Sunday, July 24, 2011

Anwar Sudah Liabiliti, Tapi Masih Diperlukan Bukan Melayu..



“Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalahliabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka”, kata Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World).
Dr Chandra, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional mengakui faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan faktor kemenangan pembangkang menafikan penguasaan 2/3 BN di Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.  Namun menurut pemerhatiannya, selepas tiga tahun pemerintahan pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka, persepsi rakyat mula berubah.
“(Sebelum Pilihan Raya Umum 2008), masyarakat menganggap, dia ini (Anwar) berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.
“Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran”, katanya.
Namun menurut pengamatannya, walaupun semakin ramai masyarakat mula mengubah fikiran, perkara itu lebih efektif berlaku dalam masyarakat Melayu, sebaliknya dalam masyarakat bukan Melayu masih setia bersamanya, bukan kerana faktor Anwar, tetapi berasaskan faktor lain.
“Mereka (bukan Melayu) menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
“Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata.
“Mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain”, katanya.
Ikutilah wawancara selengkapnya di antara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Adakah penerimaan masyarakat dalam kes liwat II sudah berubah, jika dibandingkan dengan kes I ?
Dr Chandra : Golongan pertengahan lebih sedar.
Maksudnya ?
Kerana kalau dibandingkan kes Saiful dengan kes tahun 1998, kes sekarang ini, buktinya lebih kukuh. Jauh lebih kukuh. Mungkin itu faktor utama.
Pihak pendakwa juga lebih menyakinkan dalam mengendalikan perbicaraan.
Lagipun, saya nampak selepas ‘Peristiwa 16 September,’ ramai di kalangan kelas menengah sudah mula kurang mempercayai Anwar.
Di kalangan kelas menengah?
Ramai kurang percaya kepada Anwar terutamanya masyarakat Islam..Melayu… Apa sebabnya?
Sebabnya kerana mereka menganggap ini permainan politik kotor Anwar. Dia (Anwar) sudah menang. Dia berjaya menafikan 2/3 BN di Parlimen.
Jadi kenapa lagi dia nak menggulingkan BN dari politik pintu belakang ?
Mereka sudah mula meragui. Mereka sudah mula bertanya soalan, apa dia punya permainan politik.
Dua peristiwa inilah yang membawa kepada perubahan. Satu, ‘Peristiwa 16 September.’ Kedua, kes Saiful.
Yang mendorong penilaian semula masyarakat kepada Anwar?
Ya. Sokongan kepada Anwar sudah merosot sekarang. Sebab itu, dia cuba menghidupkan sokongannya semula.
Adakah Anwar berjaya mencipta dirinya sebagai manusia baru seperti Obama, Presiden Amerika Syarikat. Atau sebenarnya dia sudah menjadi liabiliti. Buat apa cara sekalipun, memang sudah tidak menjadi ?.
Pada hemat saya, dia sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema sekarang ini.
Kenapa pembangkang dilema ? Ini yang saya nak tegaskan.
Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema.
Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka.
Mereka tahu, dia (Anwar) ini adalah satu bebanan, tapi mereka memerlukan Anwar kerana dengan hanya Anwar yang boleh menyatukan pakatan dua parti pembangkang, PAS dan DAP.
Hanya dia yang dapat menyatukan dua-dua parti itu. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota daripada mereka, tidak terima.
Begitu juga dengan Pas, kalau mereka buat hubungan secara langsung dengan DAP, juga bermasalah.
Jadi, kedua-dua pihak memerlukan orang tengah. Orang tengah itu adalah Anwar Ibrahim.
Dengan DAP, mungkin mesejnya lain. Dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai.
Dalam pilihan raya 2008, memang faktor utama adalah Anwar Ibrahim. Masyarakat menganggap, dia ini berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.
Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran.
Namun, pada pendapat saya, Anwar masih merupakan satu problem di negara ini.
Masih menjadi problem?
Masih..masih. Saya tidak berani mengatakan sebahagian besar, saya katakan sebahagian daripada bukan Melayu, mereka perlukan Anwar. Kenapa Anwar diperlukan ?
Kerana mereka perlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka. Sebab itu mereka sokong.
Nampaknya trend bukan Melayu khususnya orang Cina kuat menyokong Anwar ?
Ya..ya.. terutamanya masyarakat Cina. Itu betul. Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
Sebahagian daripada masyarakat Tionghua itu, mereka tak kisah. Mungkin pada fikiran mereka, itu rekaan atau itu soal peribadinya.
Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka.
Adakah mereka menganggap Anwar adalah Al Masih, sebagai penyelamat ?
Sebahagiannya. Tetapi saya tengok, mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain.
Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka.
Tuntutan-tuntutan mereka untuk mencapai sesuatu. Mereka gunakan Anwar untuk againstBN. Itu yang mereka mahu.
Termasuk persatuan Kristian yang Anwar berunding secara gelap untuk mencapai matlamat yang sama?
Itu saya kurang pasti, tapi pada keseluruhannya, saya fikir sebahagian daripada masyarakat bukan Melayu, menganggap Anwar sebagai satu perkakas atau peluang yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik mereka.
Matlamat politik mereka itu mungkin tentang kuasa politik, kedudukan ekonomi mereka, soal pendidikan, biasiswa dan sebagainya.
Kalau mereka mahu kepada perubahan dasar-dasar tertentu, inilah caranya, gunakan Anwar, kerana Anwar boleh mencabar kedudukan BN, dan BN akan memberi konsensi yang lebih kepada mereka.
Selain daripada itu, ada juga di kalangan mereka menganggap dia sebagai ‘mujarab’ untuk segala penyakit-penyakit masyarakat dan sebagainya, mungkin. Tetapi lebih daripada itu, mereka menganggap dia sebagai perkakas.
Dan dia pula menggunakan mereka sebagai perkakas juga.
Saling menggunakan?
Ya..ya. dia mahu mencapai matlamatnya. Matlamatnya jelas.
Anwar pernah menjadi Presiden ABIM, dan Prof pernah menulis buku ‘Kebangkitan Semula Islam di Malaysia’ pada tahun 1987 yang menggambarkan sejarah penglibatan Anwar pada tahun 70-an. Adakah ini bertentangan dengan apa yang berlaku sekarang ini ?
Dalam buku saya, peranan Anwar hanya sebahagian kecil. Saya kaji environment yang lebih luas lagi.
Dalam mengkaji kebangkitan semula Islam di Malaysia ini, kita tidak boleh menafikan peranan Anwar  sebagai Presiden ABIM dan dari segi retoriknya.
Memang betul apa yang saudara katakan, Anwar semasa dasawarsa 70-an, dasawarsa 80-an, termasuk selepas menyertai BN, Anwar dahulu berbeza dengan Anwar sekarang.
Berbeza..memang berbeza.
Dari segi politik perjuangannya berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui ABIM sebagai wadahnya dan beberapa pertubuhan Islam antarabangsa, WAMY dan sebagainya.
Pendiriannya dalam soal-soal tertentu, dahulu dan sekarang jauh berbeza.
Tetapi sekarang, pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal.
Politik liberal?
Ya. Politik liberal. Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia.
Kalau kita tengok karier kerjaya politiknya, pada peringkat awal, hujung tahun 1960-an dan dasarwasa 1970-an, dia lebih mirip kepada kemelayuan. Persatuan bahasa Melayu, menentang penggunaan bahasa Inggeris…
Lepas itu, Islam. Sekarang pula sebagai liberal.
Ini yang dimaksudkan sebagai chameleon, berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi.
Sebab itulah kita sering tanya, apa pendirian sebenar Anwar ? Apa pegangannya ? Apa politiknya ?
Kalau kita banding dengan Dr. Mahathir, kita tahu, dari dulu dalam soal-soal antarabangsa tertentu, Dr. Mahathir tak ubah.
Konsisten…
Konsisten. Semasa dia doktor, sebelum masuk politik, semasa dia masih belajar di universiti, pendiriannya sama.
Ada juga yang mengkritik saya tentang pendirian dan peranan saya. Saya kata, dalam semua isu yang saya terlibat dari dulu hingga sekarang, saya tak ubah.
Politik antarabangsa, politik tempatan, dulu pun saya pegang pada prinsip-prinsip tertentu tentang hak asasi manusia, ekonomi dan sebagainya, saya tak ubah.
Hanya dalam satu perkara yang saya ubah iaitu Anwar Ibrahim.
Dalam kes Anwar Ibrahim, dulu saya sokong, sekarang saya menentang. Dan saya takapologized. Kerana ubah prinsip itu saya tak apologized kepada mana –mana pihak dan saya berpendapat pendirian ini berteraskan pada prinsip.
Kenapa saya ubah? Kerana saya telah sedar. Masa saya masuk parti dan dapat lihat dia dari dekat, politiknya, maka saya buat kesimpulan, bahawa dia ini adalah manusia yang saya tidak boleh sokong.
Bukan soal peribadi, moralnya semata-mata, tetapi banyak lagi faktor-faktor lain.
Itupun dalam soal moral, kalau kita fikirkan, kenapa dia ini jadi begitu…Kalau orang lain, walau ada sedikit bukti pun, mesti akan letak jawatan.
Letak jawatan…
Saya fikir, Anwar ini seperti satu kes yang istimewa. Adakah manusia lain seperti Anwar. Tak ada. Tak ada.
Maksudnya…
Kita lihat sejarah seluruh dunia pun tak ada. Kalau di Korea, China, India, Amerika Latin, pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam kes moral ini, akan meletak jawatan terus.
Walaupun mereka mempertahankan diri di mahkamah, tetapi mereka meletak jawatan.
Tapi, dia ini (Anwar)… terus menafikan dan bertahan. Jadi, dia bukan seperti pemimpin lain. Dia ini luar biasa…luar biasa..
Yang sedihnya, isterinya sama. Terus mempertahankan suaminya. Itu pun saya tak faham. Jadi, dia pun isteri istimewa. Itu yang YB Zulkifli Noordin cadangkan dia (Azizah) sebagai ‘Presiden Kelab Isteri-isteri Taat’.
Adakah Prof melihat Anwar tidak mahu meletak jawatan atau berundur dari politik kerana tidak mahu dilihat hilang fungsi seperti yang Prof katakan bahawa Anwar hanya ada dua kepakaran ?
Ya betul, dia mungkin akan hilang fungsi. Fungsinya dua aspek sahaja, demonstrasi dan pidato. Jadi kalau dia berundur, apa fungsinya lagi ?
Sebagai seorang pemikir, dia tak ada fungsi. Sebagai perancang dasar atau mencanangkan idea-idea, dia juga tak ada fungsi.
Sebab itu, dia bertegas, selagi mana dia boleh tepis dia tepis tentang kes-kes moral dan sebagainya kerana dia tak boleh lari dari berpolitik dalam hidupnya?
Dan mungkin juga kalau kita tengok pada politiknya, cita-citanya nak menjadi Perdana Menteri ni…
Besar…
Besar. Besar.
Kalau nak dikatakan sebagai cita-cita tu, saya kira tak begitu tepat, lebih tepat bernafsu. Nafsunya mesti menjadi Perdana Menteri.
Kalau kita bandingkan dengan orang lain, bandingkan dengan Dr. Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Najib, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Saya ada buat sedikit kajian tentang perkara ini walaupun saya belum lagi menulis secara mendalam tentangnya.
Dari zaman Tunku, saya nampak mereka ini tidak bernafsu untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
Seperti Tunku, dia menjadi Presiden UMNO bukan kerana dia mengejar jawatan itu. Kerana Datuk Onn Jaafar undur, dia dipujuk oleh Tun Razak untuk menjadi Presiden.
Kita tahu sikap Tunku, Tunku tidak mahu menjadi Presiden tetapi Tun Razak berpendapat, inilah manusia yang paling sesuai kerana dia anak raja, ada kedudukan dalam masyarakat sebagai pendakwaraya dalam bidang undang-undang.
Tun Razak pun begitu. Dia sabar, sungguh sabar sebelum dapat menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia bantu Tunku. Dia tidak gulingkan Tunku.
Begitu juga Tun Hussein Onn. Dia pun bukan manusia yang mengejar jawatan. Dia menjadi Perdana Menteri sebab kedudukannya sebagai orang nombor dua. Bila ada (pergolakan) dalam parti, dia pun berundur secara terhormat.
Dr. Mahathir, dari penglibatannya di bangku sekolah lagi, dia sudah aktif. Dia juga tak rancang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia jadi Perdana Menteri kerana dipilih oleh Tun Hussein Onn.
Tak ada perancangan secara tersusun untuk jadi PM ?
Tak ada. Tak ada. Memang baginya, soal ekonomi Melayu itu penting. Kalau kita tengok Dr. Mahathir, dia selalu tulis dan bincang isu-isu ini.
Pak Lah pun jadi PM, dia tak rancang.
Dan Datuk Seri Najib pun dah berapa lama dalam parti. Dari umurnya, 23 tahun lagi. Dia jadi PM, ketika umurnya sudah 57 tahun.
Tetapi, yang seorang ni.. maksud saya, Anwar Ibrahim…dia cepat-cepat nak jadi PM. Masuk sahaja UMNO, dia buat macam-macam perancangan. Dia mengenepikan Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Tun Ghafar..
Macam-macam yang dia buat, kalau kita kaji sejarah secara mendalam.
Krisis-krisis yang berlaku dalam UMNO itu, yang Anwar masuk itu, dalam beberapa aspek itu, memang dia terlibat. Memang dia terlibat.
Saya fikir, dia mahu mencapai matlamatnya. Jadi, saya nampak, dia ini, memang seorang manusia yang benar-benar bernafsu untuk menjadi PM.
Seolah-olah mengenepikan kekuasaan dan ketentuan Allah swt?
Ya..ya. Kerana ada kuasa yang lebih besar menentukan segala-galanya. Semacam dia mengenepikan faktor itu.
Kita selalu solat hajat, dari dulu semasa Anwar ditahan (1998) … Jadi, kalau kita lihat dari sudut itu, soal kuasa besar itu yang menentukan segala-galanya.
Setiap kali solat hajat, harapannya supaya Anwar jadi PM. Lepas itu Anwar dipenjarakan…Solat hajat lagi..keluar pula kes Saiful, solat hajat lagi..keluar pula video seks. Jadi, apa keputusannya ?
Keputusannya, semua itu memang kuasa Tuhan.
Setiap kali solat hajat, inilah hasilnya. Jadi, itu adalah keputusannya.
Sumber-AIDC

Muhyiddin : Paparan Video PDRM Tulen

Rakaman video pada perhimpunan haram 9 Julai lalu, yang dipaparkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman sahih dan sah bertujuan mendedahkan situa­si sebenar dan bukannya bermotifkan politik.



Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan dakyah pembangkang berhubung rakaman video PDRM itu.

“Kita harus terima dengan yakin kredibiliti video polis itu, jangan kita yakin dengan video dipaparkan media alternatif, dalam YouTube misalnya, yang jelas banyak mengubah kandungan,” katanya pada Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Muhyiddin meminta polis menyiarkan video itu supaya rakyat boleh lihat dan nilai sendiri.
Menurutnya, polis me-nyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau dicedok dari mana-mana pihak, berbeza dengan pembangkang.

“Video itu menjawab beberapa isu dibangkitkan pembangkang, termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda, kononnya dilanggar kenderaan polis semasa perhimpunan haram itu.

“Jadi, kalau ketua parti Pas berbohong, bagi Pas pembohongan itu halal kah,” tanya Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, pe-mimpin Pas itu mungkin terjatuh atau sebagainya, tetapi ia sama sekali bukan kerana tindakan polis.

Mengenai laporan Moha-mad Sabu akan failkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kekasaran polis terhadapnya, Muhyiddin berkata: “itu hak dia”.

Menurutnya, video itu menjawab mengenai tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shin yang dijadikan isu sesetengah pihak serta insiden kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.


Saturday, July 23, 2011

8 Orang sahaja Yang Hadir Ceramah Bersih 2.0 Chegu Bard

Hanya 8 orang sahaja yang hadir di Majlis ceramah Chegu Bard di Taman Rantau, Negeri Sembilan, selebihnya kelihatan budak-budak SAMM diarahkan untuk duduk memenuhi ruang kerusi yang kosong.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perangai Chegu Bard yang suka memutar belitkankan fakta dan sering menabur fitnah disetiap ceramahnya.

Orang kampung pun dah meluat nak dengar ceramah Chegu Bard... Ok besok aku akan update full story dan gambar lagi...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone