Showing posts with label Murtad. Show all posts
Showing posts with label Murtad. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Video Murtad Tak Penting... PAS Pasti Menyesal Pecat Hasan Ali...


Sayang sikit, Datuk Dr Hasan Ali tidak membenarkan media menyiarkan video pengakuan seorang lelaki dan wanita Melayu mengenai gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini yang ditayang beliau kepada media tengahari Isnin.

Jika tidak tentu orangramai dapat mengikuti sendiri dari dekat bagaimana macam-macam taktik digunakan oleh gerakan ini untuk tujuan itu.

Bekas Exco Selangor itu tidak membenarkan media menyedut video itu untuk ditayang semula kerana ia melibatkan soal kerahsiaan identiti orang yang membuat pengakuan itu.

Ramai wartawan dan jurugambar hadir pada sidang media berkenaan yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Lelaki dan wanita Melayu yang membuat pengakuan dalam video selama 46 minit itu merupakan pasangan suami isteri.

Mereka yang kini sudah berjaya diIslamkan semula antara lain mendedahkan taktik yang digunakan termasuk mendekati kanak-kanak beri apa yang mereka hendak da juga ibu tunggal yang bermasalah.

Gerakan ini juga didakwa mengunakan taktik 'menyamar' sebagai NGO yang hendak membantu orang Melayu.

Lelaki Melayu itu juga menceritakan dia sudah bersua dengan sekitar 400 orang Islam yang murtad.


Itu baru mereka yang ditemuinya sahaja dan mungkin ada kumpulan-kumpulan lain.

Ramli berasal dari Utara pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Teknologi Mara (ITM) mengaku ternbabit dengan agama Kristian itu pada 2002 dan upacara baptis di adakan di sebuah pangsapuri di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Dalam pendedahan itu, Ramli mengakui tertarik dengan cara gerakan tersebut membantunya yang sedang sakit, menyediakan tempat tinggal, kerja dan hadiah paling besar memberikannya kenderaan.

Beliau dijaga oleh pasangan mubaligh dari Australia tetapi di baptis oleh paderi lain.

Ramli diyakinkan bahawa beliau boleh masuk syurga setelah dibangkitkan semula selepas ‘masuk kolam renang’ di pangsapuri itu sebagai sebahagian upacara baptis seolah-olah beliau jadi orang baru.

Paling memeranjat, Ramli turut mendedahkan kumpulan ini yang juga fasih berbahasa Melayu menggunakan ayat-ayat al Quran kerana yakin kalau mereka gunakan kitab, orang yang didekati akan melarikan diri.

“Mereka guna pendekatan Al Quran sebagai jambatan rapatkan diri dengan orang Islam untuk ‘cross over’, bila dah melintas, baru mereka ajar agama Kristian sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Isterinya Zakiah Musa (bukan nama sebenar) 42, juga mendedahkan bagaimana kumpulan itu mendekati ibu tunggal yang memerlukan bantuan selain kanak-kanak.

Katanya, ibu tunggal ini akan dipelawa sertai banyak program dan diberikan bantuan yang diperlukan.

“Mereka juga dekati kanak-kanak dan gula-gulakan mereka,” ujar Zakiah.

Bagaimanapun, Zakiah cepat sedar apabila ujudnya Unit Selamatkan Aqidah (USA) ditubuhkan ketika Dr Hasan menerajui Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau pergi mendengar penerangan dan mendapatkan nasihat sebelum berjaya menyakinkan suaminya untuk kembali ke pangkal jalan.

Pasangan itu menasihatkan orang ramai beragama Islam supaya berhati-hati dan jangan mengulangi kesilapan mereka setelah terpesong daripada landasan Islam.

Dalam satu video lain, ditunjukkan Dr Hasan sedang mengIslamkan semula seorang lelaki Melayu dikenali Mohd Shafiq berusia 27 tahun di Pulau Pinang.

Memang sayang, video pengakuan tersebut tidak dapat disiarkan sebagai bukti betapa seriusnya usaha pihak tertentu memujuk orang Islam menyertai agama mereka yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Bagaimanapun, PAS memperlekeh pendedahan video oleh Dr Hasan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman bahawa tindakan Adun Gombak Setia itu tidak penting.

Sebab itu, Dr Hasan cukup angin dan berkali-kali tunjuk akhbar yang siar kenyataan Dr Rani bahawa PAS Selangor dan Pusat lebih utamakan soal pengundi untuk pilihan raya akan datang.

“”Inilah contoh parasit dalam PAS. Inilah ketua parasit di Selangor. Sepatutnya ahli-ahli singkir pemimpin macam ini dari PAS,” katanya.

Menjawab soalan, Pengerusi JATI itu berkata, ada enakmen undang-undang Islam patut dilaksanakan dan dikuatkuasakan tetapi sukar kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Bagaimanapun katanya, selepas Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor jadi Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, sepatutnya usaha menyekat pemurtadan ini dapat ditingkatkan.

Katanya, Khalid ada ‘tongkat besar’ (kuasa MB) dan kena bertegas bukannya memberi jawapan umum apabila perkara itu dibangkitkan.

Apapun, Dr Hasan sudah buktikan memang ujudkan usaha memurtadkan orang Islam walaupun ada pemimpin dalam PAS meragui kenyataanya ketika masih dalam parti.

Pendedahan melalui video itu adalah bukti jelas Dr Hasan bercakap benar dan kini Khalid kena bertanggungjawab jika perkara itu terus berlaku di Selangor. – Agendadaily

Friday, December 16, 2011

Khalid Samad Bantu Teresa Kok Tutup Isu Murtad


TV Selangor seolah mempertahankan tindakan DUMC dan dalam masa yang sama forum sebegini seolah cuba menyalahkan pihak berkuasa agama Islam JAIS dan Hassan Ali.

Adakah mempertahankan akidah Islam sudah menjadi satu beban buat kerajaan pakatan? Dalam masa yang sama kerajaan pakatan dilihat sanggup untuk tidak mengaku tuhan semata mata untuk menafikan pembabitan ekstremis agama kristian didalam DAP.

Dalam wawancara ini Teres Kok mempersoalkan isu murtad kononnya kena perlu dibangkitkan dalam saat kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan pakatan,sedangkan seluruh umat Islam tahu isu murtad sudah berlaku sejak sekian lama dan pihak JAIS sering kali mengambil tindakan .

Teresa Kok, isunya gereja evengelis kristian bukanya gereja katolik. Anda semua harus faham anasir seperti evengelis kristian adalah pelampau agama yang berdakwah agama kristian yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Kenapa Teresa Kok menyembunyikan fakta ini? Apakah niat disebalik kenyataan Teresa hingga menutup daripada pengetahuan umum mengenai kelompok elit kristian didalam kepimpinan DAP.

Tindakan Teresa Kok hingga sanggup berkata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak beragama dan tidak percaya kepada tuhan seolah cubaan memperbodohkan rakyat.Sedangkan rakyat begitu maklum akan siapakah 2 orang ultra kiasu ini.

Kebodohan wakil PAS tidak berhenti disitu saja,beliau harus faham didalam perlembagaan agama lain tidak dibenarkan menyebar atau berdakwah terhadap umat Islam!

Teresa menjawab:

“Pengerusi DAP Karpal Singh seorang Sikh, penganut agama Sikh. YB Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ini saya ingat mereka tak ada apa-apa agama tertentu lah. Dan saya rasa di parti DAP penganut agama Hindu lebih ramai daripada penganut agama Kristian. Penganut agama Kristian di kalangan keahlian DAP ini memang yang paling kurang sekali … paling minoriti. -Kita Gempur

Thursday, November 17, 2011

[video] Bob Lokman Kafirkan Rakyat Johor!


Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.

Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain. Baca lagi di sini...

Thursday, October 20, 2011

Himpunan Haram Boleh, Himpunan Halal Tak Boleh!


Pakatan pembangkang berusaha memastikan kalangan ahli mereka tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad anjuran kira-kira 1,000 NGO di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

PAS Pusat membuat keputusan tidak akan sertainya atas alasan ia anjuran NGO.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memberitahu wartawan partinya juga mengambil pendirian sama.

Beliau memberi alasan konon pihaknya gusar himpunan itu diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan suasana tegang di antara kaum.

Pemuda PAS yang sebelum ini bernada garang nak sertai juga himpunan juga terpaksa tunduk kepada keputusan PAS Pusat.

Ketuanya Nasrudin Hassan dilaporkan sebagai berkata mereka berkongsi pendirian dengan PAS Pusat.

Untuk coverline setelah sebelumnya terlanjur, beliau berkata Pemuda PAS tetap menyokong usaha murni himpunan itu.

Badan Perhubungan PAS Selangor pula dilapor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai himpunan berkenaan.

Harakahdaily memetik , Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpunan tersebut. -Agendadaily



Tindakan PAS yang sanggup berpatah arah menyokong Ambiga, penganjur Bersih tapi tak mahu sokong perhimpunan anti murtad membuktikan ia adalah sebuah parti yang hipokrit.

Selama ini perjuangan PAS untuk apa? Ini semua perjuangan yang berpura-pura. PAS kalau nak buat apa-apa kena tanya taukeh dulu, iaitu DAP dan Anwar Ibrahim.

Ambiga, penganjur perhimpunan Bersih yang haram mereka boleh ikut, tetapi Himpunan Sejuta Umat Anti-Murtad yang dianjurkan oleh NGO lain untuk menghimpunkan orang Islam, tak sokong pula.

Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.