Tuesday, May 14, 2013
Hentikan Polimik Politik Pasca PRU
Semua pihak perlu menghentikan polimik politik pasca pilihan raya umum yang dilihat boleh menggagalkan usaha ke arah pembangunan negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, rakyat telah pun membuat pilihan dan memberi mandat kepada calon atau parti pilihan mereka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan dan seharusnya tidak timbul lagi soal ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak.
“Kita mesti akur keputusan rakyat, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan dan jangan pula kita tidak dapat mengakui hakikat bahawa kita kalah dan masih mempersoalkan (keputusan rakyat).
“Sepatutnya sekarang ini rakyat sudah bagi mandat dan kita tubuhkan kerajaan dan kita lupakan soal pilihan raya ini. Cukuplah sudah kita berpolitik satu tahun, dua tahun sehingga tidak boleh buat perkara lain,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, di sini Selasa.
Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati pihak pembangkang terhadap keputusan PRU13, 5 Mei lalu.
Katanya, sikap pembangkang yang tidak mahu mengakui kekalahan mereka dan mengajak rakyat turut serta sebenarnya membawa negara terus terperangkap dalam polimik berterusan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara.
Sebaliknya, Mohamad berkata apa yang harus ditumpukan ketika ini adalah mencari jalan meningkatkan ekonomi negara dan menarik kedatangan pelabur bagi mendepani krisis ekonomi dunia yang tidak menentu. – BERNAMA
80 Peratus Mahu Anwar Tunai Janji Untuk bersara
Lebih 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu.
Bancian secara online akhbar itu menerusi laman web, www.theedgemalaysia.com menunjukkan, sehingga pukul 7.30 petang semalam sebanyak 9,077 orang menyatakan sokongan supaya Anwar mengotakan janji meletak jawatan.
Sementara itu, sebanyak 2,082 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.
Bancian yang masih berjalan di bawah tajuk 'Pakatan rakyat telah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Adakah Anwar perlu meletak jawatan sebagai ketua' secara keseluruhannya mendapat jumlah undian sebanyak 11,158 orang setakat ini.
Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam pada itu, AdQrate dalam laporan yang boleh dilayari di www.adqrate.com/newspaper/details?id>35&type>1 menjelaskan, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 120,000 pembaca akhbar The Edge adalah kaum Cina, manakala bakinya kaum-kaum lain.
Sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik jika kalah pada PRU 13.
Anwar dalam sidang medianya berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
-AntaraPos
Anwar Perlu Terima Takdir - Harussani
Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.
Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.
''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.
''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.
Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah.
''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.
''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya.
Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang.
''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.-UM
Monday, May 13, 2013
Motif Himpunan #505 - Provokasi Supaya Tercetus 13 Mei
Seperti diramal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini.
Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk ‘himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah dilaporkan Antarapos hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.
Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.
Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata Anwar dan Kit Siang sengaja membangkitkan isu-isu perkauman melalui road show mereka di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.
“Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum.
“Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin,” katanya.
Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit ‘melawan’ supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru hara dalam negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan Bernama berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.
Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.
“Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau,” katanya.
Anwar semasa berceramah di Ipoh semalam meminta para penyokongnya khususnya bukan Melayu agar jangan takut dengan ‘tragedi 13 Mei’ sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan.
“Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman,” katanya dilaporkan FMT.
Ketua Umum PKR itu turut menyeru semua kaum untuk “menyelamatkan negara”, katanya, “Jika anda percaya (dalam perpaduan semua kaum), kemudian menyelamatkan negara anda, menyelamatkan masa depan anda, menyelamatkan keluarga anda. Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong.”
Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969 berkata kata-kata provokasi komunis yang melampau antara faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.
Komunis telah menyerap ke dalam Parti Buruh menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh yang dinobatkan sebagai ‘Pahlawan Merah’.
Parti Buruh diasaskan oleh Ishak Hj Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako.
Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu.
Impikasi perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu yang berlaku pada 9 Mei antara saham utama tercetusnya isu peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Baca selanjutnya, sila klik di sini
Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api menyala Malam”, Tunku Abdul Rahman menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah 13 Mei 1969.
Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2), namun prestasi parti pembangkang khususnya parti dominasi Cina menunjukkan peningkatan.
Di kalangan parti pembangkang, DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi.
Ketika itu parti-parti pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan dan bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.
Parti Gerakan dan DAP yang berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dan kerana penentangan secara agresif itu menyebabkan kedua-dua parti itu disokong oleh masyarakat Cina.
Baca selanjutnya, sila klik di sini
DAP & 13 Mei 1969
Sumber : AIDC
Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Yang Perlu Ditonton Oleh Puak PAS
Video Pandangan Nasharuddin Mat Isa...Renung Renung Kan Lah.... http://youtu.be/GK1xlsxp2BY
Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.
Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.
Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas!
MARILAH KITA BERSATU SAUDARAKU!!!!
Khairy Jamaluddin Antara Nama Yang Disebut Dalam Barisan Kabinet Najib!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyenaraikan beberapa muka baharu dalam barisan Kabinet yang mungkin diumum esok.
Antara yang disebut-sebut bakal menganggotai Kabinet kali ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Idris Jusoh; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.
Pelantikan itu ekoran kekalahan beberapa menteri dan timbalan menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
Menteri yang kalah ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) serta Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti).
Sementara itu, kekosongan juga berlaku bagi jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Datuk Seri Dr. Rais Yatim); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Menteri Pelancongan (Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen) apabila mereka tidak mempertahankan kerusi masing-masing.
PRU-13 turut menyaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berpindah daripada Parlimen ke Dewan Undangan Negeri.
Empat timbalan menteri yang tewas pula ialah Datuk Liew Vui Keong (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
Berikutan kekosongan jawatan menteri tersebut, beberapa timbalan menteri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dijangka dilantik sebagai menteri.
Dalam masa sama, Kabinet kali ini kemungkinan akan menyaksikan kemunculan beberapa kementerian baharu ekoran keperluan dan desakan oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam pada itu, pandangan umum turut tertumpu kepada kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri sama ada dikekalkan atau akan bertukar portfolio.
Sementara itu, kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadi tumpuan.
Jawatan tersebut kini disandang sementara oleh Perdana Menteri sendiri.
Nama pengganti yang disebut-sebut memegang portfolio itu terdiri daripada mereka yang berwibawa dalam memperjuangkan hak wanita seperti Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique atau Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.
Pelantikan ahli Kabinet dalam pentadbiran Najib penggal ini juga menimbulkan persoalan sama ada wakil MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersenarai. Ini berikutan prestasi buruk kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun, dalam berteka-teki mengenai senarai barisan Kabinet, Perdana Menteri dilihat akan memberi keutamaan kepada calon yang menang pada pilihan raya umum lalu selain memastikan kehadiran mereka diterima rakyat.
Dalam hubungan ini keutamaan kepada calon-calon BN yang menang di Sabah dan Sarawak juga dilihat akan diberi perhatian sewajarnya. -UM
SPR Mungkin Saman Anwar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menabur fitnah terhadap badan itu.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penyebaran fitnah itu bermula sebelum hari mengundi dan diperhebatkan pada 5 Mei lalu.
Beliau khususnya merujuk kepada pesanan Twitter Anwar yang mengisytiharkan pembangkang sudah menang PRU13 dan memberi amaran kepada SPR dan Umno untuk tidak melakukan penipuan.
Wan Omar berkata pesanan Anwar itu tidak masuk akal kerana ketika ia dihantar, hanya 2,000 daripada 52,000 peti undi telah dikira.
“Ini adalah penipuan jelas kerana pada masa itu tidak mungkin keputusan pilihan raya sudah diketahui," Wan Ahmad dipetik berkata oleh New Straits Times.
Wan Ahmad juga membidas blogger-blogger pembangkang kerana menyebarkan fitnah seawal jam 8 malam pada hari mengundi bahawa gabungan PKR-PAS-DAP itu sudah menang pilihan raya umum.
Beliau berkata fitnah itu sengaja disebarkan untuk memastikan penyokong Pakatan Rakyat menolak sebarang keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang.
"Mereka berbuat demikian untuk meyakinkan penyokong pakatan dan rakyat bahawa tidak mungkin pembangkang boleh tewas,” kata beliau.
"Justeru jika keputusan tidak memihak kepada pakatan, mereka akan menolaknya dengan alasan penipuan berlaku,” jelas beliau lagi.
Wan Ahmad menyifatkan demonstrasi '505' anjuran pembangkang hanya akan membunuh demokrasi.
Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul bukti terhadap fitnah yang disebarkan semasa PRU sebelum mengambil keputusan muktamad.
-AntaraPos
Sunday, May 12, 2013
DAP Salahkan PAS Punca Kedah Jatuh Kepada BN
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Pas sebagai punca kejatuhan kerajaan negeri itu kepada Barisan Nasional.
Guan Eng bercakap dalam program DAP di ibu kota hari ini menafikan dakwaan BN kuat di Kedah sebaliknya pepecahan dalaman Pas Kedah menyebabkan kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah oleh Pakatan telah tumbang kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Di Kedah, dalam PRU 13, BN berjaya memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membolehkan parti itu membentuk kerajaan baru, berbanding dengan Pakatan yang hanya memenangi 16 kerusi, iaitu Pas menang 10 kerusi, PKR 4 dan DAP 2 kerusi.
Manakala di peringkat parlimen pula, BN memenangi 10 kerusi, PKR 4 dan Pas 1.
Video url http://youtu.be/hHketVKnCwU
Tak habis-habis PAS kena buli.... Elok keluar ja dari Pakatan yang tiada kata sepakat tu! Sampai bila PAS terus nak jadi Pak Turut???
Gagal Peroleh Majoriti Kerusi... Ketua AMK Selangor Salahkan PAS!
Asyik PKR je yang serang PAS.. Bila pula PAS nak serang PKR ni?? Mana maruah puak PAS? senang-senang je boleh kena lepang, sepak terajang!
Malulah bila tengok Parti yang dinamakan Parti Islam dibuli macam ni! Mana maruah korang beb! Sampai bila PAS nak jadi kuda tungangan PKR-DAP, sampai bila??
AntaraPos - Kegagalan PKR memperolehi kerusi majoriti pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Ahad lalu dikatakan berpunca daripada sikap rakan kompenan Pakatan Rakyatnya sendiri, dakwa Azmizam Zaman Huri.
Ketua AMK Selangor itu berkata, ini kerana ekoran kedegilan PAS yang tetap mahu meletakkan calonnya di kerusi DUN Kota Damansara.
Malah, menurut Azmizam PKR pastikan akan menang mudah di kawasan itu jika PAS tidak berbuat demikian sekali gus membolehkan PKR memperoleh jumlah kerusi yang sama.
Keputusan PRU13 Ahad lalu menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR 14 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) 12 kerusi dan jika dilihat secara individu, tidak ada satupun parti politik memperolehi kerusi majoriti untuk memerintah.
Dengan ketiadaan majoriti itu, PAS, PKR dan DAP perlu membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor
“PKR seharusnya memenangi jumlah kerusi yang sama atau lebih jika merujuk kepada kerusi DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih yang menunjukkan calon PKR tewas akibat pertembungan tiga penjuru yang salah satunya ditandingi PAS iaitu di Kota Damansara,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmizam juga turut menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor yang sehingga kini menjadi teka-teki tidak boleh bergantung kepada bilangan kerusi DUN sahaja seperti yang didakwa PAS sebelum ini.
Beliau turut menempelak PAS Selangor agar tidak mempertikaikan kerusi Menteri Besar Selangor sekaligus memberi ruang untuk parti itu memilih calonnya.
Dalam pada itu, beliau juga turut mempersoalkan tindakan DAP memberi laluan kepada wakil PAS menjadi Menteri Besar di Perak pada 2008 meskipun DAP memenangi lebih banyak kerusi DUN atas semangat pakatan pembangkang.
Surat Anwar Kepada Pengundi Cina Sebelum PRU13
Dibawah ni merupakan kiriman email dari seorang sahabat SH yang menguatkan lagi dakwaan bahawa kaum Cina telah ditipu oleh Anwar.
Surat ini katanya telah disebarkan dan dijadikan sebagai bahan sepanjang tempoh berkempen dikawasan - kawasan yang majoritinya berbangsa Cina.
Mungkinkah ini sebab kenapa pengundi Cina berubah hati dan mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum yang lalu? Adakah itu sebab kenapa mereka tidak mengundi BN?
Jelas, isi kandungan surat tersebut sendiri menyebut yang Si Ketua Penipu tu berjanji akan menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun sahaja.
Selepas itu, jawatan PM akan diserahkan kepada Guan Eng diatas kredebilitinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebab itu pengundi Cina pun berpaling tadah.
Perkara ini tidak mustahil dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu dengan puak - puak Pakatan Haramjadah. Lagi pun diorang dah cakap nak tawan Putrajaya 'At All Cost'!!!
Sekarang, apabila Pakatan GAGAL untuk merampas Putrajaya seperti yang telah direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu, baru la diorang tersedar.
Baru la diorang tau yang kemenangan BN mampu diperolehi walaupun tanpa sokongan dari bangsa mereka. Kini mereka sudah terdesak. Kini mereka mula tersedar.
Dan mungkin sebab itulah Si Ketua Penipu tu dengan Kit Siang sibuk nak mengubah perhatian rakyat dari mengetahui perkara sebenar.
Mereka jelas dalam keadaan yang tidak terkeruan dan cuba untuk menutup kesilapan yang telah dilakukan. Mereka kini sudah menjadi sasaran.
Nah!!! Pun masih jugak kita nak beri kepercayaan kepada Si Ketua Penipu tu? Masih jugak kita nak bergantung harap kepada Si Ketua Penipu tu untuk menjadi Perdana Menteri? Itu, korang renungkan la sendiri!!!
Sumber: SH
Subscribe to:
Posts (Atom)