POLITIK HARIAN: Serbu Gereja DUMC: KJ Selar Khalid Ibrahim Tidak Bertanggungjawab

Tuesday, August 9, 2011

Serbu Gereja DUMC: KJ Selar Khalid Ibrahim Tidak Bertanggungjawab

Ko tutup muka apa hal Khalid! Jawab la.....

KJ: Isu itu menyakitkan bagi kedua-dua orang Islam dan Kristian

Khairy Jamaluddin semalam menyelar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

Ketua Pemuda Umno berkata serbuan kontroversi tersebut telah menyebabkan ketegangan di kalangan umat Islam dan Kristian Malaysia, sambil menambah bahawa kekurangan penjelasan mengisi syak wasangka dan khabar angin.

"Kita desak kerajaan Selangor jangan berselindung di belakang JAIS, jangan tunggu sahaja laporan itu siap, keluarkan kenyataan dengan jelas agar kita fahami apa yang berlaku.

"Dan ini bukan cara mentadbir negeri, kalau kita mahu jaga sensitiviti dan pastikan orang tidak marah, kita akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan bukan tutup masalah tanpa menyelesaikannya atau lari daripada masalah,"katanya.

Kata khairy lagi, Inilah (Tan Sri Abdul) Khalid, Menteri Besar Selangor, dia tidak berani tampil dengan kebenaran.

Khalid you damn losers!!

Terdahulu Khalid ibrahim mengambil jalan selamat, mengarahkan kesemua exco Selangor supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut walaupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS berkenaan.


Umno Youth Calls On Selangor Government To Issue Clarification Over Jais Raid

2 comments:

Anonymous said...

MB Khalid perlu letak jawatan demi maruah!

Anonymous said...

khalid nk bertanggungjawab mcmmana, ckp pun tergagap2... hahaha..