Monday, November 21, 2016

Tun Mahathir Hijack Bersih - @Khairykj

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan perhimpunan BERSIH 5 tidak lebih sekadar menjadi 'kuda tunggangan' kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Khairy lagi, Tun Mahathir berjaya mempermainkan pemimpin pembangkang dan mengambil kesempatan mempergunakan himpunan tersebut sebagai platfom beliau dalam agenda peribadi untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Tahniah kepada Tun Mahathir sebab berjaya jadikan BERSIH sebagai kuda tunggangan dan platfom dia.

"Saya lihat pemimpin pembangkang semua kena main secara total oleh Mahathir," katanya selepas merasmikan program Konvensyen Anak Muda Bandar 2016 semalam.

Kata Khairy lagi, ini dapat dibuktikan apabila hanya agenda Mahathir yang disebut-sebut dalam demonstrasi berkenaan.

"Dia tidak cakap soal isu rakyat langsung dan akhirnya semua tenggelam.

"Sebab semua pun semalam sudah tidak ada bercakap pasal Anwar Ibrahim dah semua Tun Mahathir.u

Nota : Terdahulu Tun Mahathir lantang mengkritik penganjuran himpunan BERSIH sebagai mencemarkan nama negara.

Oleh kerana tamakkan kuasa Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya hilang arah, sanggup buat u-turn dan buang semua prinsip lama #Bersih5