti dalam Pakatan Rakyat terutama PAS apabila pimpinan ulama tertingginya menyuarakan rasa muak dan mual PAS terhadap perilaku Anwar Ibrahim itu.
Sebahagian anggota masyarakat merasakan setakat ini adalah lebih bijak bagi Anwar Ibrahim menumpukan fikiran dan tindakan untuk membersihkan masalah peribadinya yang sehingga hari ini memerlukan tindakan dan kata putus daripada Anwar sendiri seperti isu sumpah laknat yang sehingga ini beliau mengelak daripada melakukannya.
Penglibatan beliau dalam politik yang terus menerus menggunakan PAS dan DAP serta konco-konconya untuk membolehkan beliau mencapai hasrat dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, perjuangan politik beliau dan negara. Adalah dijangkakan lebih banyak masalah akan timbul samada dikalangan Pakatan Rakyat itu sendiri atau dikalangan rakyat yang menjadi pengundi sekiranya beliau terus aktif memimpin Pakatan Rakyat. Saya percaya Pakatan Rakyat memerlukan suasana yang lebih damai dan tenteram untuk menghadapi PRU ke 13.
Daripada pengamatan sebahagian daripada pengulas politik mendapati Anwar akan terus mengejar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan terus juga mengggunakan PAS dan DAP untuk menjadi alat meralisasikan cita-cita beliau itu.
Sebenarnya PAS sudah banyak kali terhantuk dan banyak kali juga terngadah. Beban moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin berat untuk dipikul oleh PAS.
Sebelum nasi betul-betul menjadi bubur, eloklah sekiranya Kepimpinan Ulama PAS menimbangkan untuk mengambil satu lagi keputusan tegas untuk Parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat dan berjuang berseorangan atau berganding dengan badan-badan politik dan bukan politik yang lain yang membawa mesej mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dalam rangka terus membangunkan negara ini.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
18 MAC 2013
Tuesday, March 12, 2013
PKR Perguna Bapa Saiful Bukhari Habis-Habisan
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali percaya Azlan Mohd. Lazim akan dipergunakan sepenuhnya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan politik parti tersebut.
Beliau juga percaya bapa Saiful Bukhari itu akan dipergunakan sepenuhnya untuk memaklumkan kepada masyarakat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim individu yang bersih dari salah laku moral.
“Penyertaan Azlan dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut habis-habisan. Beliau akan diheret ketepi dan ketengah menjelang dan semasa kempen pilihan raya,
“Saya meramalkan Azlan begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar tetapi saya tidak nampak beliau mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasan seterusnya mengingatkan Azlan mengenai acara sumpah laknat yang dibuat oleh anaknya, Saiful Bukhari sambil mempersoalkan sama ada tidak ada bagi Azlan tentang kewujudan alam akhirat untuk menerima pembalasan.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana Azlan sebagai seorang ayah tergamak merelakan anaknya dihimpit keaiban sepanjang hidup kerana Anwar.
Justeru, katanya, beliau percaya strategi PKR itu akhirnya akan `memakan diri’ kerana langkah itu merupakan satu usaha yang terdesak dan sia-sia.
Ia kerana kemunculan Azlan tidak akan memberi kesan kepada ahli dan penyokong PAS yang telah bersetuju menolak Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU13.
“Perlu diketahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi merujuk kepada berbagai sumber hukum,” dakwanya lagi. - mynewshub.my
Monday, March 11, 2013
Permohonan Mahfuz Batalkan Saman Fitnah Hasan Ali Di Reject !!
Emmmm Kah kah kah kah!!! Ingatkan Mahfuz berani mempertahankan kenyataannya... rupanya dalam diam-diam Mahfuz membuat permohonan untuk membatalkan saman fitnah Dr Hasan Ali...
Inilah dia pemimpin PAS memang suka fitnah orang, sekarang jawab la kat mahkamah!
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).
Hasnal berkata, mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.
Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.
Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.
Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah.
-Bernama
Wednesday, February 27, 2013
Manifesto Pakatan Sisihkan Agenda PAS
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.
Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.
Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.
Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.
“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.
Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.
Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.
DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.
“Pemimpin Pas tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.
Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.
Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.
Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama
Tuesday, February 26, 2013
PRU 13 - Anwar Ibrahim Sudah Tidak Relevan
Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.
Rata-ratanya rakyat sama ada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai-bagi imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk negara.
Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.
Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beranika dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini.
Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, di kalangan orang Cina orang India dan suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.
Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respons yang seolah-olah kaku daripada perwakilan di tambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan” Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.
Pada masa yang sama PAS kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran PAS melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional PAS mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.
Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri di peringkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai- bagai kedudukan dan latar belakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya Pakatan menawan Putrajaya.
Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah.
Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual sama ada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai-bagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri.
PAS kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam PAS, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan PAS. Bahkan saya telah menamakan Presiden PAS Ust Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini dihadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri Pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong PAS bila Parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim.
Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi PAS menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan PAS walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari Konvensyen semalam PAS masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin PAS yang layak menyandang jawatan itu.
Saya menjangkakan tindakan PAS tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap PAS dalam PRU ke 13.
Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, PAS akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh PAS untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi di mana PAS memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut.
Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan PAS seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada PAS akan menjadikan Parti Islam itu tidak lebih seperti melukut di tepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.
Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia.
Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13. Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.
Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan.
Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas di hadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti.
Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
26 Februari 2013
Monday, February 25, 2013
Manifesto Pakatan Berbau ‘Malaysian Malaysia’
Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.
Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :
a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.
d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.
e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.
Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.
f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.
g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.
h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.
Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.
Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.
Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013
Thursday, February 21, 2013
Karpal Singh Sangat Biadap!
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai biadap apabila mendesak PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS wajar membuka mata berikutan tindakan tidak beradab Karpal menggesa Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam supaya selari dengan pendirian pakatan pembangkang.
Kata beliau, tindakan biadap Karpal itu juga jelas membuktikan bahawa parti DAP yang menganggotai pakatan pembangkang tidak akan berganjak dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.
“Tindakan Karpal juga membuktikan DAP merasakan pucuk pimpinan PAS boleh dilentur-liuk memandangkan sebelum ini terjahannya dalam beberapa isu menyebabkan PAS terpaksa mengangkat bendera putih.
“Perkembangan baharu ini juga menunjukkan DAP ingin menjadi peneraju kepada pakatan pembangkang dalam beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan kedudukan Islam dan Melayu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasan berkata, Karpal sepatutnya faham mengenai struktur membuat keputusan yang dipraktikkan oleh PAS iaitu hal dasar ditentukan oleh majlis syura sementara perlaksanaan dasar dan urusan harian parti diserahkan kepada Presiden dan jawatan kuasa pusat PAS kerana pakatan pembangkang telah lama menjalin kerjasama.
Melihat kepada perkembangan terbaharu itu, beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tidak mempunyai banyak pilihan dalam isu berkenaan iaitu sama ada akur kepada kehendak DAP atau mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
Media semalam melaporkan Karpal mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
Beliau dilapor berkata, perkara itu bertujuan untuk memastikan pendirian PAS selaras dengan keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
mynewshub.my
Sunday, February 17, 2013
Kenyataan Presiden Pas Mahu Keluar Pakatan Sekadar Pancing Undi Melayu-Islam
Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh dianggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.
Pertamanya, saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kedua, kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.
Ketiga, kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.
Keempat, kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisive terhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.
Kelima, kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.
Dan keenam, kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana PAS dijangka meletakkan calon.
Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.
Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalam mana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.
Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :
a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?;
b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?;
c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?;
d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud menguntungkan Islam?;
e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?
Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?
Mengenai Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?
Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.
Ada pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden PAS itu.
Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima’, PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam PAS.
Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS. Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 Februari 2013
Saturday, February 16, 2013
Sejarah Penyingkiran PAS Dari BN & Agenda Penyatuan Umat
Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.
Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.
Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalanan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah sama ada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.
Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang-ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa.
Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu.
Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.
Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.
Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing.
Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingkiran tersebut.
Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.
Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai untuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, profesional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.
Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.
Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam di negara kita.
Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.
Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS.
Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.
Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung di sebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya.
Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombongan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apa pun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksetujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.
Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua-dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.
Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013
Thursday, February 14, 2013
Fenomena Setan Bisu Dalam PAS
Saya tertarik dengan satu komen yang pernah dikeluarkan oleh Cikgu Non Al-Afghani seperti berikut : “Oleh kerana ulama-ulama yang ada di dalam PAS menjadi setan-setan bisu mereka tidak bertanggungjawab walaupun mereka ada kelulusan Azhar dan sebagainya, biarlah saya guru sekolah Melayu ini bangun untuk menegakkan yang hak.”
Saya sangat terharu dengan keistiqamahan Cikgu Non, guru sekolah rendah kampung yang sehingga kini tidak henti-henti memperjuangkan sesuatu yang sangat murni iaitu mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Walaupun diherdik, diaibkan dan dibelasah oleh pimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat namun guru yang kononnya hanya layak mengajar ABC itu tidak pernah menoleh kebelakang. Beliau terus maju kehadapan menongkah arus yang datang dari berbagai penjuru semata-mata atas nama perjuangan Islam. Semangat perjuangan yang begitu kental seperti yang ditarbiyahkan sendiri kepada beliau oleh Al-Marhum Dato Fadzil Nor.
Guru sekolah rendah itu dihukum sedemikian rupa oleh parti kesayangannya dengan cara yang begitu zalim. Beliau dipecat daripada Parti Islam itu. Apa salah beliau?
Dari mulut dan tulisan beliau, beliau sendiri telah mengemukakan berbagai-bagai fakta. Umpamanya mengenai isu Memali, bagi pihak janda-janda dan anak yatim Memali beliau menagih keadilan untuk waris para syuhada’.
Beliau mempersoalkan kemana perginya wang derma Memali yang jumlahnya agak besar sehingga kini tiada khabar berita. Jauh sekali kalau hendak dipertontonkan kira-kira akaun wang masuk dan wang keluar demi menjaga prinsip ketelusan, keamanahan dan kebertanggungjawaban.
Bukankah ini merangkumi prinsip keamanahan yang mesti dijaga dan diamalkan oleh PAS?
Dalam buku terbarunya “Kafirkah Aku?” guru kampung ini mengimbau perjuangan PAS yang dipimpin oleh insan-insan mithali dari segi perjuangan seperti Tuan Guru Yusof Rawa dan Dato Fadzil Nor. Kedua-dua insan tersebut sentiasa berada di sudut hati beliau dan kedua-duanya juga menjadi mujahid-mujahid ikutan dan sanjungannya.
Buku tersebut juga dengan secara terperinci memaparkan kesan negatif Amanat Haji Hadi yang dibuat pada tahun 1981 itu. Keretakan berpanjangan ahli keluarga, permusuhan anggota masyarakat akibat amalan kafir mengkafir dinukilkan dengan begitu dramatik.
Apakah tindakan cuba menegur kepimpinan dan pengikut yang begitu taksub perlu berakhir dengan pemecatan?
Inilah di antara persoalan yang bermain di minda ahli dan penyokong PAS. Tetapi atas yang mudah diduga mereka memilih untuk berdiam diri dan lebih selesa memandang dari jauh.
Sedikit pengalaman saya yang terlibat dengan kepimpinan tertinggi PAS mendapati bahawa era Dato Fadzil Nor adalah di antara era keemasan selain daripada era sebelumnya ketika PAS dipimpin oleh insan-insan besar seperti Dr Burhanuddin Helmi dan Prof Zulkifli Mohd.
Namun era itu telah berlalu. Kini PAS berada di period yang paling mencabar. Sistem pentadbiran “free for all” tanpa sempadan antara fungsi advisory dan executive adalah di antara halangan pengurusan yang menghambat kelancaran urusan parti.
Pengaruh luar termasuk cengkaman puak parasit atau Anwarinas mencelarukan lagi sistem pengurusan batang tubuh PAS. Atas pengaruh puak ini PAS dilihat semakin hari semakin jauh meninggalkan pengkalan asalnya iaitu perjuangan mendaulatkan Islam.
Apa yang terjadi kepada Cikgu Non, kepada saya dan terkini kepada YB Ust Nasharudin Mat Isa tidak syak lagi adalah permainan politik puak parasit atau Anwarinas itu.
Tinjauan yang dibuat di kalangan ahli dan penyokong PAS menunjukkan bahawa jika trend penguasaan puak parasit atau Anwarinas ini berterusan PAS akan kehilangan wajah aslinya. Atas nama Pakatan Rakyat pula dan dengan kebijaksanaan mainan politik DAP dan PKR, PAS akan dijelmakan sebagai parti yang masih dikaitkan dengan Islam tetapi berjuang atas prinsip liberalisme barat sama seperti apa yang diperjuangkan oleh rakan sejawat politik mereka DAP dan PKR.
Untuk itu manusia-manusia seperti Cikgu Non, Ust Nasharudin dan mungkin saya yang menuntut PAS balik ke perjuangan asal untuk mendaulatkan Islam dilihat tidak mempunyai tempat di dalam parti. Bagi puak parasit kehadiran kami di dalam PAS dianggap seperti duri dalam daging dan kami dituduh sebagai penghalang kepada kerakusan nafsu politik mereka untuk merampas Putrajaya.
Sesungguhnya PAS memerlukan lebih ramai ahli dan penyokong seperti Cikgu Non. Perjuangan dan pengorbanan untuk Islam memang menjadi agenda hidup warga PAS. Pada masa yang sama reformasi dalaman untuk menentukan parti tidak kehilangan arahtuju juga sama pentingnya.
Ahli dan penyokong PAS sudah maklum betapa hinanya parti itu diasak oleh DAP dan PKR. PAS dijadikan alat oleh mereka yang gila kuasa. Atas nama kuasa parasit atau Anwarinas sanggup menggugurkan negara Islam dan hudud. Atas nama kuasa juga mereka rela dihina dan diaibkan oleh pimpinan DAP dan PKR.
Itulah PAS. Hanya orang seperti Cikgu Non, guru sekolah rendah kampung yang sanggup tampil kehadapan. Beliau menjadi mangsa di atas keberaniannya untuk cuba membawa PAS kembali kelandasan asalnya.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
13 Februari 2013
Wednesday, February 13, 2013
Tunjuk Isyarat Lucah Terhadap Raja Permaisuri Agong Perlu Dipandang Serius
Peristiwa Raja Permaisuri Agong ditunjuk isyarat lucah di Pulau Pinang dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak diejek juga di Pulau Pinang tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja.
Bagi saya ini menggambarkan sudah wujud simptom atau tanda-tanda bahawa Malaysia sedang berdepan dengan satu lagi gejala destruktif baru dalam rangka pembangunan nasional atau “nation building” kita.
Gejala ini mungkin sudah diperam sekian lama hanya menunggu saat-saat yang paling sesuai untuk dizahirkan. Kunjungan Dato Seri Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya menjadi hari muhibbah rasanya amat tidak bertepatan dengan resepsi yang beliau dan keluarga terima.
Saya tidak pernah mendengar atau terbaca dalam mana-mana negara tidak kira apa amalan pemerintahan sama ada komunis, sosialis, junta tentera apatah lagi demokratik seperti di Malaysia dalamana rakyat memilih menunjukkan sentimen politik dalam acara seperti di Pulau Pinang itu dengan mengenepikan langsung nilai-nilai adat budaya serta kesantunan masyarakat Timur.
Kelihatan dalam kes yang berlaku di Pulau Mutiara tersebut mereka yang terlibat terang-terangan telah memilih satu perlakuan yang begitu hina, biadap, hilang kesopanan serta jauh sekali daripada tatarukun akhlak yang dipusakai turun temurun oleh kita semua tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Saya yakin mereka yang terlibat itu pun sama seperti kita juga telah mengalami proses akulturasi dan sosialisasi yang sama.
Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Negeri ditadbir oleh DAP rakan sejawat PAS dan PKR. Saya tidak berhasrat untuk mengheret politik dalam isu ini. Saya lebih terpanggil untuk menilainya dari sudut sosio-budaya.
Pertama, pada hemat saya apa yang telah berlaku tidak diserlah secara sepontan. Besar kemungkinan insiden tersebut adalah hasil daripada satu bentuk perancangan yang dizahirkan secara berorkestrasi.
Kedua, bila disebut ada unsur orkestrasi sudah barang tentu pula ada arahan dan pengarahan. Perlu diketahui siapa peneraju dan bagaimana penerajuan itu dibuat? Ketiga, apakah insiden ini akan tinggal dan lenyap disitu sahaja atau ianya boleh di anggap sebagai persiapan rapi kepada satu “acara” yang lebih besar berkait dengan PRU13?
Keempat, tidakkah insiden jijik ini menggambarkan bahawa bagi setengah-setengah pihak, apa pun usaha yang diambil untuk membentuk negara bangsa bersendikan kerukunan dan ketatasusilaan seperti program PLKN tidak lebih daripada menyiram air di daun keladi?
Kelima, kita difahamkan bahawa pencetusan 13 Mei 1969 mempunyai iras-iras persamaan dengan kedua-dua insiden di Pulau Pinang itu.
Tidak hairanlah diakhir-akhir ini ada pihak-pihak yang berminat menonjolkan berbagai senario ngeri yang mungkin akan tercetus berikutan dengan ke arah mana keputusan PRU 13 akan memihak dan sebagainya.
Keenam, insiden itu berlaku di Pulau Pinang negeri yang ditadbir oleh DAP. Bagi saya seandainya jalur penaklukan DAP meluas ke negeri-negeri lain seperti yang mereka sasarkan, dikatakan bahawa angka keberangkalian yang agak besar menunjukkan bahawa insiden-insiden di Pulau Pinang itu dalam nisbah yang lebih besar mungkin menyeluruh boleh menjadi kenyataan. Bukan sahaja setakat menjadi kenyataan bahkan lebih berat daripada itu sesuatu yang sukar digambarkan kemungkinan akan terjadi.
Ketujuh, gambaran-gambaran yang terbentang dihadapan samada dalam bentuk “overt” atau “covert” dan disokong pula oleh dua insiden di Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa keamanan dan kesejahteraan Malaysia sedang diperjudikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya kelapan, insiden biadap dan kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agong itu merupakan satu bentuk manifestasi untuk merendah dan menghina Institusi Raja dalam negara kita. Insiden yang seumpanya bukan lagi perkara baru.
Sudah berlaku beberapa peristiwa yang kebetulannya datang daripada kelompok parti politik yang sama yang berterusan menzahirkan sikap tidak menghormati dan memandang rendah kepada Institusi tersebut. Ini menguatkan lagi teori bahawa sekiranya kelompok tersebut berjaya ke Putrajaya nescaya sistem Raja Berlembagaan negara kita akan terancam.
Terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya. Saya yakin kepada kemampuan, keupayaan dan kebolehan mereka. Bagi saya pihak berkuasa tidak perlu menunggu deretan laporan polis dibuat. Setakat maklumat zahir yang ada barangkali sudah memadai untuk pihak berkuasa mengambil satu tindakan drastik dan decisive terhadap perkara ini.
Menyerahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa pun ada keterbatasannya yang tersendiri. Rakyat semua khasnya masyarakat IsLam/Melayulah yang lebih afdal menggunakan kuasa penentu mereka selain daripada berusaha dan bertawakkal untuk melihat agama dan bangsa tidak diinjak-injak oleh mereka yang dilihat sudah hilang kewarasan dan pertimbangan.
Moga Allah SWT sepanjang masa melindungi kita semua.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013
Berita Terdahlu: Maklumat Penuh Penyokong DAP Hina DYMM Permaisuri Agong Dengan Isyarat Lucah
Bagi saya ini menggambarkan sudah wujud simptom atau tanda-tanda bahawa Malaysia sedang berdepan dengan satu lagi gejala destruktif baru dalam rangka pembangunan nasional atau “nation building” kita.
Gejala ini mungkin sudah diperam sekian lama hanya menunggu saat-saat yang paling sesuai untuk dizahirkan. Kunjungan Dato Seri Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya menjadi hari muhibbah rasanya amat tidak bertepatan dengan resepsi yang beliau dan keluarga terima.
Saya tidak pernah mendengar atau terbaca dalam mana-mana negara tidak kira apa amalan pemerintahan sama ada komunis, sosialis, junta tentera apatah lagi demokratik seperti di Malaysia dalamana rakyat memilih menunjukkan sentimen politik dalam acara seperti di Pulau Pinang itu dengan mengenepikan langsung nilai-nilai adat budaya serta kesantunan masyarakat Timur.
Kelihatan dalam kes yang berlaku di Pulau Mutiara tersebut mereka yang terlibat terang-terangan telah memilih satu perlakuan yang begitu hina, biadap, hilang kesopanan serta jauh sekali daripada tatarukun akhlak yang dipusakai turun temurun oleh kita semua tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Saya yakin mereka yang terlibat itu pun sama seperti kita juga telah mengalami proses akulturasi dan sosialisasi yang sama.
Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Negeri ditadbir oleh DAP rakan sejawat PAS dan PKR. Saya tidak berhasrat untuk mengheret politik dalam isu ini. Saya lebih terpanggil untuk menilainya dari sudut sosio-budaya.
Pertama, pada hemat saya apa yang telah berlaku tidak diserlah secara sepontan. Besar kemungkinan insiden tersebut adalah hasil daripada satu bentuk perancangan yang dizahirkan secara berorkestrasi.
Kedua, bila disebut ada unsur orkestrasi sudah barang tentu pula ada arahan dan pengarahan. Perlu diketahui siapa peneraju dan bagaimana penerajuan itu dibuat? Ketiga, apakah insiden ini akan tinggal dan lenyap disitu sahaja atau ianya boleh di anggap sebagai persiapan rapi kepada satu “acara” yang lebih besar berkait dengan PRU13?
Keempat, tidakkah insiden jijik ini menggambarkan bahawa bagi setengah-setengah pihak, apa pun usaha yang diambil untuk membentuk negara bangsa bersendikan kerukunan dan ketatasusilaan seperti program PLKN tidak lebih daripada menyiram air di daun keladi?
Kelima, kita difahamkan bahawa pencetusan 13 Mei 1969 mempunyai iras-iras persamaan dengan kedua-dua insiden di Pulau Pinang itu.
Tidak hairanlah diakhir-akhir ini ada pihak-pihak yang berminat menonjolkan berbagai senario ngeri yang mungkin akan tercetus berikutan dengan ke arah mana keputusan PRU 13 akan memihak dan sebagainya.
Keenam, insiden itu berlaku di Pulau Pinang negeri yang ditadbir oleh DAP. Bagi saya seandainya jalur penaklukan DAP meluas ke negeri-negeri lain seperti yang mereka sasarkan, dikatakan bahawa angka keberangkalian yang agak besar menunjukkan bahawa insiden-insiden di Pulau Pinang itu dalam nisbah yang lebih besar mungkin menyeluruh boleh menjadi kenyataan. Bukan sahaja setakat menjadi kenyataan bahkan lebih berat daripada itu sesuatu yang sukar digambarkan kemungkinan akan terjadi.
Ketujuh, gambaran-gambaran yang terbentang dihadapan samada dalam bentuk “overt” atau “covert” dan disokong pula oleh dua insiden di Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa keamanan dan kesejahteraan Malaysia sedang diperjudikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya kelapan, insiden biadap dan kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agong itu merupakan satu bentuk manifestasi untuk merendah dan menghina Institusi Raja dalam negara kita. Insiden yang seumpanya bukan lagi perkara baru.
Sudah berlaku beberapa peristiwa yang kebetulannya datang daripada kelompok parti politik yang sama yang berterusan menzahirkan sikap tidak menghormati dan memandang rendah kepada Institusi tersebut. Ini menguatkan lagi teori bahawa sekiranya kelompok tersebut berjaya ke Putrajaya nescaya sistem Raja Berlembagaan negara kita akan terancam.
Terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya. Saya yakin kepada kemampuan, keupayaan dan kebolehan mereka. Bagi saya pihak berkuasa tidak perlu menunggu deretan laporan polis dibuat. Setakat maklumat zahir yang ada barangkali sudah memadai untuk pihak berkuasa mengambil satu tindakan drastik dan decisive terhadap perkara ini.
Menyerahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa pun ada keterbatasannya yang tersendiri. Rakyat semua khasnya masyarakat IsLam/Melayulah yang lebih afdal menggunakan kuasa penentu mereka selain daripada berusaha dan bertawakkal untuk melihat agama dan bangsa tidak diinjak-injak oleh mereka yang dilihat sudah hilang kewarasan dan pertimbangan.
Moga Allah SWT sepanjang masa melindungi kita semua.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013
Berita Terdahlu: Maklumat Penuh Penyokong DAP Hina DYMM Permaisuri Agong Dengan Isyarat Lucah
Tuesday, February 12, 2013
Hasan Ali - PAS Kini Berada Di Persimpangan…
Gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru. Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PAS.
Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan PAS menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan PAS yang ada hubungkait dengan Islam. Bahkan lebih dari itu sebarang langkah yang di ambil oleh PAS hatta yang tidak secara langsung mempunyai gambaran atau warna-warna Islam pun ditentang habis-habisan oleh DAP.
Hampir dalam semua insiden PAS dilihat akur dan menyerah kalah hingga termasuk terpaksa mengorbankan dasar-dasar asasi perjuangan. Berbagai alasan diberi semata-mata untuk menjaga kesatuan komponen parti dalam Pakatan dalam mengejar cita-cita menawan Putrajaya.
Situasa yang ada sekarang menunjukkan PAS sedang berada di satu persimpangan “T”. PAS mesti memutar steering sama ada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik kepangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan bajaan keringat, airmata dan darah. Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.
PAS terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalan fahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.
Ustaz Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami tektik DAP, PKR dan elemen parasit dalam PAS. Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama Parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.
Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka. Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat.
Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.
Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.
Saya melihat saranan di atas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ust Nasharudin yang terbaru itu.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
11 Februari 2013
Sunday, February 10, 2013
Hassan Ali Tidak Terkejut Dakwaan Bekas Pembantu Khas Ronnie Liu
Saya sama sekali tidak terperanjat atas dakwaan Pembantu Khas YB Ronnie Liu tentang siapa sebenarnya manusia Ronnie dan apa perancangan DAP dalam Pakatan Rakyat di Selangor.
Pertama, setakat yang saya kenal ahli politik bernama Ronnie Liu, lain-lain pimpinan DAP Selangor termasuk pimpinan utama mereka boleh dikelaskan kepada satu kelompok sahaja. Kesemuanya menentang Islam dan kesemuanya menentang hak-hak Melayu.
Kedua, kesemua mereka sepakat untuk menegakkan Negara Malaysia Sekular.
Ketiga, mereka semua bertekad menjadikan Malaysia negara menganut fahaman liberalisme barat yang menghalalkan cara hidup bebas. Bebas daripada peraturan hidup bersendikan agama apa lagi yang di anggap ada kaitan dengan Islam.
Keempat, dari tindak tanduk mereka dikatakan bahawa PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan diguna seketika bagi mencapai cita-cita DAP yang tersurat dan tersirat itu.
Pengalaman saya selama 4 tahun dalam barisan Exco Selangor dan lebih lama lagi bersama DAP dalam pimpinan Pakatan sebelumnya mengesahkan dakwaan Jeffrie itu.
Saya tidak tertarik untuk menyentuh soal-soal detail hubungan beliau dengan Ronnie atau DAP Selangor atau tempat sidang media dibuat. Itu soal beliau, Ronnie dan DAP Selangor. Yang penting dari kenyataan yang disebut dalam sidang medianya ialah kesahihan butiran kandungannya.
Bagi saya berdasarkan pengalaman peribadi dan melihat mainan politik DAP yang sebahagiannya mungkin disedari atau mungkin tidak disedari oleh pimpinan PAS dan PKR adalah selari dengan apa yang didedahkan oleh Jeffrie.
Sewaktu saya masih memegang kerusi EXCO Negeri Selangor lagi sudah wujud usaha memburukkan imej saya di kalangan Pakatan Rakyat semata-mata kerana usaha saya yang tidak pernah jemu untuk mendaulatkan Islam dan menjaga hak-hak dan perpaduan orang Melayu di negeri Selangor.
Apa pun sama seperti observasi Jeffrie, bagi saya DAP bahaya untuk Islam, bahaya untuk Melayu, bahaya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia dan bahaya untuk generasi pengganti akan datang terutama bagi masyarakat Islam dan Melayu di bumi Malaysia yang kita sama-sama cintai.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
10 Februari 2013
Saturday, February 2, 2013
#Fakta 7 Dalil PAS Sesat Untuk Renungan @abby_abadi112
FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM
Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik
FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA
Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.
“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.
FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM
“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?
“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” -Hassan Ali.
FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN
Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.
Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.
FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT
Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA PECATWALAU PERJUANG ISLAM
“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.
“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.
FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA PELIWAT ANWAR IBRAHIM
“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,”
Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari 2012.
Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar. Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Friday, February 1, 2013
Puluhan Laporan Polis Terhadap Guan Eng, Kenapa Ibrahim Ali Jadi Sasaran
Saya ingin membuat sedikit ulasan terhadap gesaan mantan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman supaya segera mengambil tindakan dibawah Akta Hasutan berhubung dengan kenyataan berbentuk ugutan Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa terhadap Bible versi Melayu yang menggunakan Kalimah Allah.
Saya menghormati pandangan mantan peguam negara tersebut tetapi mempunyai pandangan yang sikit berbeza dalam hal ini. Pertama, kenyataan Dato Ibrahim Ali hendaklah dilihat dalam konteks yang luas dan lebih dalam. Luas ertinya mencakupi 28 juta rakyat Malaysia dan 2 billion penduduk dunia beragama Islam. Sementara kedalaman impak isu ini merujuk kepada persoalan aqidah yang berhubung langsung dengan masalah ketuhanan umat Islam. Seperti yang diketahui atas nama keagungan Allah dan kehebatan Islam manusia Muslim sanggup melakukan apa saja hatta mengorbankan nyawa mereka.
Meletakkan kedua-dua luas dan dalamnya isu ini sudah tentu tidak semudah itu bagi kita untuk mencadangkan sesuatu tindakan seperti yang dicadangkan oleh Yang Arif Tan Sri Abu Talib itu. Dato Ibrahim Ali mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Umat Islam di Malaysia pula termasuk penduduk Muslim dunia pun mempunyai sebab tersendiri untuk mengambil sesuatu tindakan atas nama kesucian Islam hingga sanggup menjadikan nyawa mereka sebagai galangannya.
Bagi saya mencadangkan tindakan dibawah Akta Hasutan terhadap Dato Ibrahim Ali adalah sesuatu yang secondary sifatnya. Yang primarynya ialah punca dan pencetus kepada isu Kalimah Allah terbaru hingga memungkinkan Dato Ibrahim Ali menyatakan bisikan keimanannya terhadap Allah dan Islam yang dicintainya. Yang primarynya juga ialah Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah yang sudah dicetak dan diedarkan termasuk kepada orang-orang Islam di negara kita. Apakah kita boleh menutup mata kepada sumber yang menjadikan isu ini terus membara atau adakah kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin sanggup melihat agama kita diinjak-injak dan pegangan agama generasi Muslim pengganti nanti diselimuti dengan kekeliruan aqidah.
Seperti yang dilaporkan, puluhan laporan polis telah dibuat ke atas Lim Guan Eng. Tetapi kenapa dan mengapa hanya Ibrahim Ali dijadikan sasaran.
Inilah di antara persoalan yang perlu direnungkan. Mencadangkan tindakan tegas terhadap Dato Ibrahim Ali mungkin mudah tetapi mengawal anasir-anasir pencemar aqidah yang terus bertali arus, gigih, istiqamah dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang serba canggih tidak semudah seperti mengenakan tindakan kepada Dato Ibrahim Ali.
Fikir-fikirlah.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
1 Februari 2013
Wednesday, January 30, 2013
Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung
Kelihatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali membincangkan sesuatu... Jelas terpancar keakraban di antara mereka...
Berita terbaru yang di terima satu majlis khas berlangsung di Masjid Negara.. Majlis tersebut dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" bagi mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan Haram.
Program khas sekarang ini di Masjid Negara:
Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI..
Apa yang pasti puak-puak Anwarinas sedang kepanasan dengan pengabungan antara Hasan Ali dan Ust Nasha....`
Pemecatan Ustaz Nasha Untuk Alih Isu Kalimah Allah
Pemecatan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13 Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ustaz Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat.
Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ustaz Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.
Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak Pakatan.
Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara di pihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.
Sementara itu ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.
Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ustaz Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan.
YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013
Saturday, January 19, 2013
Azmin Ali Angkuh, Biadap ! - Hassan Ali
Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Monday, January 14, 2013
Hasan Ali Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura PAS
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam. Dalam kenyataannya hari ini, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Subscribe to:
Posts (Atom)