Tuesday, February 28, 2017

#TN50 : Anak muda Terengganu cetus idea bernas! @Khairykj @NajibRazak



Destinasi jelajah dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kali kedua yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun semalam mendapat sambutan menggalakan dari golongan belia. Kira-kira 30 peserta tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.

Antara idea yang diketengahkan merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan juga beberapa perkara tentang nilai-nilai masyarakat yang telah dibangkitkan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan majlis tersebut berkata, beliau berpuas hati dengan idea bernas yang dicetuskan.

Beliau berpendapat jika momentum semangat serta aspirasi anak muda ini diteruskan ke setiap siri jelajah dialog TN50, ianya akan membawa kejayaan dalam merencana masa depan Malaysia.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam ucapannya beliau menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.
Terdahulu peserta dialog, Sdr Mohd Rafi Kori melontarkan aspirasinya yang inginkan universiti sukan pertama dibina.

Sementara itu, YB Khairy berkata, pihaknya menyambut baik tawaran Menteri Besar Terengganu dan akan membawa cadangan tersebut ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi kerana pembinaan universiti sukan perlu datang daripada Kementerian tersebut.

Siri dialog peringkat negeri seterusnya akan diadakan di Johor pada 3 Mac bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan pada jam 4:30 petang. Sila daftar sekarang di www.mytn50.com dan sertai dialog TN50 secara langsung.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku! #TN50.
-Bro Jinggo

No comments: