Sunday, January 22, 2012

Program Hancur, Mahu Tutup Malu... Chegu Bard Tuduh Pemuda UMNO Serang Ceramah Mat Sabu!


Sudah terdesak, mahu cari publisiti murah... Chegu Bard tuduh Pemuda Umno dalang pergaduhan di ceramah Mat Sabu... Malangnya tuduhan tersebut dibuat dengan tanpa bukti yang kukuh... 

Inilah politik murahan yang di amalkan oleh puak pembangkang... main tuduh dan tunding jari kepada orang lain jika berlaku perkara yang tidak di ingini...


Petikan dari Sinar Harian: Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Apa sebenarnya yang berlaku? hanya 100 orang sahaja yang hadir di ceramah tersebut... amat memalukan... adakah kerana dengan sambutan hambar ini Chegu Bard terpaksa menukar ke plan B...

Plan B.. Roger kawan-kawan datang buat kecoh lepas tu tuduh ini kerja Pemuda UMNO! Tutup malu!

Video Pergaduhan Di Ceramah Mat Sabu Dan Hindraf


Berlaku pergaduhan semasa ceramah Mat Sabu di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA), malam tadi. Seperti biasa puak ini akan menuduh ini semua kerja orang UMNO. Biasalah kalau program dia orang dah kena sabotaj, UMNO yang kena... Yang jahat itu semua nya UMNO, dia orang semuanya baik-baik belaka!

Drama bermusim....

Saturday, January 21, 2012

Nasi Lauk You Never Taste Before ! 你从来没吃过的咖哩饭!Gong Xi Fa Cai


CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before !
贺年短片—你从来没吃过的咖哩饭!

Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang
Selamat Tahun Baru Cina
Happy chinese new year

一份简单的人情味,混合浓浓的咖哩味
调出不简单的爱心
祝福大家新年快乐 万事如意

Video 新年快乐 Happy Chinese New Year MCA Buat DAP Kepanasan


Video MCA belasah DAP yang 'hanya pandai bercakap'


Video selama satu setengah minit yang dimuat-naik oleh ibupejabat MCA tiga hari lalu, secara tersirat dilihat seolah membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya.


Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur berbahasa Cina, sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru
Cina Isnin ini.

Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik. Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru.

Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP.

Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah.


Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak."

Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut.

Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut.

"Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil engambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding.

Plak tersebut memaparkan beberapa slogan MCA seperti 'MCA kerja untuk Pendidikan' dan 'Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA'

Video itu berakhir dengan keluarga tersebut menikmati makan malam bresama, serta ucap selamat dari MCA. -Mkini

Ezam: ‘Anwar, Azmin, Kak Wan Tetap Musuh Saya’


Ezam Mohd Noor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali kekal sebagai musuh.

Bekas ketua AMK itu mahu ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu memohon maaf kepada beliau dan keluarganya.

Anwar adalah ketua Pakatan Rakyat, Dr Wan Azizah isterinya adalah presiden PKR dan Azmin, timbalannya.
“Mereka tahu apa yang saya ketahui dan mereka tahu kebenaran,” kata senator lantikan Umno Selangor.

Dalam satu temubual di sini, Ezam mendakwa, Dr Wan Azizah yang kini presiden PKR bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Azmin mendapat sokongan kuat Anwar, kata Ezam.

“Azizah tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Azmin kerana hal-hal peribadi,” tambahnya.


Keluarga Anwar

Ezam berkata, beliau dan keluarganya menjadi sebahagian keluarga Anwar ketika Anwar dipenjarakan enam tahun atas salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ezam yang ditahan ISA selama dua tahun pada 2001 tegas mengatakan enam kotak bukti rasuah kerajaan berada dengan Anwar.

“Saya tidak mengetahui isi kandungan kotak-kotak tersebut. Tetapi Dr Wan Azizah memberitahu saya 10 tahun lalu,” kata Ezam.

Isu kotak itu, menurut bekas orang kuat PKR, turut tercatat dalam penulisan pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang bertajuk Politik Perlembagaan.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan liwat ke atas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ezam sebaliknya percaya mahkamah telah membuat keputusan yang salah. -FMT