Ya dia kelulusan Oxford malah dia tak kisah jika di katakan berpolitik cara kampung, kematangan politiknya semakin terselah dan disanjunggi semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa ataupun agama....
Apa da hal jika dikatakan berpolitik secara kampung yang penting nasib kaum melayu sentiasa terbela. Dah bertahun-tahun menjadi Ahli Parlimen Rembau.. sudah pasti KJ lebih arif menangani masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar.
Tak perlu diulas dengan panjang lagi, sebut je nama KJ semua orang tahu cara politik KJ... bukan sahaja di kampung malah KJ juga disegani diperingkat antarabangsa. KJ juga popular di kalangan generasi muda sebagai IKON orang muda... Aku kata.. Hang jangan nak buat lawak Zam...
Berikut petikan AstroAwaniOnline..
Pemuda UMNO tidak kisah dikatakan masih berpolitik cara kampung demi memastikan nasib kaum Melayu sentiasa terbela.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata paling penting perjuangan memartabatkan Melayu tidak sekali-kali meminggirkan hak bangsa-bangsa lain.
Katanya, UMNO sehingga kini masih diterima pemuda kampung.
“Kita (UMNO) kuat di kawasan luar bandar dan kalau politik kekampungan itu lebih serasi dengan politik orang kampung, kita teruskanlah politik kampung itu. Lagi pun orang kampung sayang UMNO.
“Yang menjadi cabaran ialah bagaimana untuk mendapatkan sokongan orang muda di kawasan bandar luar bandar ini. Insya Allah kita ada kekuatan sendiri,” kata Khairy Jamaluddin.
Jelasnya, Pemuda UMNO kini berhadapan cabaran menarik sokongan anak muda di kawasan bandar.
Katanya, cabaran itu perlu diambil serius oleh semua jentera dalam usaha memenangi hati pemuda bandar.
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bachok pada Jumaat.
Khairy Jamaluddin mengulas kenyataan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyelarnya dengan berkongsi pandangan berhubung desakan seorang pemimpin MCA supaya UMNO tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.
Ia susulan kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menunjukkan bahawa UMNO, khususnya sayap Pemuda, tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru.
Showing posts with label Pemuda Umno Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Umno Malaysia. Show all posts
Friday, September 9, 2016
Wednesday, November 21, 2012
Jom Bantu Jayakan Tabung #SaveGaza di PWTC Esok
Semua di jemput ke
Majlis pelancaran tabung SAVE GAZA Aman Malaysia
Solat hajat serta promo centre (showcase keganasan Israel)
22 November 2012 (esok)
5.30 Petang
Bertempat di Ruang Legar Aras 2, PWTC
Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun
Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia
Semoga usaha kecil ini dikira sebagai amal jariah. Mereka tidak lagi bersendirian, kerana kita turut berjuang bersama mereka.
Sunday, October 23, 2011
[video] Pentas PATRIOT Bukit Kepong: Kekejaman Komunis
Wira negara yang juga penerima Pingat Gagah Berani, Datuk Kanang menyifatkan keamanan yang dikecapi negara pada masa kini adalah hasil kejayaan anggota tentera dan polis yang banyak berkorban bagi menentang musuh terutama pengganas komunis yang hanya menimbulkan kekacauan dan perpecahan dalam masyarakat.
Video URL: http://youtu.be/3qIqZD6PbfE
Thursday, August 25, 2011
Gambar Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merasmikan Jom Ihya Ramadan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut, Kepala Batas.
Khairy dalam ucapannya berkata menerusi Program Jom Ramadan 1Malaysia pihaknya memperuntukkan RM130,000 bagi membaik pulih 13 buah masjid dan surau di seluruh negara.
Program ini berlangsung dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang serta memberi lebih tumpuan kepada penglibatan golongan muda, kata beliau.
Berita terdahulu : JOM Ramadhan Pulau Pinang, Diserikan Dengan Majlis Tadarus
Monday, August 22, 2011
Calon PRU: Pemuda UMNO Tidak Mahu Ulangi Kesilapan
AGENDADAILY: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak akan mengulangi kesilapan lalu dengan mengemukakan senarai nama calon yang hanya diterima atau popular oleh parti tetapi ditolak oleh masyarakat umum.
Selain itu, calon-calon yang mesra rakyat, rajin, amanah, ada ilmu tetapi tidak semestinya berijazah tinggi namun bersesuaian untuk memimpin masyarakat dengan baik adalah beberapa faktor yang menjadi penilaian sebagai 'winnerable candidate' Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mengulas demikian ketika ditemui wartawan selepas menyerahkan semula Masjid Bahagia (Madrasah) yang telah dibaikpulih dekat Simpang Empat, Wisma Persekutuan, Kota Bharu, petang Sabtu.
Bagaimanapun, Khairy menjelaskan bahawa berpendidikan tinggi dan berijazah tidak menjadi kayu pengukur kepada calon yang bakal bertanding di kawasan bandar kerana di situ memerlukan seorang yang berwibawa dan dihormati masyarakat umum.
Apa yang lebih penting, kata Khairy, “asas penilaian calon diberi keutamaan kepada penerimaan masyarakat umum, kita mungkin buat kesilapan dulu dengan meletakkan penerimaan parti lebih dari kehendak masyarakat umum.”
Menurut Khairy, beliau mempunyai sumber-sumber lain untuk membuat penilaian terhadap calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO itu samada dapat penerimaan dari masyarakat umum, bukan hanya popular dalam parti dan tidak hanya mendapat maklumat dari agensi kerajaan semata-mata.
Katanya, “setiap calon boleh bawa diri dengan baik dan boleh bergaul dengan setiap lapisan masyarakat, bukan hanya masyarakat di kawasan kampung sahaja tetapi dengan golongan profesional, pegawai kerajaan dan sebagainya, yang penting bila kemukakan calon itu masyarakat umum mestilah percaya dan mesti hormat kepada penglaman mereka.”
Ditanya samada pandangan tentang calon pembangkang yang mempunyai ijazah kedoktoran (Phd) ditonjolkan di sesuatu kawasan, Khairy berkata, “tak semestinya kalau mereka ada Phd maka kita pun kena ada Phd, tidak semestinya, tapi janganlah kalau dia ada Phd dan mesra rakyat kita pula letak calon yang jauh lebih kurang dari segi pendekatan dan keterampilannya.”
“Bagaimanapun, kayu ukurnya bukannya semata-mata atas kertas atau sijil dan kelayakan kertas tetapi dari keterampilan, kalau kita ada calon yang baik dan keterampilan sama hebat dengan calon pembangkang maka mungkin itulah yang kita akan pilih,” tambahnya.
Mengulas tentang jumlah kuota calon untuk Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy berkata, “saya tidak kejar apa-apa kuota untuk Pergerakan Pemuda UMNO, saya cuma ingin kemukakan nama-nama yang boleh dikatakan sebagai calon yang boleh menang 'winnerable candidate', kalau dulu kita ukur kehebatan dalam bilangan jumlah ahli pemuda yang boleh jadi calon tapi kali ini tak guna kita dapat ramai ahli pemuda dapat jadi calon tetapi tidak merupakan 'winnerable candidate' atau calon yang hebat.”
Khairy berkata, “saya hanya akan kemukakan nama-nama yang pada penilaian saya dan rakan-rakan adalah calon yang boleh menang dan berkualiti.”
Ditanya samada akan bertanding di Rembau, Khairy berserah kepada Perdana Menteri (PM) yang juga Presiden parti untuk menilai samada beliau adalah 'winnerable candidate' atau sebaliknya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, “kalau saya bukan 'winnerable candidate' saya kena terima keputusan yang dibuat PM.”
Menurutnya, penting disini, siapa sahaja yang menjadi penyandang atau yang ada jawatan tertinggi dalam parti kalau sekiranya PM beritahu kita bahawa kita bukannya seorang calon yang 'winnerable', maka kita kena terima, kita jangan anggap diri kita terlalu hebat tidak boleh diganti dan kita sendiri mungkin akan menjejaskan jentera sekiranya tidak dipilih.
Katanya, “saya nak nasihat kepada pemuda, kalau sekiranya tak dapat jadi 'winnerable candidate' atau tidak dikenal pasti sebagai 'winnerable candidate' jangan rasa marah, kita kena terima keputusan dan penilaian PM, kalau nak jadi 'winnerable candidate' buat kerja sekarang.”
Berhubung dengan budaya 'cah keting', Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, “saya harap tidak adalah, kita sudah perketatkan tataetika parti, kalau ada bukti mana-mana pihak sabotaj parti atau sabotaj calon kita sendiri maka kita boleh ambil tindakan disiplin terhadap mereka.”
“Saya minta kalau dalam pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada apa-apa bukti yang konkrit dan kukuh yang boleh tunjuk bahawa ada ahli UMNO dengan sengajanya telah kempen tentang UMNO dan calon BN itu maka kita boleh kemukakan pada Lembaga Disiplin untuk tindakan selanjutnya, ianya penting kerana kita hendak beri isyarat kepada ahli-ahli kita sekiranya mereka lawan parti atau menentang calon yang ditetapkan oleh parti mereka akan terima balasan,” kata Khairy.
Ketika diminta mengulas samada Barisan Nasional (BN) boleh merampas negeri Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata, “kita kena kerja kuat, saya tidak mahu buat apa-apa ramalan tapi kita yakin kita sudah melaksanakan tugas parti kita dengan baik di Kelantan ini.”
Katanya, “soal apa akan jadi pada pilihan raya umum akan datang kita masih lagi perlu kerja kuat dan pemimpin-pemimpin terutama terutamanya pemuda di Kelantan perlu teruskan tugas mereka mendekati masyarakat terutama generasi muda untuk terus bersama dengan kita. Jangan kita tanam satu keyakinan yang tidak realistik, saya sendiri secara peribadi saya yakin tetapi banyak lagi yang kita kena buat.”
Program 'JOM Ramadhan' Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diperuntukan sebanyak RM5 juta dengan peringkat awal memberi tumpuan pada kerja-kerja baikpulih rumah-rumah orang susah seperti membaikpulih bumbung yang bocor, membaiki dinding, lantai, membina semula ruang dapur yang rosak dan mengadakan tandas yang selesa.
Menurut Khairy, program baikpulih rumah keluarga miskin mendapat sambutan menggalakkan di mana lebih 500 buah rumah telah diperbaiki, ianya mendapat impak yang baik dari keluarga tersebut.
“Tetapi kali ini kita memilih untuk memperuntukkan sebanyak RM10, 000 kepada setiap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi mencari sebuah masjid atau surau untuk dibaikpulih, setakat ini kesannya cukup baik dan memberi impak lebih besar iaitu penilaian masyarakat umum.”
Di Kelantan, Pergerakan Pemuda UMNO telah menyerahkan tanggungjawab kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu bagi membaikpulih Masjid Bahagia dengan kerja-kerja mengecat semula bangunan, mengganti karpet baru dan memasang satu unit penghawa dingin.
“Kita harap dengan sumbangan ini akan menyemarakkan lagi aktiviti di masjid tersebut, dari keseluruhan peruntukan sejak dari dilancarkan berjumlah RM5 juta dan akan mendapat peruntukan tambahan bagi meneruskan program ini.” ujar Khairy.
Khairy yang diiringi Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Rozabil Abdul Rahman kemudiannya menyertai majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 orang anak yatim.
Turut serta di majlis tersebut Pengurus Besar Pusat Giatmara Kelantan Asri Abdul Ghani, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian, Naib Ketua yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu Haji Rosmadi Ismail, sembilan ketua-ketua dan lima naib-naib Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di Kelantan.
Friday, August 19, 2011
Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO - Pemuda Rai Golongan Kurang Bernasib Baik
Sempena bulan Ramadhan, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga-warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO.
Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda yang berlangsung semalam, Khamis, bertempat di Dewan Masjid Wilayah, Jalan Duta, tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi .
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi ucapan serta meraikan 800 anak-anak yatim, OKU serta ibu-ibu tunggal, warga-warga emas.
Khairy bersama Naibnya, Datuk Razali Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada warga tua, anak-anak yatim, Ibu tunggal dan OKU.
Khairy memberitahu program Pemuda UMNO bersama golongan penerima sumbangan bukan sahaja dilakukan di ibu kota sahaja tetapi meliputi negeri-negeri lain.
“Saya bersama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim telah menjelajah ke negeri-negeri untuk menyampaikan sumbangan tersebut dibawah nama 'Jom Ramadhan',” jelas beliau.
Menurut Khairy, melalui program 'Jom' yang dimulakan tahun lepas, Pemuda UMNO Malaysia telah menjelajah ke setiap kawasan Parlimen bagi mengadakan khidmat bakti melakukan kerja-kerja membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak bumbung, lantai, membina tandas, bilik mandi dan membaiki dapur.
Katanya, “kita bekerjasama dengan Giatmara melakukan kerja-kerja baikpulih rumah yang terpilih dengan purata perbelanjaan RM5000. Tahun lepas dibawah Jelajah 1Malaysia Pemuda Barisan Nasional (Jom Pemuda BN) telah berjaya membaikpulih tidak kurang 500 buah rumah seluruh negara.”
Bagaimanapun, di bulan Ramadhan ini, kata Khairy, “Pemuda UMNO mengambil pendekatan membaikpulih sebuah surau untuk satu negeri dan ianya telah berjalan lancar, ianya juga mendapat kerjasama dengan Giatmara. Setakat ini kerja-kerja baikpulih surau itu telah dilakukan di Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Syabas Pemuda Umno Malaysia, usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan adalah suatu amal kebajikan yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.
Amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan.
Politik Harian/Bro Jinggo
Thursday, August 18, 2011
Hanya Calon Boleh Menang Sahaja Untuk PRU-13 - Khairy
Pergerakan Pemuda Umno hanya akan mengemukakan mereka yang benar-benar layak dan 'winnable' sahaja sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno tidak akan meminta tempat untuk sayap tersebut.
"Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda, dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.
"Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota...jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita, Selasa malam.
Beliau berkata demikian selepas Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadan, di Surau Nurul Iman di Pasir Panjang dekat.
Katanya beliau sedang menilai calon yang layak pada kalangan anggota sayap dari semua peringkat.
Mengulas perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional mendesak kerajaan Selangor agar segera mengeluarkan laporan lengkap mengenai isu murtad yang heboh diperkatakan di negeri itu.
Kataya isu sensitif seperti itu tidak perlu dilengahkan kerana melibatkan agama dan mendatangkan kemarahan pada kalangan umat Islam serta penganut Kristian di negara ini.
Wednesday, August 10, 2011
Pemuda UMNO, PAS Pertahankan JAIS, AMK Masih Terkencing Dalam Seluar!
Setelah diasak bertubi-tubi, kritikan dari pemimpin dan NGO akhirnya Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.
“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan.
KJ: Isu itu menyakitkan bagi kedua-dua orang Islam dan Kristian
Khairy Jamaluddin menyelar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.
Sementara itu, Khairy juga menafikan dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) cuba membangkitkan isu untuk mengalihkan perhatian orang ramai di atas permintaan untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Baca lagi disini...
Jelas disini tindakan yang diambil oleh Ketua Pemuda PAS tersebut membuktikan parti PAS sering menabur fitnah dan suka memburukkan UMNO/BN.
No komen
Ketua AMK dilihat menikus didalam Isu gereja ini, tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan... Ini lah wajah sebenar pemimpin PKR... Sentiasa lepas tangan, yang menjadi mangsa ialah rakyat! Saya masih tidak faham apakah perjuangan sebenarnya Ketua AMK ini?
Video URL: http://youtu.be/nDCpsPlXYQU
Politik Harian/Bro Jinggo
Sunday, August 7, 2011
Pemuda UMNO Selar Kerajaan Pakatan Pembangkang Robohkan Asrama Yayasan Selangor
Pen. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.
Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.
Menurut Datuk Megat, “Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.
“Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor.”
Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan “khamil”, kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.
“Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar “wayang dan lakonan” bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.
“Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya. -Pemuda UMNO
Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.
Menurut Datuk Megat, “Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.
“Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor.”
Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan “khamil”, kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.
“Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar “wayang dan lakonan” bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.
“Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya. -Pemuda UMNO
Friday, July 22, 2011
Pemuda Sambut Kepulangan PM, Najib
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin bersama barisan penyokong hari ini menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air setelah melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.
Perdana Menteri, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KLpada 9.45 pagi.
Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan 3,000 orang yang menyambutkepulangan Najib.
Najib memulakan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan pada 11 Julai bagimemenuhi jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov. Ia merupakan lawatanpertama beliau ke negara itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada April2009.
Selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan, Najib terbang ke London untuklawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia denganUnited Kingdom.
Najib diiringi Rosmah turut menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.
Perdana Menteri kemudiannya berlepas ke Itali bagi melakukan lawatan kerjadua hari ke negara itu mulai 17 Julai, dan telah bertemu Pope Benedict XVI danberjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di CastelGandolfo, Rom.
Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka
Monday, July 26, 2010
Pemuda Jangan Hanya 'Masuk Frame' Untuk Curi Perhatian - Khairy Jamaluddin
Dekatilah masyarakat dengan ikhlas, bukannya sekadar 'masuk frame' atau menonjolkan diri untuk mencuri perhatian, demikian ingatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kepada anggota pergerakan itu pada Ahad.
Beliau berkata, keikhlasan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.
"Kita kena tunjuk bahawa Umno ini sentiasa dekat kepada rakyat. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan... itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.
"Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame. Saya tahu siapa yang buat kerja. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong dan kenduri rakyat anjuran Pemuda Umno Bahagian Kelana Jaya di Taman Desa Ria di sini.
Khairy berkata, budaya menonjolkan diri ketika menyertai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemimpin perlu dihindarkan, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan pemimpin dan pegawai kerajaan agar menjauhi budaya ingin popular.
Beliau berkata, janganlah apabila hanya ketika pemimpin atasan turun ke bawah barulah seseorang itu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.
"Sebab itu saya sebagai Ketua Pemuda Umno menyahut saranan Perdana Menteri bahawa tak perlulah semua itu kerana tidak semestinya orang yang masuk dalam gambar itu orang yang buat kerja," katanya.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, dalam usaha menarik dan menambahkan sokongan generasi muda, pergerakan itu kini mula memperbanyakkan program yang melibatkan rakyat dan mengurangkan program-program berbentuk kepartian yang menjurus kepada penglibatan anggota Umno dan Barisan Nasional.
Beliau berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah program 'Jelajah One Malaysia' (JOM) yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.
Katanya, progam pertama JOM adalah mengunjungi Temerloh, Pahang baru-baru ini dan akan diteruskan ke seluruh negara di mana setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.
"Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,"katanya.
Khairy berkata, pergerakan itu juga mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 150,000 anggota Pemuda di seluruh negara sebagai pemilih menjelang akhir tahun ini.
Beliau turut menyeru semua parti komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk sama-sama berusaha menambah keahlian baru dan menurutnya usaha itu penting kerana parti pembangkang terutamanya DAP begitu agresif menambah keahlian.
Katanya, setakat ini DAP telah berjaya mendaftar ahli baru sebanyak 55,000 orang berbanding Umno 53,000 dan jika dicampur pendaftaran daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah pendaftaran keahlian baru pembangkang adalah sebanyak 100,000 orang.
Sumber: BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)