Sunday, January 1, 2012

Demo UPSI: Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...


Minggu depan nak exam... Mak bapak hantar korang masuk Universiti untuk belajar, jadi anak-anak yang baik... berkhidmat untuk negara dan kerajaan... yang korang pergi pecahkan kepala korang pesal bro... memang sah korang ni keras kepala! ni semua sebab dah terpengaruh dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim...


Kira-kira 20 pelajar ditahan polis dan seorang cedera dalam demontrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.



Polis bersama FRU bertindak menahan ketua demo sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak menolak, pelajar biadap dikatakan bertindak ganas dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI pecah. Manakala Adam Adli juga dilaporkan ditahan polis...

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Safwan Anang (menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor) meniru taktik Anwar Ibrahim Untuk tunjuk pada rakyat kononnya polis lah yang jahat dan mengasari Safwan sampai berdarah mulut?.


Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Memang Safwan pandai berlakon, masih ingat cerita Mastura yang tiba-tiba hilang dari kampus? sila rujuk di sini...


Lakonan yang berlaku pada 9 Julai 2011? Anwar Ibrahim terbaring di katil kerana mendakwa polis mengasarinya di KL Central. Kenapa mereka mahu perangkap pihak polis??? Apa yang terjadi di negara luar apabila polis terperangkap dengan permainan kotor mereka? Fikir-fikirkan...

Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini...

Raja Petra Kamarudin Sifatkan Anwar Ibrahim Lelaki Gay



Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.

Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.

Ikuti wawancara bersama Raja Petra Kamarudin..



Sumber: Utusan

Saturday, December 31, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012



Pesanan dari BlackBerry Messenger : Peringatan untuk semua ! Minta sebarkan kepada lain-lain juga. Jangan masuk toilet pada pukul 11:59 malam ini (31/12/2011) kerana anda akan keluar daripada toilet tersebut pada tahun depan 2012!! :D

Opppsss.. biar keluar toilet tahun depan dari tahan kencing sampai tahun depan bro...

Kepada rakan rakan blogger, pembaca setia yang banyak menyokong perjalanan blog aku ini, aku ucapkan jutaan terima kasih, moga kita akan terus diberi keizinan berkongsi nasihat, pandangan, cerita suka, duka, pahit, manis, didalam dunia maya yang penuh dugaan. Moga niat baik kita akan direstui yang Maha Esa dan moga kalian akan diberkati Allah swt amin... Akhir sekali...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

60 Orang Sertai Demo Di KLCC


Kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.

Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".


Kumpulan ini kemudian di halau... diminta beredar dari situ kerana menghalang pergerakan orang ramai.

Bagi aku ini semua adalah kerja bodoh... apa selama hari ini Malaysia tak aman ke? tiada demokrasi di Malaysia ni ke?
Ataupun dia orang ni semua bukan orang Malaysia kot...

Sempena tahun baru ni.. Buat la benda yang berfaedah sikit..

Muhyiddin Sertai ‘Countdown’ 2012 Di I-City Malam Ini


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyertai acara pengiraan detik menjelang Tahun Baru 2012 malam ini sempena Karnival ‘Sayangi Selangor’ di i-City di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin dijangka tiba pada 10.45 malam untuk beramah mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan acara pengiraan detik Tahun Baru.

“Orang ramai dijemput membawa keluarga masing-masing menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan di Karnival Sayangi Selangor termasuk sambutan Tahun Baru 2012 mulai 9 pagi ini.

“Pelbagai acara menarik untuk semua peringkat umur disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Karnival empat hari itu itu dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor dengan tujuan menterjemahkan sokongan rakyat negeri itu kepada BN.

Mohd Zin berkata karnival itu juga boleh dianggap sebagai sambutan ambang tahun baru terbesar pernah diadakan di Selangor mahupun di peringkat nasional.

Katanya antara acara yang disediakan sepanjang karnival itu ialah pertunjukan bunga api, belon udara panas, bola sepak jalanan, pertandingan gendang, karakter kartun ‘Sponge Bob’ bertemu peminat, permainan kanak-kanak ‘Soppa Doopa’, muzik belia serta persembahan artis popular Akademi Fantasia dan Malaysian Idol seperti Adam, Yazir, Suki dan Daniel.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menyaksikan tarikan terbaru di i-City seperti ‘Ferris Wheel’ gergasi yang pertama kali ditempatkan di taman tema itu selain produk lain seperti ‘Snowhouse’, ‘Spacewalk’, ‘Superswing’, ’2-tier Carousel’, ‘Circus’, ‘Bumper Car’ dan Kapal Lanun.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk ke tapak karnival, katanya.-Umno-Online

Nurul Izzah Calon PM... Azmin Ali Gigit Jari Lagi....


Sudah pasti orang yang sakit hati mendengar berita ini ialah Azmin Ali... Ini kerana Anwar pernah berkata, orang yang paling layak menerajui parti PKR ialah Azmin Ali. Kenyataan tersebut masih tersemat di hati Azmin...

Azmin sepatutnya berasa malu kerana kekuatan Izzah kini dilihat dua kali ganda dari Azmin... Biar putih tulang jangan putih mata Min...

Petikan dari Utusan... Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Puak Haram Akan Buat Demo Di Dataran Merdeka Malam Ini !


Tak habis-habis puak haram ni nak buat kacau, kecoh turut menganggu ketenteraman awam... Kehadiran orang ramai bersama keluarga ke Dataran Merdeka Malam ini ialah untuk bergembira menyambut tahun baru 2012..

Yang puak haram ni nak buat kacau apa hal? Agak-agak lah kalau nak berpolitik... Ini Malaysia bukan negara barat... so... tak payah la nak tiru budaya barat untuk mengugut kerajaan!


Penganjur flashmob 'V for Merdeka', akan hadir di Dataran Merdeka pada jam 11 malam 31 Disember 2011.

"Kami meminta semua hadir memakai topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem 'V for Vendetta'," kata pihak penganjur dalam satu posting di Facebook.

Menurutnya, flashmob itu berbentuk partisipatif, secara simbolik ekpresi ketidakpuasan hati terhadap segala bentuk ketidakadilan dan peristiwa anti-demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

"Kita mahu suarakan cukup sudah, masa untuk demokrasi sebenar sekarang, pada tahun 2012!" katanya lagi.

Objektik mereka, menurut pihak penganjur, ialah:

1. Untuk menuntut semula ruang awam dan menuntut semula Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan demokratik untuk semua rakyat berhimpun secara bebas dan aman;

2. Untuk mempertahankan dan menuntut semula hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman, hak untuk memprotes dan hak untuk menduduki ruang awam;

3. Untuk membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

4. Untuk menunjukkan solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi mereka pada tahun 2011;

5. Untuk menunjukkan azam kami dalam menjadikan 2012 tahun perubahan sebenar demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Ini semua rancangan jahat Anwar Ibrahim dan Am babiga!

Kaka Pemain Real Madrid Memeluk Agama Islam?


Dikhabarkan bahawa bintang bolasepak pasukan Real Madrid, Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di sebuah masjid di Dubai.

Berita gembira ini disebarkan melalui laman sosial facebook milik individu-individu berbangsa arab yang mengatakan pemain bola sepak terkenal ini telah memeluk agama islam.


Tulisan jawi di atas membawa maksud lebih kurang macam ni... Berita pemain Brazil Kaka cemerlang dalam Islam... Allah adalah hebat ....wahai Kaka Juanja Islam adalah agama yang benar.


Namun aku masih tidak dapat mengesahkan akan kesahihan berita ini... jika benar ia adalah yang paling disukai Islam dan umat Islam, alhamdullilah Kaka.... Amin

Sumber gambar klik di sini dan di sini...

Biadap! Lima Kepala Babi Di Pintu Masjid Johor


Kalau nak sabotaj negeri Johor sekali pun agak-agak la... Siapa yang buat kerja ni, memang bangsat betul? Islam adalah agama rasmi negara kita so... jangan nak mainkan hal ini untuk kepentingan politik! Harap polis berjaya menangkap manusia biadap tersebut.

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi semalam.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid berkenaan.


Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang kemarin di masjid yang sama.


Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Bebaskan Anwar 901, Pemuda Persoalkan Sikap Majlis Peguam


Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.

"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. -Bernama