Showing posts with label Demo. Show all posts
Showing posts with label Demo. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

DS Najib Mahu Orang Ramai Sokong Demo Pemuda Umno Esok #respect

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun katanya, dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.

"Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah," katanya.

Perdana Menteri sebaliknya, dialog dan kerjasama antara masyarakat untuk memupuk toleransi dan persefahaman perlu dipupuk sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Dewan Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo, esok.

Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat esok manakala Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan protes di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak
di sini.

Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di pekarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.

Dalam pada itu, Najib berkata, MT Umno turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.

Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.

Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.-Sinar Harian

Friday, April 13, 2012

Bosan Dengan Adam Adli... Hanya Beberapa Kerat Sahaja Dijangka Hadir Demo PTPTN


Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Monday, January 2, 2012

Pakatan Rakyat Rancang Situasi Keganasan Riot London Berlaku Di Malaysia


London-Tottenham: Bermula dengan perhimpunan aman kemudian bertukar menjadi satu rusuhan yang ganas, berlaku dalam keadaan marah pada malam Sabtu berpunca selepas seorang pemuda telah ditembak mati oleh polis.

Dua buah kereta peronda, bangunan dan bas dua tingkat dibakar sebagai protes bertempur dengan pegawai-pegawai di hadapan Balai Polis Tottenham, di mana orang telah berkumpul untuk menuntut "keadilan" untuk kematian 29 tahun dibunuh secara berbalas tembakan.

Taktik seakan sama digunakan oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha mencetuskan reformasi jalanan yang bakal membawa rusuhan di Kuala Lumpur...

Kumpulan pelajar pro pembangkang ini memang sudah dilatih untuk mengambil gambar dan video setelah mereka memprovokasi polis.


Pakatan pembangkang menggunakan siswa sebagai alat untuk menagih simpati dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis.

Dimana dalam situasi ini pihak polis menjadi mangsa modus operandi Pakatan Rakyat... perkara ini bukan sekali dua mereka cipta malah sudah banyak kali... tetapi gagal. Namun adakah percubaan kali ini akan membuahkan hasil....

Motif utama mereka ialah sebagai protes bertempur dengan pihak polis, sekaligus mencipta demontrasi yang ganas untuk mengulingkan kerajaan melalui protes jalanan secara besar-besaran.


Kumpulan pelajar di beri taklimat oleh Anwar Ibrahim terlebih dahulu sebelum berlakunya insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Susulan dari kejadian berlaku UPSI kemarin terus di api-apikan sehingga mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Media dan blogger pro-pembangkang diberi arahan sebagai senjata untuk menyampaikan berita palsu kepada rakyat... memutar belitkan fakta sebenar untuk memburukkan pihak polis, seterusnya merosakkan nama baik kerajaan.


Berita awal yang diterima dari media pembangkang siswa bernama Safwan "nazak" kena belasah polis dan selanjutnya Safwan mengalami patah tulang rusuk...  Namun X-ray hospital mengesahkan tiada tulang rusuk yang patah.

Kemudian di gemparkan pula dengan insiden berdarah... media pro-pembangkang memainkan isu seorang siswa berdarah di cederakan oleh polis... -Provokasi "darah mahasiswa ada nilainya" dan sebagainya.. wal hal berita yang sebenarnya pelajar tersebut mengalami kecederaan kerana telangar cermin klinik berhampiran.


Provokasi yang di lakukan oleh Nurul Izzah - Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa...

Nurul Izzah Anwar  berkata tindakan “luar batasan dan keterlaluan” polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan polis, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan,” kata Nurul Izzah (gambar) dalam satu kenyataan. Laporan TMI


Namun sehingga hari ini puak pembangkang masih belum dapat membuktikan keganasan dan kezaliman yang di lakukan oleh pihak polis...

Tiada video atau gambar keganasan yang dilakukan oleh pihak polis... yang ada hanyalah lakonan yang tidak menjadi dari aktivis-aktivis Anwar Ibrahim...

Mujur lah... tiada kehilangan nyawa berlaku semasa rusuhan pelajar di UPSI, kalau tak, sudah tentu huru hara Malaysia di buatnya.


Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku menjelang hari jatuh hukuman perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 9 Jan 2012...

Sunday, January 1, 2012

Mahasiswa Mahu Buat Kecoh Lagi Malam Ini...


Terkini - Mahasiswa SMM dikhabarkan akan membuat kecoh sekali lagi di UPSI malam ini, ini kerana misi mereka semalam gagal mencapai matlamat sebenarnya...

Menurut sumber Anwar Ibrahim mengarah sekumpulan AMK, PKR turun untuk membantu mahasiswa tersebut bagi menghalang pihak polis menjalankan tugas mereka.



Sementara itu Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang.

Video Demo UPSI: Siswa Pecahkan Kepala Sendiri Sebab Nak Glamour Juga



Pihak polis hanya menjalankan tugas... Amaran telah di beri tetapi kenapa para pelajar masih berdegil... Sekarang... sendiri berani buat sendiri tanggung lah...

Terkini SMS baru diterima menyatakan mereka berkumpul semula di hadapan klinik Syifa :
"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."

Berita terdahulu :

Demo UPSI: Pelajar Cedera Kerana Terlanggar Cermin Klinik! Bukan Di Pukul Polis
Demo UPSI: Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...

Video URL: http://youtu.be/mvwn1TVX8m8

Kumpulan Bertopeng Buat Kacau Sambutan Tahun Baru 2012 Di Dataran Merdeka...


Keceriaan pengunjung selepas menyaksikan pengiraan detik 12 malam sempena Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka terganggu apabila sekumpulan lelaki bertopeng dikesan berhampiran lokasi sambutan.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dilihat melakukan beberapa aktiviti, dipercayai bagi memperjuangkan kebebasan berkumpul di negara ini.

Mereka bagaimanapun tidak mengganggu kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan konsert Ambang 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bermula seawal 8 malam.


Anggota kumpulan itu ada yang memakai kemeja-T tertera tulisan 'Occupy Dataran' dan topeng yang beraspirasikan filem terkenal 'V For Vendetta' manakala sebahagian lagi berpakaian putih, yang dipercayai bermotifkan perjuangan agama.

Polis dapat mengawal keadaan sehingga semua pengunjung termasuk kumpulan terbabit bergerak meninggalkan Dataran Merdeka.

Sumber: Bernama

Saturday, August 13, 2011

PAS Pulau Pinang Demo Anti Murtad



Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 40 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Aku masih tidak faham dengan pemimpin atasan parti PAS! Haji Hadi memperjuangkan Islam atau gereja?

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!