Saturday, October 9, 2021

KJ Buat Lawatan Mengejut di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini meluangkan masa bagi mengadakan lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.


Menurut perkongsian salah seorang petugas HTJ, Ahli Parlimen Rembau itu difahamkan meluangkan hampir satu jam di hospital berkenaan.

Tuesday, October 5, 2021

DUN Melaka bubar, pilihan raya dalam tempoh 60 hari!

 


MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.


Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.

Monday, October 4, 2021

Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang

 


MELAKA – Situasi politik di negeri ini kembali panas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron petang tadi.


Turut hadir dalam sidang media itu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).