Wednesday, August 21, 2013

Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands - 32 Orang Dikhuatiri Maut


Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 6.30 petang mengesahkan seramai 12 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.

Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 28 orang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.

Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut. -Mstar




Nasib Golongan Muda Terus Dibela... PTPTN Tidak Teruskan CCRIS

Berita baik untuk mahasiswa dibawah tajaan PTPTN, dimana Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin yang telah membela nasib golongan muda dan Terima kasih kepada PM serta menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .

Tuesday, August 20, 2013

Pemuda UMNO Bantah Tindakan Penyenaraian Hitam Peminjam PTPTN


Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, bagi menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pada pandangan Pemuda UMNO, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi. Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.

Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dibantu.

Sumber: www.facebook.com/khairykj