Saturday, January 9, 2021

Friday, January 8, 2021

Tular Video Anggota Trafik Lempang Rider Motor Dikecam Netizen!


Kejadian baru jadi dekat federal rider motor kena pelempang dengan polis trafik


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan video viral ini, berlaku melibatkan anggota trafik IPD PJ.


Anggota sudah buat laporan , penunggang pula belum tampil lapor kejadian.


KPD jamin siasatan telus walaupun babit anggota sendiri.


Toyota Hilux Tenggelam Hanyut Dibawa Arus Banjir!


Pahang Kejadian petang semalam sebuah 4x4 Toyota Hilux hanyut dibawa arus air banjir di Kuala Krau.


#Banjir2021 

Thursday, January 7, 2021

YDP Agong ‘Humble’ Naik Motosikal Dengan Orang Kampung Beri Bantuan Mangsa Banjir


KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN ZIARAH RAKYAT DI LIPIS MENAIKI MOTOSIKAL


LIPIS, 7 JANUARI 2021: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.


KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.


Daulat Tuanku.


Tular Video Sajat Menangis Digari Dan Ditahan!


Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.


Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.

Wednesday, January 6, 2021

Gempar! Annuar Musa Dedah Rundingan Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim Jatuhkan Muhyiddin!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.


Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Ustaz Ebit Lew Agih Ribuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Pahang


Syukur alhamdulillah Ustaz Ebit Liew berhati mulia tidak pernah berasa penat menghulurkan segala bentuk bantuan tanpa mengira kaum dan apa keadaan sekali pun, semoga Allah permudahkan segala urusan dan kesihatan yang baik pada beliau.


Tuesday, January 5, 2021

Agong Pandu 4x4 Redah Banjir Hantar Bantuan!


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghantar bantuan kepada mangsa di Pahang.


Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.


#Banjir 

Gempar Khary Jamaluddin Akur Jika Perlu Letak Jawatan Menteri!


Menteri sains, teknologi dan inovasi berkata, beliau terikat kepada sebarang keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat esok.


"Saya akur jika diminta letak jawatan" - Khairy Jamaluddin.

Gempar Annuar Musa Dipecat Ganti Ahmad Maslan!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).


Sumber BN yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara itu, serta memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.


"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.


Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.


Ahmad Zahid pada hari ini juga, mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.


Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.

Banjir Buruk Tenggelamkam Satu Taman Perumahan. Rumah TMJ Hanya Tinggal Bumbung!


MARAN: Taman Maran Jaya (TMJ) antara kawasan paling teruk dilanda banjir apabila hanya tinggal bahagian bumbung sebilangan besar rumah di situ tidak dinaiki air.


Difahamkan, kali terakhir kawasan perumahan ber­kenaan dilanda banjir buruk adalah pada 2017, itu pun air hanya pada paras dada.

Monday, January 4, 2021

BOT KARAM Ketika Bawa Mangsa Banjir


Bot karam ketika membawa mangsa banjir, smog dipermudahkan segala urusan mereka...

ISU ROBOH KEDAI : NGO DAN PENIAGA PUCHONG PERMAI MENGAM0K DENGAN YB PAN, ADUN SERI SERDANG


Perjumpaan Kecoh, NGO dan Peniaga ‘Serang’ ADUN Seri Serdang. 


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Datuk Mohd Ridzuan Abdullah dan peniaga Puchong Permai meluahkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud mengenai isu roboh tapak gerai ketika hadir membuat perjumpaan di Dataran Puchong Permai, Selangor.