Thursday, July 23, 2009

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar




RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada

Wednesday, July 22, 2009

Najib umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan supaya inkues siasatan terhadap kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Najib juga mengumumkan satu penubuhan Suruhanjaya Diraja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunakapai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh.

Teoh, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14 minggu lalu.

Monday, July 20, 2009

Himpunan ”jatuhkan hukuman” anjuran Pakatan Pembangkang


Stadium Kelana Jaya dibanjiri lebih 3000 orang menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pakatan Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM.

Petang semalam, Pakatan Pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan.




Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh.

Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan.

Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat.

Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan penolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat.

“Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM. Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya,

Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock.

Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua.


Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.

Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.