Sunday, October 27, 2013

#PRKSgLimau - Siapa Yang Sesat Abby Abadi Atau Umno?


Agak terkejut juga bila mendegar kata Abby Abadi yang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Tapi tertanya-tanya juga... siapa Abby Abadi ini?

Pernahkah Abby Abadi ni mendapat tauliah dari jabatan agama mana-mana untuk berceramah berkaitan Islam dan hukum-hukum dan apa background pengajian agama yang Abby ada?

Kalau setakat Ustazah jadian... baik Abby mohon maaf dan tarik balik kenyataannya sebelum dia di saman oleh UMNO!


Kereta Abby rosak sebelum dia merosakkan orang ramai di Sg Limau!

YAN: Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, dakwa penyanyi dan pelakon, Abby Abadi.

Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.

Pisssttt: Semakin hari semakin hanyut! Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas?