Sunday, January 1, 2012

19 Demo UPSI: Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...


Minggu depan nak exam... Mak bapak hantar korang masuk Universiti untuk belajar, jadi anak-anak yang baik... berkhidmat untuk negara dan kerajaan... yang korang pergi pecahkan kepala korang pesal bro... memang sah korang ni keras kepala! ni semua sebab dah terpengaruh dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim...


Kira-kira 20 pelajar ditahan polis dan seorang cedera dalam demontrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.



Polis bersama FRU bertindak menahan ketua demo sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak menolak, pelajar biadap dikatakan bertindak ganas dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI pecah. Manakala Adam Adli juga dilaporkan ditahan polis...

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Safwan Anang (menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor) meniru taktik Anwar Ibrahim Untuk tunjuk pada rakyat kononnya polis lah yang jahat dan mengasari Safwan sampai berdarah mulut?.


Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Memang Safwan pandai berlakon, masih ingat cerita Mastura yang tiba-tiba hilang dari kampus? sila rujuk di sini...


Lakonan yang berlaku pada 9 Julai 2011? Anwar Ibrahim terbaring di katil kerana mendakwa polis mengasarinya di KL Central. Kenapa mereka mahu perangkap pihak polis??? Apa yang terjadi di negara luar apabila polis terperangkap dengan permainan kotor mereka? Fikir-fikirkan...

Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini...

19 comments:

Anonymous said...

sumbat dalam lokap.. jangan kasi lepas.. biar semua gagal exam.. padan muka!

Anonymous said...

melugai sungguh depa ni. jangan takut, buat apa saja demi keamanan. yang aku takut, polis pun ada yang 100% percaya kat kesucian peliwat. kah kah kah. pensyarah upsi pun bukan 100% berpihak pada kerajaan. tau ka? al maklum bila dah masuk pakatan, semua akan jadi suci serta merta.

zulk said...

hebatnya polis...... jadi barua umno bn.....rakyat yg bayar duit utk kelengkapan dan uniform korang..tapi korang seksa semula rakyat sendiri....tunggu nanti kebangkitan rakyat.... masanya dah tiba.... takbir.....ALLAHUAKBAR!!!

Anonymous said...

Masih Ada juga Mangkok Ayun Aljubs di ruang forum ini...

Bebudak tu kalau nak sokong Aljubs Dan berselindung di sebalik Akta... Berhenti jadi Mahasiswa Dan join sebagai Kakak Angkat Mak Lampir...lebih mulia!

Ada yang lebih memerlukan tempat untuk jadi Mahasiswa di Menara Gading.

KENYATAAN: Aljubs Akan ke Sungai Buloh tempat dia bersemadi. Dia tidak lagi Relevan pada dunia politik
tanahair kini. Jumud Dan Pandikutty!


Ghost Protocol

Anonymous said...

study untuk exam lagi bagus dpd buang masa mcm ni ...

Anonymous said...

Pelajar-pelajar yang berdemonstrasi purlulah mempunya sifat sabar sehingga PRU13, di mana anda semua akan diberi peluang untuk memilih pemimpin yang anda sukai. Anda juga perlu menerima hakitat iaitu parti yang menang sahaja yang akan memerintah negara.

Anonymous said...

aku tak relalah diaorang ni jadi cikgu2 pada anak-anak aku nanti. wahhhh tension aku.

AnaQarbana said...

Pembetulan.....
Yang terpapar dalam imej itu bukanlah FRU [PSP]..
Yang sebenarnya LSF [Light Strike Force] yang di wujud di setiap IPD bagi bertindak ke atas perusuh kurang dari 50 orang. Pakaian, dan peralatan semuanya sama. Yang bezanya ialh jumlah anggota dan hanya mengunakan Land Rover. Ketuanya seorang pegawai berpangakat Inspecter....kalau FRU, pangkatnya ASP.....

Anonymous said...

Nielah pelajar yg bijak pndai bfikir guna kepala lutut..nk tunjuk kpd seluruh plajar U lain yg diorg lah hero malaya mperjuangkn kebebasan akademik,klau nk bpolitik xpyah lh abih duit mak ayah dn kerajaan ngan cara mcm nie..belajar pndai2 mcm ank2 bgsa lain tu yg berebut2 nk cmerlang..nie ank melayu skang berebut2 gak tp berebut nk jadi hero jalanan..biler bngsa lain bjawatan korg bising2 salhkn kerajaan..poorahhh

Anonymous said...

zulk...x sesuai langsung ko gunakan takbir utk situasi ni..dh dorang buat salah...men demo2, rempuh2..rasekan la...

puak2 ko ni zulk, klu PR perintah, polis buat cm tu..mesti ko ckp..dh tggjawab polis...cam haram j.

Anonymous said...

kebebasan akademik? tak bebas ke...orang akademik yang majoriti tak de plak bangkitkan perkara ni...sebab sibuk nak kejar peluang yang terbuka luas...kenapa nak berdemo..peluang dan ruang terbuka..

jgn terperangkap agenda jumud disebabkan minoriti yang tak berpuas hati dan tak tau bersyukur...

Anonymous said...

student kepala banar....

Anonymous said...

zulk...setan pun pandai takbir?
takebeer....la bodoh.. bukan takbir..pi belajaq dulu...pas tu baru bagi komen

Anonymous said...

Cite banyak la kebangkitan rakyat la ..itu ini ..bla2.. x Semua Rakyat Bodoh Macam Lembu Benda dah Terang Bersuluh tu pn buta x nampak ..Tgu je PRU 13 x yah nak kecoh2.. Bodoh Macam Lembu..Macam la Team2 Pakatan tu Baik sgt ..Salah org Nampak Salah Sendiri ?? Buta .. Kuman seberang laut nampak ..Gajah Depan Mata?.. jgn Nak cari salah org je bro ..Tgk diri sendiri..Macam la Sempurna sgt Solat 5 kali sehari pn belom tentu Penuh ni nak sibuk2 cari buruk org. ...Hak Pui la bajet2 good je ..

Anonymous said...

kalau blh aku aku nak jadi FRU belasah bdk2 bodoh ni. belajar xabes sibuk berpolitikus!

anti bohmau said...

zulk,

nasib baik ada polis jadi barua umno, bukankah polis umno ni la yg jaga & ronda kawasan rumah hang bila hang balik kampung beraya? bukan polis ni jugak kawal lalulintas masa sesak hari raya? bukankah polis ni jugak yg tolong tangkap pencuri? perompak? perogol macam hang? polis mana plak tangkap bapa ayam, pelacur, pengedar dadah?
kurang hajar hang nih! kalau apa2 musibah berlaku pasa hang, jgn panggil polis barua umno no? hang panggil anwar aljuburi (kata mat sabun), dakpun hang panggil dap tolong hang! dasar melayu lupa diri!

adik2 abang2 encik2 tuan2 polis,

jgn kecik hati. puak2 pembangkang ni sebenaqnya buta hati sbb depa ingat idola depa saja2 kena aniaya dgn polis dulu. depa tak tau mata dia lebam sbb mulut dia mcm mulut longkang. mcm mulut depa ni la jugak dok maki hamun polis ikut suka pungkoq depa saja. kalu aku jadi polis, aku kutip tembak sekoq, sekoq. nasib baik aku bukan polis!!!

Anonymous said...

sebijik mcm abg anuar berlakon...hehehehe

Farouk Ghost Protocol said...

Aku berbangga dengan mahasiswa/mahasiswi yg berani menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.....

mengapa mahasiswa/mahasiswi tidak diberi ruang utk berdebat dgn saifuddin abdullah atau anjing2 UMNO/BN lain dalam RTM Tv1, Tv2, TV3, NTV7,TV9, TV8, TV Hijrah, Astro dengan siar secara langsung supaya rakyat semua boleh tengok????

Sebaliknya dibelasah bakal guru ni kerana takut dan bimbang segala kezaliman,ketidak adilan, kebangangan dan kebodohan UMNO/BN terserlah lalu bakal menurunkan % pengundi mereka nanti ke?

Aku kecewa polis bertindak seolah2 mereka tu ANJING peliharaan UMNO/BN...yg dibelasah tu bakal guru....aku percaya xlama lagi UMNO/BN akan tumbang dek kerana keangkuhan dan kebodohan sendiri yg xpandai menangani mahasiswa/mahasiswi yg terpelajar ni...

syabas mahasiswa/mahasiswi...aku semakin yakin utk memangkah pembangkang apabila melihat apa yg terjadi pada mahasiswa/mahasiswi skrg....

Pedulikkan anjing2 UMNO/BN yg ada ada dalam blog ini...Semoga Tuhan merahmati perjuangan anda semua!

Student LESU Dgn AUKU said...

anda akan jadi student yg LESU sekiranya anda hanya belajar utk lulus peperiksaan dan xdiberi ruangan utk mengkritik dan dikritik dlm aktiviti debat dan berpolitik...

maka bila banyak masa ada disebabkan tidak dibernarkan berpolitik, maka masa selain belajar tu akan diisi dengan percintaan dan aktiviti sosial (seperti beromen, bergaul bebas & akhirnya seks bebas)...bila student grade masuk industri bekerja jadila belia2 LESU hanya tahu nak carik duit, dptkan seks (seks bebas atau bernikah)dan pentingkan diri sendiri malah jadi pengundi pun xnak...malas kerana tiada nilai2 patriotik dlm diri (sebab kat U pun xdibenarkan berpolitik malah digalakkan jgn amik tahu pasal politik biar jer pegi belajar dan make sure lulus exam)....

oleh itu yg lebih menyerlah adalah student oversea yg kelihatan lebih yakin, berketrampilan dan punyai daya kepimpinan hebat...bila berdebat sgt mantap....tu la yg kita nampak kat KJ menantu pak lah sebagai contoh...

So, aku sgt menyokong model politik baru yg ditunjangi Saifulddin Abdullah yg sgt yakin dgn kematangan student2 ni...aku pun yakin kematangan student2 bakal guru & pemimpin...

Berilah kebebasan berpolitik pada student2 ni...hapuskan AUKU kalau xnak Malaysia dipimpin pemimpin berbangsa selain Melayu Islam kerana hanya rakyat2 Malaysia berbangsa Cina, India dan selain Melayu Islam bnyk menghantar anak2 belajar keluar negara sedangkan majoriti org2 Melayu masih miskin dan hanya mampu hantar anak2 study di ipta tempatan menghasilkan bakal pemimpin yg LESU....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates