Tuesday, April 16, 2013

#PRU13 #Vote4BN - Selangor : Zulkifli Nordin Rentap Khalid Saman


Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri melibatkan jumlah keseluruhan calon seramai 78 orang yang mana 22 daripadanya adalah calon untuk bertanding kerusi Parlimen manakala 56 orang lagi adalah calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada senarai tersebut, BN Selangor turut mempertaruhkan muka-muka baharu untuk bersaing dalam PRU13 selain mengetengahkan calon termuda parti itu berumur 33 tahun, Mohd. Faisul Sufar untuk bertanding kerusi DUN Chempaka.

Pada masa yang sama, BN Selangor turut mengumumkan pencalonan 'rakan BN', Datuk Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam orang termasuklah menampilkan semula bekas Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon untuk bertanding kerusi parlimen itu.

Rakan BN, Zulkifli Nordin akan berentap dengan calon PAS Khalid Samad di Shah Alam.

Khalid selalu cakap besar sekarang amacam Khalid ada berani...

#PRU13 #Vote4BN - Nong Chik Rentap Nurul Izzah Di Lembah Pantai!


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau akan menentang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.


Nurul Izzah sudah boleh ucapkan selamat tinggal pada rakyat Lembah Pantai dan bolehlah jadi surirumah tetap 'full time'...

Manakala Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya akan berhadapan dengan calon PAS Datuk Husam Musa.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media mengumumkan calon BN Wilayah Persekutuan pada PRU-13, sebentar tadi.

Muhyiddin turut mengumumkan 12 muka baru bagi calon Wilayah Persekutuan pada PRU13.

Sementara itu di Johor Bharu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bertukar ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas. Beliau sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Pengumuman calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

#PRU13 #Vote4BN Ghani Othman Rentap Kit Siang di Gelang Patah


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding di Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Nama mereka diumumkan ketika pengumuman rasmi calon BN di Johor.

Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.