Sunday, October 13, 2013
Kemenangan Solid KJ Bukti Perpaduan Dalam Pemuda UMNO @Khairykj #PemilihanUMNO
Ucapan setinggi tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang telah mendapat kemenangan besar bagi mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Umno susulan pemilihan sayap-sayap Umno yang berlangsung semalam.
Kemenangan ini merupakan satu petanda yang baik dari segi jentera di peringkat akar umbi kerana Pergerakan Pemuda merupakan nadi dalam perjuangan memenangkan Barisan Nasional.
Menepati jangkaan awal, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan penguasaan masing-masing bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno.
Shahrizat dan Khairy sekali lagi diberi mandat oleh perwakilan untuk terus menerajui kedua-dua sayap Umno itu bagi penggal kedua apabila masing-masing diumumkan mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 100 dan 97 undi.
Keputusan rasmi pemilihan sayap Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazal kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad.
Sementara itu dua lagi pencabar jawatan Ketua Wanita Umno iaitu Datuk Maznah Mazlan setakat ini hanya mendapat tujuh undi manakala Raihan Suleiman masih belum mendapat undi.
Bagi Pergerakan Pemuda, Khairy diumumkan menang bergaya setelah menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Kesemua pencabar Khairy tidak mendapat undi sehingga keputusan rasmi tersebut diumumkan,
Menerusi sidang media terakhir pengumuman keputusan terkini pemilihan tiga sayap Umno itu yang dibuat kira-kira pukul 4 pagi Ahad, Tajol turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.
Mas Ermieyati menang setelah mendapat 96 undi menewaskan pencabarnya, Jamilah Hanim Othman.
Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.
Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.
Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.
Melalui sistem pemilihan 'Electoral College' yang digunakan Umno pada pemilihan kali ini, setiap bahagian akan memberikan satu undi untuk seorang calon bagi setiap jawatan.
Kaedah ini memberi suara lebih besar kepada anggota dari 191 bahagian memilih kepimpinan parti ke arah menjadikan Umno lebih telus dan demokratik.
Saturday, October 12, 2013
Unoffical : KJ 115, Akhramsyah Kecundang Dibahagian Sendiri
Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian.
Tak rasmi KJ 115. Pencabarnya 0 undi. Akramsyah Sanusi tak dapat undi bahagian sendiri Langkawi. Juga Kubang Pasu dan Jerlun.
[Photo] Rembau Bahas Usul Politik, Sokongan PRU-14 @Khairykj #PemilihanUMNO
Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu antara usul yang dibincangkan dalam Mesyuarat Pergerakan Permuda UMNO Bahagian Rembau ini adalah berkaitan soal perkasa politik.
Kata beliau, salah satu yang diberi keutamaan ialah cara mana Pemuda UMNO dapat mencari keserasian dalam menilai semula kelemahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan mencari formula bagi memastikan kemenangan pada PRU-14.
"Usul biasa, lagipun ini adalah tahun pemilihan, tumpuan kita adalah kepada pemilihan ini. Namun, kita tidak pula mengalpakan usul yang dibawa.
"Ada usul politik, kita bercakap soal tahap mana sokongan pada PRU-13 lalu dan apakah strategi yang perlu diambil untuk berhadapan PRU-14. Ini kita bincangkan bersama dengan serius,'' katanya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Okey brader-brader... Gua stop kat sini saja untuk hari ini.... jika ada kesempampatan wa akan update posting.... Sekarang hendak gerak ke PWTC! Kita jumpa disina....
Hmeemm! Dengar khabar berita baik buat KJ!
Subscribe to:
Posts (Atom)