Wednesday, October 27, 2021

Khairy dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75

 


Tahniah diucapkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilantik sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan di Geneva, Switzerland.


WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk WHO dan dianggotai oleh 194 negara anggota.

Sunday, October 24, 2021

Khairy ketuai delegasi Malaysia ke WPRCM ke-72 di Jepun


 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) ke-72 di Himeji, Jepun yang dijadualkan bermula 25 hingga 29 Okt ini.

Mamat Khalid meninggal dunia

 


Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.


Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah, lapor Utusan Online.