Tuesday, April 9, 2019

MB Johor Sah Letak Jawatan

MB Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam.

Mahathir mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Menteri besar baru dijangka akan diumumkan tak lama lagi. Lepas ni boleh main golf puas2 kat Batam.



Dewan Rakyat Gamat Apabila Teresa Kok Mengajak Ahli Parlimen Minum Minya...





1. Walaupun minyak sawit merah tu bagus untuk awet muda, tapi ia tidak selesaikan masalah kejatuhan harga minyak sawit...



2. Menteri perlu berhenti bercakap perkara mengarut seharusnya fokus pada sawit Malaysia yang jatuh harga..



3. Itu tugas utama... Bukan sibuk hal awet muda!




Pedas! KJ Hentam PH Serang Peribadi Tok Mat





Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Pakatan Harapan (PH) melancarkan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran bimbang dengan momentum sokongan rakyat kepadanya di Rantau.

Menurut beliau, serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu dipercayai bermula sejak beberapa hari lalu.

#KhairyJamaluddin #TokMatHasan #PRKRantau

Monday, April 8, 2019

Razlan ketuai kumpulan desak pecat menteri, Thomas



Mantan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii hari menyerahkan memorandum bantahan Statut Rome dan menggesa Penguam Negara Tommy Thomas dipecat.

Seramai 30 orang aktivis berarak dari Tugu Negara ke parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri KDN.

Memorandum berkenaan antara lain meminta agar setiap konvensyen antarabangsa yang ingin ditandatangan kerajaan perlulah dibawa kepada pengetahuan umum dan dibahaskan di parlimen.

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia, katanya, sudah hilang kepercayaan terhadap Saifuddin dan peguam negara yang dianggap tidak menjaga kepentingan perlembagaan negara.

Razlan berkata, pihaknya mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melucutkan jawatan Saifuddin sebagai menteri luar.

Mereka juga meminta perdana menteri menasihatkan Majlis Raja-Raja melucutkan jawatan Thomas selaku peguam negara.

Syed Saddiq Lari Apabila Diasak Soalan Dari Team SEDAR Malaysia. #Apasud...





Kata “Langkah mayat saya dulu....” baru kena taya soalan pasal Mahathir terkebil-kebil menjawab... Last-last lari terus.



#SyedSaddiq #PRKRantau #TisuKoyak

Sunday, April 7, 2019

Kemenangan Tok Mat sekat keangkuhan PH, kata Khairy Jamaluddin

Pengundi di Rantau perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional, Mohamad Hasan untuk menyekat keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan, kata Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata kemenangan Mohamad membolehkan beliau diangkat sebagai ketua pembangkang di DUN Negeri Sembilan bagi “menekan” kerajaan PH jika mereka gagal menunaikan janji.

Beliau turut memberi contoh pengundi Cina yang menyokong DAP sebelum ini kerana tidak mahu BN menjadi terlalu kuat.

“Pengundi Cina ini jujur, kalau dulu pengundi Cina sokong DAP sebab mereka tidak mahu BN jadi terlalu kuat, jadi terlalu angkuh, saya kata sama sekarang kalau Tok Mat menang kita tidak akan ambil alih kerajaan, ia masih di bawah PH, tapi kita letak semula beliau dalam DUN, ada suara kuat dan beliau akan tengok kerajaan tidak tunai janji.

“Kita perlu ada seorang ketua pembangkang yang pernah jadi menteri besar yang boleh ‘pukul’ menteri besar sedia ada, kita angkat Tok Mat semula jadi menteri besar,” katanya ketika ceramah di Kampung Ulu Lalang, Rantau malam tadi.

Khairy berkata, keangkuhan PH menyebabkan rakyat hilang tempat untuk mengadu tentang masalah yang dihadapi.

“Rakyat nak pergi mana, rakyat nak mengadu kepada siapa kalau mereka semua jadi angkuh, jadi sombong, besar kepala, boleh buat apa sahaja. Tengok dalam Parlimen cara jawab soalan besar kepala, sebab apa, sebab terlalu banyak kuasa,” katanya sambil berkata rakyat menyesal memberi undi kepada PH sebelum ini.

Khairy berkata, bukti rakyat menolak PH dapat dilihat menerusi pentas ceramah anjuran BN apabila jumlah penyokong kepada parti itu semakin meningkat.

Katanya, tidak kurang juga sokongan daripada bukan Melayu yang menunjukkan peningkatan.

“Kita tengok ceramah malam ini penyokong meningkat, melimpah sampai keluar.

Sumber : FMT

Kereta Terbang BN dan PAS Muncul di Rantau!



Kereta Terbang BN dan PAS muncul di Rantau. Nampaknya BN dan PAS lebih hebat cipta kereta terbang terawal dari PH...

Seorang paraglider membawa bendera Barisan Nasional (BN) menghiasi langit biru Pekan Rantau ketika turut sama memeriahkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini pagi tadi.

Reka bentuk lebih cantik berbanding dengan Prototaip PH yang guna 4 kipas. Lepas ni rakyat di Rantau tak perlu lagi bayar tol, bebas terbang kemana sahaja. #PRKRantau #KeretaTerbang