Saturday, July 25, 2020

Laporan Al Jazeera : Bangladesh Md Rayhan halau terus dari Malaysia





Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia seumur hidupnya. Baca lagi >>>

Warga Bangladesh Md Rayhan dihalau terus dari Malaysia




Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia seumur hidupnya.


Rayhan menjadi sasaran pihak berkuasa selepas dia muncul dalam dokumentari 25 minit bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menerusi program 101 East terbitan Al Jazeera pada 3 Julai lalu, dengan mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika menangani Covid-19.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.


“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.


“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak. Seterusnya>>>

Thursday, July 23, 2020

Kerajaan Shafie Di Sabah Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat



Berita hangat tentang kerajaan Shafie di Sabah akan bertukar dalam masa terdekat kian bertiup kencang.


Menurut kata Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, kerajaan Sabah kini semakin pincang termasuk Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah yang didakwa semakin hilang sokongan daripada ahli partinya sendiri.


“Saya dengar angin bertiup semakin kencang dan jangkaan peralihan ini akan berlaku semakin dekat. Berapa cepat itu kita tidak pasti tetapi khabar angin ini semakin kencang.


“Kita tunggu sahaja, mudah-mudahan ada berita yang mengejutkan akan berlaku. Bukan mengejutkan sangat tetapi ia sudah dijangka akan berlaku,” katanya pada sidang media di Parlimen.


Sebelum ini blok penyokong kerajaan yang dianggotai Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) diketuai Mohd Shafie menyandang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Seterusnya >>>

Wednesday, July 22, 2020

Lepas Makcik Tular, Brader Kopitiam ‘Bergelang Pink’ Pulak Buat Hal




Baru-baru ini tular seorang makcik makan di sebuah medan selera sambil memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 tersebar di media sosial, belum reda dari radar pembawang media sosial, hari ini kecoh pula brader Kopitiam ‘bergelang pink’ buat hal.


Dikatakan seorang lelaki yang turut di bawah kuarantin Covid-19 makan di sebuah premis di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


Dah tahu dalam kuarantin, duduk di rumahlah. Jangan susahkan orang lain.


Difahamkan, polis sedang mengesan lelaki memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang di bawah kuarantin Covid-19 itu ketika ini.


Sumber berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.


“Polis akan menyemak gambar yang tular di media sosial berkenaan.


“Polis juga ingin menasihatkan kepada masyarakat supaya menyalurkan terus maklumat kepada polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar lelaki memakai gelang tangan berwarna merah jambu berada di sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas.


Individu berkenaan kemudian bertindak keluar dari tempat berkenaan kerana menyifatkan orang tidak bertanggungjawab sebegini degil dan tidak boleh ditegur.


Gambar berkenaan kemudian tular di media sosial dan menggesa tindakan berat dikenakan kepada pelaku ini dengan segera.


Netizen juga tidak mahu kes semakin meningkat dari hari ke hari. Baca lagi>>>

Monday, July 20, 2020

Mana Nak Lari! Dua Wanita Conteng Mural Pemimpin Negara







Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan lukisan pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.

Dalam Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua wanita itu muncul. Baca disini…

Sunday, July 19, 2020

Padan Muka Sharuddin dipecat dari Bersatu!



Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Perkara itu disahkan oleh Setiusaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media hari ini.


“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu. Baca lagi >>>