Monday, February 27, 2012

Tiga Hari Watiwani Bermalam Di Bilik Ostaz Badrulamin - Saksi


Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah.

Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.

Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beerapa rundingan dengan Badrulamin gagal.

Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu.

-Sungai Rapat Online

Nurul Izzah Dihalau, Beri Ceramah Di Felda Lepar Hilir


Kehadiran Pakatan Rakyat memberi ceramah malam semalam tidak disenangi oleh masyarakat di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Dikhabarkan Nurul Izzah di halau keluar dari Felda tersebut.

Sedar-sedarlah sikit rakyat dah bosan dengan lakonan dan penipuan dari Pakatan pembangkang, jadi tak usahlah nak buat ceramah di seluruh negara... buang masa saja!

Bila dah jadi perkara buruk seperti ini... macam biasala, mereka mula menuduh Umno yang hantar samseng... Umno juga yang salah! Ustaz PKR kena tangkap khalwat pun Umno jugak yang salah!

PKR dah tak ada modal! rakyat tolak mereka, Umno juga yang salah! Apa celup!

Menurut portal Keadilan Daily, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.



“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Nik Nazmi dipetik organ rasmi PKR itu.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya,” katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

Sunday, February 26, 2012

PKR Mahu Badrul Amin Dipecat Dengan Segera


Macam biasa la... bila kena batang hidung Pembangkang semuanya jadi tak profesional!

PKR mahu Badrul Amin disiasat secara profesional

PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrul Amin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan dengan seorang wanita, disiasat secara profesional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional

"PKR mengambil maklum bahawa Dr. Badrul Amin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012 (semalam).

"Justeru, PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.

Badrul Amin, 51, dijangka akan hadir di pejabat Jaip esok.

Himpunan Hijau Syok Sendiri...


Himpunan Hijau anjuran pakatan pembangkang di Kuantan pagi Ahad untuk membantah kilang Lynas nyata 'gempak lebih'.

Secara keseluruhan dari pemerhatian kehadiran di himpunan itu yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.

Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.

Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.

Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.

Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.

Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.

Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.


Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu

Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.

Beliau antara lain berjanji akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.


Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.

Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.

Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear secara terbuka kata projek itu selamat.

Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Sekinchan,Selangor berkata projek Lynas adalah selamat.

Menurut beliau pembangkang cuma main isu itu untuk memancing undi.

Menterii Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula menilai Himpunan Hijau sebagai satu ' demo-tourism' yang jana ekonomi bagi pengusaha dan peniaga.

Dalam kenyataannya mengulas himpunan berkenaan beliau juga kata gerakan anti-Lynas yang berselindung disebalik Himpuan Hijau sudah tidak laku.

"Rakyat tidak percaya kepada pembangkang yang menabur cakap kosong pada setiap masa dan setiap tempat,"katanya.

Apapun baginya himpunan itu membuktikan demokrasi sihat dan sesiapapun boleh berhimpun dan bersuara asalkan tidak langgar undang-undang.

Beliau memuji pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan yang bertindak adil dan profesional memastikan perhimpunan berjalan lancar.

-Agendadaily

Badrul Amin Nafi Laporan Ditangkap Tapi Kena Cekup Je!


Biasa la... orang kalau dah buat jahat mana nak mengaku... sebab itulah ajaran yang di bawa oleh Imam Mahdi (gelaran yang di beri kepada Anwar Ibrahim). di bawah penjelasan dari Badrul Amin...

UMNO jugak yang dipersalahkan!

Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya."

Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.

Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya.

"Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi.

Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik."

Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik.

Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya.

"Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini," katanya lagi.

Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.

Ibu Pejabat PKR Kedutaan Israel?


Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo kemarin.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.

Ustaz Setan Bagi Kuliah Seks Dalam Bilik Hotel Pukul 3 Pagi!


Pukul 3 pagi bro... bukan 3 petang! Hebat Ustaz Setan PKR ni... Kalau beri ceramah dia lah orang yang paling baik dan alim sekali konon... Tapi bila dalam bilik hotel dia lah BAPAK SETAN!


Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Saturday, February 25, 2012

Pasangan Khalwat Ustaz Badrol Amin Berstatus Isteri Orang!


Terkini maklumat yang diterima mengatakan pasangan khalwat Badrol Amin adalah wanita bernama Zitawani yang bertugas sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin yang mana masih berstatus isteri orang.

Suami wanita tersebut bernama Fazli Pungut.

Berita terdahulu, Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti.

Sekarang ini dikatakan sedang kecoh dikalangan ahli PKR Pahang.

Geng Mat Sabu Jugak!

Ustaz Badrul Amin Di Tangkap Khalwat


Terkini:
Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti.

Sekarang ini dikatakan sedang kecoh dikalangan ahli PKR Pahang .Beliau terkenal apabila menggelar mantan mufti Perlis sebagai bapak setan.

Selanjutnya klik > Pisau

Isu Kilang Lynas: Khalid Samad Buat Lawak Bodoh Pulak....


Bila mengambilkira hidup mati politiknya para pemimpin PAS boleh jadi ' professor serba tahu' sekelip mata. Pandangan pakar 'boleh belah'.

Terbaru isu kilang Lynas dimana pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat ,Dr Rosli Che Mat, seorang saintis nuklear tidak dipedulikan kerana terkinja-kinja hendak mengekor puak-puak PKR dan DAP memekak di Perhimpunan Hijau di Kuantan Ahad ini.

Sebelum ini satu dunia tahu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang 'pandai-pandai' tolak analisa pakar luar negara yang dapati video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim 99.9 peratus tulin - dengan isytihar video besi, tak boleh jadi bukti.

Kerana politik puak yang pakai topeng agama ini sanggup pusing segala macam termasuk memperbodohkan ahli mereka sendiri.

Kesian Dr Rosli yang belajar tinggi-tinggi diperlekehkan begitu sekali.Mungkin beliau terpaksa memendam rasa kerana ada 'bai'ah' yang mengikatnya.

Jumaat keadaan yang melucukan berlaku di depan semua wartawan yang menghadiri sidang akhbar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mencabar Datuk Dr Hasan Ali beritahu siapa yang taja NGO Jati pimpinannya.

PAS memang dah 'geli' habis dengan Dr Hasan kerana mendapati ceramah-ceramahnya di seluruh negara yang membongkar kongkalikong PAS dihadiri ribuan orangramai.

Dalam usaha untuk menjejaskan kredibiliti Dr Hasan beliau cuba nasib bangkitkan soal sponsor.

Kalau anak jantan sangat dan pejuang Islam tulin.. Khalid sepatutnya juga kena berani tanya Timbalan Presiden PAS Mat Sabu : ' betul ke bang Mat ...itu suara bang Mat dalam rakaman perbualan berahi gile dengan Normah".

Beliau juga kena berani tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ," betul ke bang...yang dok berentap dengan China doll itu...abang Nuar ke."

Namun Khalid cuma takat berani usik Dr Hasan saja.

Sepatutnya Khalid peduli apa kalau ada pihak yang percaya pada perjuangan Dr Hasan nak sponsor beliau.

Ada juga pihak yang bertanya siapa yang sponsor PAS beli bangunan ibupejabatnya di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur.

Cakap-cakap berlegar di kedai-kedai kopi mengatakan ada orang korprat yang sponsor PAS beli bangunan itu.

Soalnya kalau orang korprat itu sponsor PAS beli bangunan itu apa salahnya kalau ada orang korprat lain yang sponsor Dr Hasan kerana yakin pada perjuangannya.

Taktik Khalid...itu saja modal yang PAS ada.

Namun kejadian Jumaat membuat ada wartawan yang gelak keras perut.

Ianya berlaku tidak terancang.

Hadir sama di situ Dr Rosli.

Di celah sidang akhbarnya itu ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas.

Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.

Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.

Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat.

Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul.

Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu.

Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.

Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.

"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.

Ada kalangan wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah."

Sumber: Agendadaily

Bakar Memorandum, Bukti PKR Parti Kencing Rakyat!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.

Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang tadi, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'.

Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.

"Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.

"Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu.

-Bernama

Friday, February 24, 2012

Kandungan Penuh Memorandum Pemuda BN & NGO Yang di Bakar Oleh PKR!


Berikut adalah kandungan memorandum Pemuda BN & NGO yang dihantar ke ibupejabat PKR hari ini.

MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL
DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.

Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.

Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran, miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel? Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?

Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar. Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya. Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau. Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Tapi sayangnya memo ini telah di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!
AMK Dayus!

Isu Isreal: Pemuda Umno Rempuh Ibu Pejabat PKR


Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan satu demo bagi mendesak Anwar ibrahim tarik balik sokongan terhadap Israel.. Demo di adakan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.



Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO dan NGO turut menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya menyokong Israel.

Turut sama dalam perhimpunan ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal dan juga beberapa wakil NGO Islam beserta ratusan penyokong.



Sebaik tiba di hadapan Ibu Pejabat PKR, kumpulan telah dihalang oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yg telah membuat sekatan bagi menghalang kemaraan kumpulan Pemuda UMNO & NGO. Tujuannya menjaga keselamatan bersama.


Wakil Pemuda UMNO dan NGO cuba menghantar memorandum ke dalam pejabat PKR namun dihalang oleh samseng² upahan PKR yg diberikan baju utk disarung hehe.



Bagaimanapun, hasrat Pemuda UMNO dan NGO utk menyampaikan memorandum tersebut tidak kesampaian kerana tiada sesiapa pun yg mahu mewakili PKR & Pakatan untuk menerimanya. Lagi menariknya pintu hadapan pejabat dikunci keh keh keh.



Budak gemok PKR ni sengaja menimbulkan provokasi dengan mengajak kumpulan Pemuda UMNO dan NGO bertumbuk. Tapi Pemuda UMNO dan NGO Islam memang profesional, tidak termakan dengan provokasi mereka.

Jom tengok muka dan perot dia lebih dekat.



Dekat lagi.


Malu² pulak muka dirakam camera kah kah kah. Bodoh punya gemok !!! Cari makan jadi gangster PKR? Haha.


Kesimpulannya, Anwar tidak mahu menerima memorandum. Pemuda UMNO dan NGO membaca doa selamat. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.

Pemuda UMNO dan NGO beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Sebaik berjalan pulang, budak² AMK telah menghamburkan kata² kesat dan menjerit "Hidup Hidup" berulang kali sehingga kumpulan Pemuda UMNO dan NGO hilang dari pandangan mata mereka.

Untuk info, kekuatan kumpulan Pemuda UMNO dan NGO seramai 500 orang. Kekuatan gangster PKR seramai 30 orang. Adalah tidak adil untuk Pemuda UMNO dan NGO 'bergaduh' dengan lawan seramai itu hehehe.


Ketidakbukaan PKR sangat memalukan. Pintu dikunci, tiada siapa mahu terima. Ini ker parti yg mahu menjadi kerajaan?

Dimana kebebasan dan Keadilannya??

Sumber: Riziqin

KJ: Ketua Pembangkang Jangan Hipokrit


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat antarabangsa di Malaysia dengan di Israel.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pindaan terhadap Akta Kastam yang memberi kelonggaran kepada syarikat di Malaysia berdagang dengan syarikat di Israel diluluskan oleh Kabinet pada 1996 ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya hendak dedahkan di sini, kawalan terhadap perdagangan dengan Israel adalah di bawah Akta Kastam di bawah Kementerian Kewangan dan kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat lain di Israel dibuat pada 1996 oleh Jemaah Menteri.

"Pada 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar. Jadi, kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia buat perdagangan dengan Israel, dia buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Bahagian Parit, kemarin.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Penolong Setiausaha, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun.

Sambil menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan politik dengan Israel, Khairy berkata, hubungan dagangan antara dua negara itu hanya antara syarikat antarabangsa dan ia dibuat atas keperluan globalisasi.

Katanya, sebagai contoh syarikat Intel atau pengilang di Malaysia terpaksa mengimport bahan membuat mikrocip atau semikonduktor dari syarikat Intel yang berpangkalan di Israel kerana bahan tersebut tidak boleh diperolehi dari negara lain.

Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kebenaran perdagangan itu jauh berbeza daripada sokongan politik seperti kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha memastikan keselamatan negara Israel.

"Kalau Israel, negara itu akan memberikan justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin," ujar beliau.

Khairy juga berkata, Pemuda UMNO menyanggah apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk menyalahkan media arus perdana memutar-belit laporan WSJ berhubung kenyataannya dalam isu Israel.

"Sekarang dia beri penjelasan itu (sokongan) bergantung kepada kebebasan, kemerdekaan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat, tetapi dalam kenyataan itu dia menyokong segala tindakan untuk mempertahankan Israel. Itu kenyataan umum yang menunjukkan Anwar menyokong Israel," katanya.

Beliau berkata, ekoran isu tersebut, sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang semakin luntur dan sebab itu mereka kelam-kabut untuk memberi penjelasan bagi menarik semula sokongan kaum tersebut.