Wednesday, September 11, 2013

Sahabat Azri Nizam Menawarkan Diri Untuk Bertanding Exco Pemuda


Azri Nizam yang juga merupakan seorang blogger Pro UMNO hari ini menawarkan diri bertanding sebagai exco Pemuda... Sebagai seorang sahabat adah wajar untuk saya memberi sokongan terhadap beliau dan juga diharapkan sahabat blogger yang lain turut memberi sokongan kepada beliau.

Berikut adalah petikan dari blog Azri Nizam yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai exco Pemuda Umno.

"Salam, setelah mendapat persetujuan daripada ahli cawangan dan sahabat sahabat di Bahagian, saya dengan ini menawarkan diri untuk bersama sama dalam perjuangan sayap parti bagi menggalas misi yang besar yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam PRU14.

Mengapa perlu terlibat sama?

Pilihan raya yang bakal diundi oleh bakal 20 juga pengundi, 6.7 jutanya adalah pengundi baru. Saya ingin membawa kembali ideologi alif ba ta sebagai roh perjuangan dalam setiap hati anak muda UMNO.

Inilah sahaja jawapan dan penyelesaian sebenar jika UMNO mahukan meneruskan kelangsungan kuasa yang ada demi masa depan anak bangsa. Sebagai bekas kepimpinan pelajar, saya bersama rakan rakan pernah melawan arus reformasi 99 dengan ideologi dan semangat aspirasi. Alhamdulilah, gelombang reformasi itu perlahan lahan terpadam di tiup angin perubahan aspirasi.

Ada cara dan pendekatan yang diambil jika mahu menawan hati dan minda anak muda. Jangan hanya persalahkan mereka semata semata jika gagal memikat pengaruh mereka.

Kini pengundi muda bakal menentukan nasib masa depan negara. Peluang harus diberikan kepada orang muda di segenap lapisan umur untuk bersama sama berjuang mempertahankan UMNO dalam PRU14. Semangat sukarelawan dan ideologi perjuangan harus ditanam kembali agar mereka faham dan menjiwai apa sebenarnya perjuangan asal UMNO.

Piilhan raya yang bakal menentukan segala-galanya. Tidak guna berkokok di luar gelanggang lagi jika tanah dan maruah agama sudah mahu digadai. Musuh utama umat Islam sedang berkomplot untuk menjayakan agenda besar pada 2018 nanti. Ayuh kita berjuang bersama sama".

Tuesday, September 10, 2013

Anne Selamat Lahirkan Anak... Tahniah @Mohd_Sumali


Tahniah diucapkan buat SUK Pemuda, Mohd Sumali Reduan dan pelakon Anne Ngasri yang telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya yang seberat 3.4 kilogram , semalam.

Berita gembira ini dikonggsi bersama oleh Sumali menerusi laman facebooknya... "Alhamdulillah...my wife selamat bersalin...baby boy...syukur..."

Manakala Anne, turut memuat naik sekeping gambar baby tersebut di instagram dan dikongsikan di twitter...


Dalam perkembangan lain, Anne juga dilihat semakin aktif berkecimpung dalam bidang politik apabila dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO cawangan Dataran Merdeka, baru-baru ini.


Tahniah sekali lagi kepada Sumali dan Anne... saya turut rasa gembira diatas kelahiran baby boy mereka..

Monday, September 9, 2013

Kabinet Bayangan PR- Khairy Bidas Anwar Beri Jawapan Angkuh!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan PR.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan PR.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya, perkara itu turut digesa oleh pengundi "atas pagar" supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri.

"Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?," katanya.


Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Anwar dengan angkuhnya menjawab dalam Bahasa Inggeris “Mind your own business,” atau jaga tepi kain sendiri kepada Khairy mengenai isu kabinet bayangan itu.

“Khairy sepatutnya terus fokus pada tugas beliau sebelum masuk campur urusan PR,” kata Anwar yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan dipetik TMI.

Khairy berkata bukan beliau atau Barisan Nasional (BN) yang bangkitkan isu kabinet bayangan tetapi ia dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan yang membuat kenyataan itu dan disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menurut Nasrudin, adalah penting untuk PR mengeluarkan senarai kabinet bayangan supaya jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara kabinet berkenaan boleh terus berfungsi segera kepada rakyat.

“Adalah penting untuk satu kabinet bayangan oleh PR, katakanlah pada satu hari bila PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan, kita akan dapat menyampaikan khidmat dengan segera kepada rakyat,” katanya dalam satu temubual dengan The Star Online.