Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Tuesday, February 28, 2017
#TN50 : Anak muda Terengganu cetus idea bernas! @Khairykj @NajibRazak
Destinasi jelajah dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kali kedua yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun semalam mendapat sambutan menggalakan dari golongan belia. Kira-kira 30 peserta tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.
Antara idea yang diketengahkan merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan juga beberapa perkara tentang nilai-nilai masyarakat yang telah dibangkitkan.
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan majlis tersebut berkata, beliau berpuas hati dengan idea bernas yang dicetuskan.
Beliau berpendapat jika momentum semangat serta aspirasi anak muda ini diteruskan ke setiap siri jelajah dialog TN50, ianya akan membawa kejayaan dalam merencana masa depan Malaysia.
Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Dalam ucapannya beliau menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.
Terdahulu peserta dialog, Sdr Mohd Rafi Kori melontarkan aspirasinya yang inginkan universiti sukan pertama dibina.
Sementara itu, YB Khairy berkata, pihaknya menyambut baik tawaran Menteri Besar Terengganu dan akan membawa cadangan tersebut ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi kerana pembinaan universiti sukan perlu datang daripada Kementerian tersebut.
Siri dialog peringkat negeri seterusnya akan diadakan di Johor pada 3 Mac bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan pada jam 4:30 petang. Sila daftar sekarang di www.mytn50.com dan sertai dialog TN50 secara langsung.
Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku! #TN50.
-Bro Jinggo
Saturday, February 9, 2013
Skandal Panas: RM200 Ribu, Jawatan MB - ‘Ayat’ ADUN PAS Pikat Isteri Orang
Pendedahan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah.
Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” - itulah jawapan Aida kepada suaminya.
Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu.
Ketika ditemui krew Terengganu Today (TT), Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapan rumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi”
Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain kereta milik YB tersebut.
Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu.
Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke rumah YB sebab cop YB tertinggal di rumah.
Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….”
Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu sedang ‘gila’ dengan jawatan itu.
Apandi bertanya, untuk apa RM200 ribu. Isterinya menjawab sebagai modal perniagaan. Gembira atau curiga? Apandi bertanyakan perkara berkenaan kepada Tengku Hassan sendiri tentang RM200 ribu.
ADUN Ladang itu memberitahu, beliau tiada duit sebanyak itu dan kelihatan cuba melarikan diri dengan alasan terpaksa pergi solat jenazah.
Adakah tawaran RM200 ribu itu modal perniagaan atau duit untuk memikat hati Aida, atau ada ‘upah’ lain?
ADUN Pas Ladang Mengurut Dengan Isteri Orang
DUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.
Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan.
Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida.
ADUN PAS tersebut perlu menjawab setiap pendedahan yang di bongkarkan oleh laman Portal -Terengganu Today ini.
Tuesday, February 5, 2013
80 Ahli PAS Marang Minta Masuk UMNO
Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.
Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.
Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.
"Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut PAS, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal PAS, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.
Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada Umno serta menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Sementara itu seorang lagi bekas penyokong PAS Mohd Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia PAS, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.
"Mereka (PAS) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.
"Kami berharap setelah menyertai Umno, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain," katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.
Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.
"Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu," katanya.
Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai PAS manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN.
Subscribe to:
Posts (Atom)