Sunday, May 5, 2013

Keputusan Tak Rasmi #PRU13 : Husam Tewas Di Putrajaya, Ku Nan Kekal


Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) unofficially wins Putrajaya, defeating Husam (PAS) by a 5,438-vote majority
BN -9,804
PAS -4,366

#PRU13 Nurul Izzah Tewas di Parlimen Lembah Pantai




Keputusan Tak Rasmi:

Raja Nong Chik : 40,763
Nurul Izzah : 15,943


#PRU13 Serawak : Keputusan Terkini Parlimen Sarawak


P195 BANDAR KUCHING:
BN-8294
DAP-24305

P213 Mukah:
BN 10,923,
DAP 1,896,
IND 1,638

P206 Tanjong Manis:
BN - 9,620,
PAS - 1,241 @ 7.17pm

P.198 Mambong
BN : 3510
PKR : 952
STAR : 85

P.201 Batang Lupar
BN : 10902
PKR : 3376

P.203 Lubok Antu
BN : 1417
PKR : 476
SWP : 750

P.204 Betong
BN : 3307
PKR : 907

P.205 Saratok
BN : 4491
PKR : 5708
BEBAS : 194

P.209 Julau
BN : 4403
PKR : 1217
SWP : 1726

P.212 Sibu
BN : 2575
DAP : 405
BEBAS : 5

P.214 Selangau
BN : 2036
PKR : 497
SWP 602

P.220 Baram
BN : 4689
PKR : 4642
BEBAS : 129

P.221 Limbang
BN : 6508
PKR : 1830

Kerusi saratok melayang kepada PKR.
BN rampas kembali kerusi DAP di Sibu.

#PRU13: Pengundian Ditutup 5 Petang, 80 % Keluar Mengundi


Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diiringi anggota polis ketika membawa keluar borang pengundian awal untuk proses pengiraan undi di Dewan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bandar Seri Jempol di Negeri Sembilan . -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pad Ahad, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.

Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.

Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. -BERNAMA

#PRU13 Peratusan Keluar Mengundi Di Kelantan, Kedah dan Selangor Meningkat!


Petanda SANGAT POSITIF kepada BN dan tahniah kepada JENTERA BN - Kelantan, Kedah dan Selangor. Kerja kuat mendahulukan rakyat selama ini menampakkan hasil!

1. Kelantan

- 62 % keluar mengundi

- BN mendahului di 22 kerusi DUN



2. Kedah

- 63 % keluar mengundi

- BN sedang mendahului di 18 kerusi DUN



3. Selangor

- 61 % keluar mengundi

- BN mendahului

#PRU13 58.99 Peratus Pengundi Keluar Mengundi Setakat Tengah Hari

PUTRAJAYA: Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari Ahad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.

"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.

Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara. - BERNAMA

#PRU BN Dijangka Menang 139 Kerusi Parlimen


Kajian terbaru sebelum hari pengundian mendapati BN akan menang dengan sekurang-kurangnya 139 kerusi. Bergantung kepada beberapa faktor lain seperti peratusan keluar mengundi kebih 85% mungkin akan membantu BN mendapat sehingga 148 kerusi, majoriti 2/3.

Berikut ialah senarai kawasan Parlimen yang dijangka akan dimenangi oleh Barisan Nasional hari ini.










#PRU13 Penyokong PAS Guna Parang Serang BN Putrajaya


Kecoh..kecoh...kecoh lagi!! Kali ini mereka 'standby' dengan parang pula. Nampak gayanya penyokong Husam Musa semakin ganas ni! Kejadian malam tadi di Precint 9 cukup membuktikan bahawa penyokong PAS kali ini semakin agresif.

Dalam keadaan kelam kabut, penulis sempat mengambil beberapa gambar menunjukkan penyokong PAS ini membawa sebilah parang dalam misi mereka membuat kacau bilau dengan penyokong BN Putrajaya. Dalam gambar ini jelas menunjukkan penyokong PKR turut terlibat. Yang menghairankan ialah kenapa pula penyokong PKR ini berada di Putrajaya? Sedangkan hanya PAS yang bertanding di Putrajaya!



Apapun, mereka ini sebenarnya adalah pencacai-pencacai PR (Pakatan Rosak) yang terdiri daripada 'orang luar' yakni BUKAN penduduk Putrajaya. Husam terpaksa 'mengimport' jentera dan pencacai luar seperti Bandar Tun Razak, Dengkil, Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran lain untuk membuat onak dan huru-hara sebelum hari mengundi.

Parang yang diselit oleh penyokong PAS
Kejadian pencacai PR membawa parang ini sebenarnya adalah peringatan kepada seluruh jentera BN supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika hari pembuangan undi dan selepas keputusan diumumkan pada malam 5/5/13 nanti. Difahamkan mereka sudah siap sedia untuk membuat huru-hara dan provokasi yang keterlaluan.

Sumber - http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com

Saturday, May 4, 2013

#PRU13 Peluang Pengundi Betulkan Kesilapan 2008 di Lembah Pantai


Bagi kebanyakan rakyat Malaysia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung dianggap sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Namun bagi pengundi di Parlimen Lembah Pantai, pilihan raya umum yang akan berlangsung esok dianggap peluang untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan pada PRU Ke-12 (PRU-12).

Menurut Pengerusi Gerakan Madrasah Tarbiah Putra Ria, Rokiah Kasim, kesilapan besar berlaku pada 2008 apabila pengundi memilih Nurul Izzah Anwar sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Besok adalah penentu segalanya, sebab kesilapan besar berlaku pada 2008, satu pengajaran bagi penduduk Putra Ria, Abdullah Hukum dan keseluruhan Lembah Pantai.

"Seolah-olah kita mengundi batang kayu, tak berfungsi apa-apa. Sekadar nak datang rumah orang kahwin, menziarah orang meninggal, itu semua orang boleh buat," kata beliau.

Menurut Rokiah, Nurul Izzah sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat.

"Dia tidak semestinya berkhidmat untuk orang-orang PKR sahaja, orang-orang Barisan Nasional pun dia kena berkhidmat juga, sebab dia dah menang jadi wakil kita dan menyebabkan kami terabai, tak dipedulikan.

"Dia jadi wakil rakyat Lembah Pantai seolah-olah hanya untuk mempertahan bapa dia, apa tujuan dia jadi wakil rakyat di sini, dia bukan orang sini?

"Apabila dia menang kita rasakan tak apalah bagi dia berkhidmat selama lima tahun, sepatutnya dia menunjukkan kecemerlangan. Nurul Izzah muda dan terpelajar, beliau perlu menunjukkan prestasi, tapi apa yang dia buat?" kata Rokiah kesal.

Sementara itu pemangku Ketua Cawangan UMNO Putra Ria, Mohd. Syarif Sapdin berkata, selama Nurul Izzah menjadi wakil rakyat, penduduk seolah-olah rasa terjajah.

"Tiada apa yang dilakukan beliau, berbanding Datuk Raja (Nong Chik Raja Zainal Abidin) mengerakkan tenaga mengecat bangunan, surau, taman permainan dan lif dibaik pulih. Itu yang kita nak. Sebagai wakil rakyat, Nurul Izzah sepatutnya peka, sebaliknya Datuk Raja banyak menolong kami di Putra Ria ini.

"Pilihan raya kali ini kami akan membetulkan keadaan dengan memilih Datuk Raja sebagai wakil kami, dia banyak buat kerja di sini dan dia mudah berkerjasama dengan DBKL," katanya.

Pada PRU-12, anak sulung ketua pembangkang, Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat menewaskan penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan kelebihan 2,895 undi.

Pada PRU-13 yang akan berlangsung esok, Nurul Izzah sebagai penyandang akan ditentang oleh Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

P121 Lembah Pantai mempunyai 72,396 pengundi berdaftar dengan 54.56 peratus pengundi Melayu, 27.04 peratus (Cina), 18.21 peratus (India) dan 0.26 peratus (kaum-kaum lain). - UTUSAN ONLINE

#PRU13 Timbalan Ketua Wanita PKR Batu Keluar Parti


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Batu menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini apabila Timbalan Ketua Wanitanya, G. Sara Lili bersama 120 ahli parti itu bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu diumumkan beliau pada majlis bersama rakyat di Dewan Komuniti Bandar Baru Sentul di sini malam tadi, yang turut dihadiri calon BN Parlimen itu, Prof. Madya Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Serentak dengan itu beliau menyerahkan borang keahlian parti Gerakan kepada Dominic sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penduduk yang hadir.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Sara berkata, mereka kecewa dengan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.

"Tindakan keluar PKR diambil sebulat suara oleh saya ahli-ahli PKR Parlimen Batu sebagai bantahan secara terbuka kepada Tian Chua. Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Batu

"Kami menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kerajaan BN," katanya.

Sara berkata, Tian Chua yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu itu tidak pernah turun padang untuk berkhidmat atau berjumpa para pengundi India di kawasan itu.

Katanya, janji-janji untuk menyelesaikan isu kebajikan masyarakat India sejak pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini. - UTUSAN ONLINE