Friday, March 9, 2012

Azizan Serah Nama Phahrolrazi Dan Dr Ismail Pada Sultan, Dipercayai Hilang Taraf Exco Kanan


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Khamis mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua Exco berkenaan, beliau berkata pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Azizan dijangka membuat rombakan kecil portfolio yang turut membabitkan lapan Exco yang mengangkat sumpah pada 28 Februari lalu untuk disesuaikan dengan kemasukan semula Phahrolrazi dan Dr Ismail.

Sumber berkata, Azizan dijangka tidak akan menawarkan Exco kanan kepada Phahrolrazi berikutan hubungan dingin mereka.

Katanya, jika kedua-dua bekas Exco itu ditawarkan portfolio kanan, ia akan menyukarkan Azizan yang sebelum ini menerima banyak tekanan daripada mereka yang turut cuba menjatuhkan Menteri Besar.

“Mereka dijangka ditawarkan baki portfolio yang kosong iaitu pertanian dan industri asas tani, pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar, bioteknologi, sains dan inovasi serta pembangunan usahawan.

“Mungkin akan ada sedikit rombakan, namun tidak akan membabitkan portfolio kanan yang sudah diisi EXCO lain,” kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian.

Phahrolrazi sebelum ini memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula diberikan portfolio Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Portfolio dipegang Phahrolrazi selaku EXCO kanan sebelum ini diserahkan kepada Datuk Amiruddin Hamzah yang sudah mengangkat sumpah sebagai Exco baru.

Bagaimanapun, sumber berkata, ia bukan hukuman Azizan kepada dua bekas Exco terbabit, namun lebih kepada proses melicinkan pentadbiran negeri sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Phahrolrazi dan Dr Ismail ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Mesyuarat PAS Pusat yang turut membabitkan Azizan dan Phahrolrazi minggu lalu memutuskan Menteri Besar dikekalkan dengan dua Exco berkenaan menerima semula jawatan mereka.

Bagaimanapun, pelbagai pihak menganggap isu berkenaan belum selesai sepenuhnya berikutan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azizan.

Sementara itu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah oleh PAS Pusat bertentangan dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri malah tidak menghormati Sultan, kata pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.

Katanya undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Menteri Besar serta barisan exconya pada kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran negeri bagi membuat keputusan dan tidak perlu dirujuk kepada satu jawatankuasa lain.

"Penubuhan sebuah jawatankuasa yang mempunyai kuasa mengatasi kuasa Menteri Besar dan exco boleh dianggap tidak menghormati Sultan yang memberi perkenan pelantikan mereka.

"Jadi semua perkara perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu sebelum boleh diluluskan oleh mesyuarat exco," kata Chong, yang juga bekas anggota exco kerajaan negeri ketika Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mengumumkan baru-baru ini Pas Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah sebagai penyelesaian kemuncak kemelut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua bekas exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.-Agendadaily

Tuesday, March 6, 2012

Datuk Bandar Cabar Nurul Izzah Bersumpah...


Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.
Rasanya belum pernah dengar lagi serakat ini.

Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan,mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.

Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin untuk menjelaskan mengenai kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.

Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu,Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.

Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.

Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.

Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.

Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.

Kata Ahad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta.

Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.

Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.

Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?

Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul nak ikut jejak itu.

Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu. - Agendadaily

Monday, March 5, 2012

BN Youth Music: PM Selami Jiwa Muda


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima gitar sebagai penghargaan daripada Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin di pertandingan BN Youth Music 2011 di The Curve, Kota Damansara petang semalam.-Foto media Umno

DS Najib Sedia Debat


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah,” katanya dalam entri terbaru bertajuk “Kebenaran Mengenai Malaysia” dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata, ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini,” katanya. -Bernama

PM meriahkan Festival BN Youth Music 2011


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara di sini.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.

Acara dua hari itu, yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Pemuda BN dan ia diadakan buat julung-julung kalinya khusus bagi generasi muda berusia antara 16 hingga 40 tahun tanpa mengira bangsa, latar belakang atau genre muzik.

Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.

Khairy ketika ditemui pemberita berkata, Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.

“Selama ini, kita hanya buat karnival pekerjaan dan ekspo perumahan, kini kita perluaskan lagi usaha itu dengan satu program yang menyentuh generasi muda yang suka kepada seni,” katanya.

Sunday, March 4, 2012

BN Youth Music Grand Finals Tip Top!


Pertandingan BN Youth Music 2011 yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), tiba di pusingan yang terakhir....

Peserta hanya perlu memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional, dan peserta terbaik telah dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik.

Pertandingan ini adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.

Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka.

Syabas kepada Pemuda BN dan pemenang pertandingan BN Youth Music 2012.