Tuesday, January 17, 2012

Belia Bantah Sikap Adam Adli, Penuntut USM


Lebih 30 belia dari Persatuan Belia Kuantan di sini melakukan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam sekali gus membuat laporan polis terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera Perdana Menteri dan Universiti Sains Malaysia, Janartana Chandra, berikutan tindakannya membuat ugutan jenayah.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan, 'Kami Sayang Najib, Kami Sokong Kepimpinan PM dan Adnan (MB) selain ungkapan bantahan “Adam Adli Pengkhianat” di hadapan IPD.

Namun tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung lebih sejam.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.15 pagi diwakili Exco Persatuannya, Mohd Johari George sebagai tanda bantahan persatuan itu terhadap tindakan kedua-kedua mahasiswa yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Johari berkata, persatuan yang mempunyai 117 ahli sekitar Kuantan berpendirian tindakan Adam dan Janartana itu perlu dibantah.

Menurutnya, ia sebagai bukti sokongan belia dari kawasan itu yang mendukung penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami bangga dengan kejayaan dan corak pemerintahan kerajaan selama ini dan jika bantahan ini dikatakan ada unsur politik, kami ingin nafikan dan menegaskan ia adalah tanggungjawab belia di sini yang juga tonggak negara di masa hadapan.

“Nasihat persatuan terhadap Adam dan Janartana supaya menumpukan perhatian terhadap pengajian mereka dan jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan masa depan masing-masing,” katanya pada perhimpunan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan, Asli Ilham Zulhasli. -Sinar Online

Video Sekumpulan Wanita Di Belasah Teruk Oleh Kumpulan Samseng! @PDRMsia


Klip Video selama 8 minit 16 saat saat bertajuk "Perempuan kena Belasah dlm Bilik" di muat naikkan oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama gtabbas memaparkan sekumpulan lelaki samseng sedang membelasah beberapa orang wanita yang kelihatan ketakutan di dalam sebuah bilik.

Menurut maklumat, pemegang akaun YouTube tersebut... perbuatan kejam ini di percayai di lakukan oleh kumpulan sendiket pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Harap pihak berkuasa PDRM dapat menyisat kes ini dengan segera.

Ambiga Jangan Nak Ugut Kerajaan - Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran kepada pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan supaya, jangan hendak mengugut kerajaan dan sudah cukup lah Ambiga mengugut kerajaan.

Terdahulu Ambiga berkata, jika kerajaan tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, kemungkinan mereka akan anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya. Ambiga membayangkan akan mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika syor PSC ditolak.

Khairy turut mempersoalkan kenapa perlu di adakan BERSIH 3.0 di waktu pilihanraya yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.

“Apa faedah jika di adakan BERSIH 3.0, kenapa pihak mereka tidak mahu berhadapan dengan kita (BN) sedangkan pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat”, bidas Khairy kepada Ambiga.


“Jadi kenapa perlu untuk mengugut kerajaan sedangkan Kerajaan sudah banyak bersetuju di atas permintaan BESIH 2”, kata Khairy selepas perasmian Pra Pelancaran BN Youth Ride di PWTC.

Sebagai contoh Khairy berkata kerajaaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Jawatankuasa tersebut dibuat secara terbuka dimana dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Selain daripada itu, kerajaan juga sudah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Tambah Khairy lagi, Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan lain dengan kerjasama SPR, malah SPR juga sudah bersetuju untuk membersihkan senarai pengundi dan banyak daripada permintaan BERSIH telah kerajaan laksanakan.

“Kerajaan juga mahu melihat kemenangan yang secara terbuka dan tidak mahu dilihat menang pilihan raya dengan cara yang tidak adil.

“Yang penting jangan nak main ugut, tidak perlu nak mengugut kerajaan, kerajaan tahu apa yang kerajaan buat,” Katanya lagi.

-Bro Jinggo