Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Khairy Gembira Festival Belia Putrajaya Dapat Sambutan Baik #FestivalBelia13


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dan penyertaan golongan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2013, yang masuk hari kedua.

Beliau meminta golongan belia memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan pada festival itu.



"Masuk hari kedua ini, saya melihat sambutannya cukup baik. Belia kita begitu bertenaga. Kita mahu gunakan tenaga belia ini dengan cara yang baik untuk kepentingan dan pembangunan negara," katanya kepada pemberita Jumaat.

Khairy berkata pada tahun depan, festival itu akan diseimbang dengan program ilmu dan kerohanian kerana pengisiannya penting dalam usaha kerajaan membentuk modal insan yang tidak hanya leka dengan aktiviti bersifat duniawi serta kebendaan.


"Saya tidak mahu festival belia ini hanya menjurus ke arah hiburan sahaja. Hiburan itu ada, tapi kita seimbangkan program kita dengan acara yang memberi manfaat ilmu dan kerohanian," katanya.



Sementara itu, timbalannya, Datuk M.Saravanan yakin ramai belia dan orang ramai akan membanjiri festival berkenaan esok dan lusa, yang menjanjikan pelbagai program menarik untuk semua lapisan umur. -Bernama

Friday, May 17, 2013

Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Paling Muda


Khairy, yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.

Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.

Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.

Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.

Mengalas Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

"Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, Khamis.

Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

Khairy berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

"Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya.


Wednesday, May 15, 2013

Khairy Menteri Belia dan Sukan Tahniah @Khairykj


TAHNIAH Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Berkat kesabaran dan istiqamah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, akhirnya membuka peluang beliau dalam barisan kabinet baru 2013! Alhamdullilah!

Friday, May 10, 2013

Khairy Tawar Diri Sertai Kabinet


KJ tak perlu menawarkan diri untuk menyertai kabinet... sememangnya beliau layak menjadi Menteri Penuh dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bernama - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

“Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya,” kata beliau ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Helo Malaysia’ BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

“Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya,” jelas beliau.

Khairy berkata pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.

Monday, April 29, 2013

#PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 5 & 6





Hanasir yang dalam keadaan susah telah berusaha untuk mendapat bantuan pembedahan jantung isterinya (Faridah) akhirnya terbela apabila Khairy Jamaluddin membantu beliau memudahkan segala urusan pembedahan jantung isterinya. Alhamdullilah setelah menjalani pembedahan jantung kini Faridah (isteri) telah pun sihat. Video http://www.youtube.com/watch?v=4x7_s4h1560&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Melalui bantuan dari Khairy Jamaluddin, SJK (C) Sin Ming telah menaiktaraf kantin sekolah yang dapat memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut. Video http://www.youtube.com/watch?v=qmr9565844A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

Friday, April 26, 2013

#PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 3 & 4



Penduduk Taman KSNS akan mendapat tangki air setelah Khairy Jamaluddin berjaya mendapatkan kelulusan di peringkat Kerajaan Pusat bagi projek tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=PWLbhJI1c9A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan jentera yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin dapat meringankan beban kerja Khaidir untuk menguruskan ladang beliau yang seluas 18 ekar. http://youtu.be/K-kp_f5cAUU


Thursday, April 25, 2013

#PRU13 - Suara Rakyat Rembau



Rumah Puan Halimah Hamid di Kg Chengkau Lada, Rembau telah terbakar pada bulan Julai 2012. Khairy Jamaluddin, melalui peruntukan Parlimen Rembau telah membina sebuah rumah baru untuk beliau.

Video url: http://goo.gl/5C2Os




Banjir teruk di Ulu Rantau telah mengakibatkan jambatan kampung runtuh. Atas usaha Khairy Jamaluddin pembinaan jambatan baru telah dipercepatkan.

Video url: http://goo.gl/NCU7X


Monday, April 22, 2013

#PRU13 DAP Tidak Hargai Ahli - Khairy


REMBAU - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan DAP tidak menghargai wakil rakyat mereka hingga menyebabkan Naib Pengerusi DAP negeri, John Fernandez bertindak bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia terbukti apabila John tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya kali ini.

"Kita nampak banyak masalah dalam pembangkang di Negeri Sembilan dan kita nampak masyarakat India juga tidak mendapat tempat dalam DAP.

"Saya merayu kepada pengundi India agar mengambil insiden ini iktibar dan pengundi di Parlimen Rembau lihat apa yang berlaku pada John Fernandez," katanya.

Terdahulu, empat bekas ahli DAP termasuk penyandang Parlimen Seremban, John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU-13 pada 5 Mei ini.

John menjelaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, manakala bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang.

Mereka yang turut keluar parti dan bertanding di DUN ialah Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajasher (Nilai) dan anggota DAP Rantau, R. Sasikumar (Temiang).

Sunday, April 21, 2013

#PRU13 PRU13 Khairy Dekati Pengundi Muda Di Taman Pinggiran Senawang


Calon Barisan Nasional P131 Rembau bersama penduduk diTaman Pinggiran Senawang Rembau.

Destinasi seterusnya, Khairy Jamaluddin berada di Taman Pinggiran Senawang. Usaha mendekati pengundi muda terus diperhebatkan oleh calon Barisan Nasional (BN) P131 bagi kawasan Parlimen Rembau menerusi Program Sepak Mula Kejohanan Futsal di Taman Pinggiran Senawang, DUN Paroi.


KJ menunjukkan kemahiran bermain bolasepak di Karnival Futsal Tmn Pinggiran Senawang.

Untuk mengikuti aktiviti calon Barisan Nasional Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sila layari http://p131-rembau.blogspot.com

Saturday, April 20, 2013

#PRU13 - Muka Buku Khairy Jamaluddin



(Petikan dari facebook Khairy Jamaluddin)

Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan dengan lancar di Rembau. Ramai penyokong BN yang mengiringi calon-calon BN ke Dewan Seri Rembau.


Untuk P 131 Parlimen Rembau, saya akan bertanding lawan Tuan Haji Radzali Ghani dari PKR dan Abdul Aziz Hassan, seorang calon bebas.

Saya telah mengucapkan selamat bertanding kepada mereka dan juga memberi komitmen saya untuk mengendalikan kempen secara sihat dan berhemah.


Rupa-rupanya Tuan Haji Radzali, calon PKR, ada hubungan keluarga dengan saya melalui isteri beliau! Kira pertandingan adik-beradik la ni.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pagi tadi.

Rembau most wanted, yaww!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Calon Barisan Nasional
P131 Rembau

Untuk liputan PRU13 Parlimen Rembau sila layari http://p131-rembau.blogspot.com

#PRU13 Penyokong BN Dijemput Memberi Sokongan Di Hari Penamaan Calon #Rembau


Penyokong BN di jemput hadir beramai-ramai esok ke hari penamaan calon PRU 13!

Laman blog http://p131-rembau.blogspot.com akan membuat liputan live dari Dewan Merdeka Rembau. ::::Pengumuman nama nama calon Barisan Nasional Negeri Sembilan :::

Proses penamaan calon untuk Parlimen Rembau, DUN Rantau, Kota, Chembong dan Paroi bagi BN akan bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau pada jam 8am, 20hb April. Calon-calon akan bergerak ke Dewan Seri Rembau pada jam 8.50am untuk berdaftar dengan SPR. Semua dijemput hadir!

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau:
PT 565 Jalan Seremban-Tampin
(Berhampiran Restoran Rembau Ria)
71300 Rembau
Tel: 06 685 8001

Saturday, April 13, 2013

#PRU13 @bnyv2012 - Sekitar Perasmian Jentera Pilihanraya #BNYV #Vote4BN



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi ucapan perasmian Jentera Pilihanraya Sukarelawan Barisan Nasional (BNYV) di Blues HQ Jalan Telawi, Bangsar.


Sukarelawan BN terdiri dari sekumpulan anak muda yang menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional dan akan membantu Barisan Nasional sewaktu Pilhanraya ke 13 nanti... Sukarelawan BN juga sudah bergerak aktif semenjak tahun 2012 lagi... dimana banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan.


Terdahulu pengarah BNYV, Saudara Zaidel menyampaikan ucapan pembukaan...


Diantara sukarelawan BN yang hadir... keadaan di dalam Blues HQ penuh ada diantara mereka terpaksa berada diluar HQ...



Inilah semangat juang yang perlu ada pada generasi muda zaman ini... teruskan perjuangan wahai adik-adik ku! hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

Monday, April 8, 2013

#PRU13 @Rafiziramli Meroyan Terpaksa Akui #ManifestoBN Terbaik!


Sejak beberapa hari yang lalu hingga ke hari ini Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dikhabarkan tidak dapat tidur dengan lena... Rafizi dilihat meroyang sepanjang hari di twitter kerana beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa manifasto BN adalah yang terbaik...

Kesian Rafizi... tak lama lagi gila lah tu...


Penjelasan dari Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.. Antara isu utama PRU13: Siapa lebih berkemampuan untuk menjana ekonomi negara? Antara ukuran kejayaan ekonomi ialah penjanaan peluang pekerjaan.

Akujanji BN: 3.3 juta peluang pekerjaan baru. 2 juta daripada itu pekerjaan berpendapatan tinggi.

Manifesto Pakatan: 1 juta peluang pekerjaan sahaja dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Maksudnya, Pakatan akan mewujudkan kebanyakkan peluang pekerjaan untuk orang muda dalam sektor-sektor yang didominasi pekerja asing hari ini – buruh kasar, kerja ladang, operator kilang, sekuriti, stesen minyak.

Manakala BN menawarkan lebih banyak peluang dalam sektor gaji tinggi seperti perkhidmatan, pembuatan nilai tinggi, peruncitan, pelancongan, industri kreatif dll.

3.3 juta peluang pekerjaan berkualiti vs 1 juta peluang pekerjaan ganti buruh asing…
Fikirlah sama-sama!

Mohon like www.facebook.com/khairykj untuk ulasan lanjut mengenai Akujanji BN.

Video Eksklusif : Ulasan #ManifestoBN Dari Ketua Pemuda UMNO, KJ


Temuramah ulasan manifesto BN, Khairy Jamaluddin di siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 dan Nasi Lemak Kopi O TV9 (NLKO) pada hari ahad, semalam. Video url: http://youtu.be/jcLfrGB_mO0





#PRU13 #ManifestoBN 'Aku Janji' BN Dirangka Dengan Teliti: KJ


Berbanding manifesto Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) mengambil kira faktor kedudukan ekonomi negara sebelum membentangkan 'Aku janji', kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

"Setiap daripada janji yang kita bentangkan dalam 'Aku janji' BN telah disemak. Kita nak pastikan janji kita ini kita dapat biayai dan bayar janji itu. Bukan retorik," katanya ketika menjadi tetamu program MHI di TV3.

Katanya, manifesto BN kali ini meliputi pelbagai aspek serta langkah untuk meringankan beban rakyat. Malah, yang paling penting ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

ni amat baik sekali kerana apabila kita bagi rakyat duit untuk berbelanja, mereka akan menjana ekonomi. Mereka akan berbelanja dan permintaan peribadi (private consumption demand) meningkat dan menjana aktiviti ekonomi.

"Soal penjanaan pelaburan, soal meningkatkan lagi latihan, peluang pendidikan, keusahawanan, pinjaman untuk usahawan-usahawan dan sebagainya, ini aspek yang mapan. Bukan hanya bagi duit, tapi kita juga bagi untuk menjana ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi mapan.

"Kalau sekadar nak hapuskan itu, hapuskan ini, nak ini percuma dan sebagainya, dia akan membebankan ekonomi dalam jangka masa panjang tanpa ada usaha'" katanya.

Menyahut kata-kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pengundi perlu memilih berdasarkan pemimpin yang mempunyai 'kebolehpercayaan', beliau berkata ia dapat dinilai melalui bukti manifesto pembangkang yang masih belum tertunai.

"Soalnya disini sama ada kita bertanggungjawab ataupun tidak., dapat laksana atau tidak.

"Contoh bagi negeri pembangkang, Selangor. Ramai yang dah saman kerajaan negeri, tidak dapat laksana janji warga emas, ibu tunggal, anak-anak tadika air percuma dan sebagainya,tidak dapat nak buat. (Ini) Soal tiada kebolehpercayaan.

"Selain itu boleh tak kita percaya pemimpin ini untuk laksana janji realistik yang tidak akan memusnahkan negara kita," ujarnya.

-AntaraPos

Thursday, April 4, 2013

#PRU13: Khairy Jamaluddin - Teruskan Perjuangan Walau Tidak Terpilih Sebagai Calon PRU13


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini meminta pemimpin-pemimpin Pemuda agar tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon dalam piliharaya (PRU13).

Sebaliknya, para pemimpin pemuda perlu muhasabah diri dengan keputusan Presiden parti dan tidak mematahkan semangat juang mereka dalam memperjuangkan parti khususnya dalam memenangi PRU13 kali ini.

Beliau dengan rendah diri akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Pemuda mendahului parti bukan diri... Khairy komitmen untuk memastikan kemenangan BN yang tidak berbelah bagi tak kira lah menjadi calon atau tidak. Beliau berharap para pemimpin pemuda turut berpegang kepada prisnsip yang sama.



Petikan dari Facebook KJ (https://www.facebook.com/Khairykj) - Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat.

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

Friday, March 15, 2013

Pemuda BN Lancar GEMPAK Ingatkan Rakyat Pembohongan Pembangkang


Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.

Menurut beliau kempen berkenaan adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa pembangkang sudah ada ‘track record’ dalam melaksanakan kempen fitnah sedemikian rupa sebelum ini dan segala pembohongan mereka terkandung di dalam GEMPAK.

“Kita telah kumpulkan bahan dan fakta berdasarkan kepada kajian kita yang ambil beberapa kes pembohongan serta fitnah yang dilakukan oleh pembangkang sebagai contoh bahawa inilah antara contoh bagaimana mereka akan menjaja fitnah dalam pilihan raya kali ini.

“Kita kumpulkan dalam GEMPAK ini semua fitnah yang telah dibuat oleh pembangkang. Kita akan buat dalam bentuk flyers, dalam bentuk cd dan juga dalam bentuk ‘content’ yang akan kita muat naik dalam facebook dan juga tweeter supaya rakyat tahu dan waspada tuduhan yang datang daripada pembangkang.

“Justeru Pemuda BN akan bergerak di setiap kawasan menerusi komponen kita untuk ingatkan rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang telah diamalkan pembangkang selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran GEMPAK di sini, hari ini. Turut serta Ketua-Ketua Pemuda parti komponen BN yang lain. Terdahulu sebelum itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media antara contoh pembohongan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Antaranya pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkana ada tol di lebuhraya berkenaan, pembohongan kos perkhwinan anak PM, felda ada urus niaga di israel, manipulasi imej dan sebagainya.

Tambah Khairy lagi turut dimuatkan dalam GEMPAK adalah janji yang telah dibuat oleh pembangkang pada 2008 yang lalu.

“Keduanya adalah mengenai pembohongan pembangkang mengenai janji-janji. Ada dua kategori. Satu kategori adalah fitnah dan satu lagi janji-janji 2008 yang tak tertunai. Kita kena ingatkan rakyat bahawa janji mereka dalam manifesto mereka kali ini tidak boleh dipakai disebabkan majoriti janji 2008 baik diperingkat negeri pun tidak tertunai.

“Ini kita namakan sebagai siri Janji Mungkir janji..(JAMUNJI) iaitu janji pada PRU 2008 iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Ini semua kita tahu tetapi kita ingatkan rakyat janji yang tidak tertunai oleh kerajaan di negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Saluran yang akan kita guna saluran rasmi Pemuda BN……cd, flyers. Material ini akan kita edarkan di seluruh negera bermula sekarang sebagai satu mesej. Saluran kedua BN Youth Cyber Team (BNYCT) iaitu menerusi unit media baru kita.

“Ketiganya melalui Pentas Pemuda, mahasiswa, selain BN Youth Volunterss (BNYV) untuk golongan profesional dan Utusan Pemuda iaitu jentera baru yang kita tubuhkan untuk edar bahan seperti flyers di kawasan tumpuan awam dan sebagainya,” Katanya.

Pada sidang media itu juga Khairy turut memberitahu Pemuda BN menyatakan sokongan yang berterusan secara rasmi kepada pasukan keselmatan yang berjuang di Lahad Datu dan sentiasa berada di belakang.

“Dan kita juga tidak akan berkpromi dengan mana-mana pihak yang memperlekehkan peranan anggota keselamatan kita serta ‘respons’ kerajaan kita terhadap pencerobohan yang berlaku di Sabah,” katanya. -MediaUMNO

Sekitar Sidang Media GEMPAK Pemuda!




Pembohongan demi pembohongan Pembangkag didedahkan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) #GEMPAK


Kepimpinan Pemuda BN memegang poster dan bahan-bahan yang akan diedarkan Gempak untuk diedarkan kepada rakyat di seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat akan fitnah dan pembohongan yang telah dan akan dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-13









Berita selanjutnya selepas ini...

Friday, March 8, 2013

Bicara Jamalul Kiram III di Malaysia, Tegas Pemuda Umno


Pemuda Umno hari ini menggesa supaya Jamalul Kiram III, dibicarakan di negara ini atas dakwaaan mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kerajaan Filipina mungkin akan mengambil tindakan terhadap kumpulan penceroboh itu, namun tindakan juga perlu diambil terhadap dalang insiden itu.

Jamalul Kiram III

"Bagi kita ini satu kesalahan di sisi undang-undang negara. Saya harap kerajaan akan dapat melakukannya dan kerajaan Filipina bersetuju (untuk mengektradisi) atas dasar rakan Asean.

"Dari segi politik, kita perlu tunjuk, sesiapa sahaja yang menjadi penceroboh perlu dibawa ke muka pengadilan. Pemuda Umno tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan Baucar Buku 1Malaysia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di sini.

Khairy juga menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik yang menuduh insiden pencerobohan itu sebagai sandiwara atau mempersoal tindakan yang diambil pasukan keselamatan negara dalam menangani kumpulan penceroboh itu.

Sejak isu pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Lahad Datu Jumaat lalu dan enam dalam serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan itu. - Bernama

Tuesday, March 5, 2013

Khairy Bidas Anwar Yang Cuba Mempolitik Isu Pencerobohan Di Sabah


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) semalam.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.


Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.