Sunday, April 7, 2013

#PRU13 - Gambar-Gambar Menarik Pelancaran #ManifestoBN AKUJANJI Bukti Rakyat Tolak #MenifestoBukanJanji PR!
















































Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.

"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.

"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.

Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani.

-Bernama

#PRU13 - Kehadiran Tak Sampai 100 Orang... Petanda Awal Pengundi Gelang Patah Tolak Kit Siang


Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah.


SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi.

NUSAJAYA - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #ManifestoBN : Rakyat Bakal Nikmati BR1M Lebih Lumayan


Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.

BN dalam manifestonya yang bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Rabu, turutberjanji untuk mempertingkatkan bantuan Baucer Buku 1Malaysia kepada RM300 daripada RM250 pada masa ini, dan juga Bantuan Persekolahan daripada RM100 kepada RM150.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja, dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

Dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, BN juga berjanji untuk membuka lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta, yang akan turut dipasarkan di stesen minyak dan pasar raya besar.

BN juga akan melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

BN juga berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus, serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Selain itu, yuran jalur lebar akan diturunkan sekurang-kurangnya 20 peratusdengan jaminan bandwidth internet. - BERNAMA

Saturday, April 6, 2013

#PRU13 #ManifestoBN 21 Kriteria Akujanji Rakyat Didahulukan




21 CIRI-CIRI UTAMA:

1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan
PR1MA.

12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo.

15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

16 -Sekolah satu sesi diperluaskan.

17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

18 - Transformasi sekolah vokasional.

19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun.

20 - Penggunaan SafeCam.

21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

#PRU13 : #ManifestoBN dokumen serius, sebuah aku janji - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai satu dokumen yang serius dan sebuah aku janji untuk rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut Perdana Menteri, atas sebab itulah maka membuat keputusan melancarkan manifesto tersebut dalam satu majlis besar-besaran dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

"Aku janji ini serius. Jadi kita bentang dan buat secara siaran langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto. Supaya semua rakyat tahu. Kita sudah sampai di mana gendang perang sudah dipalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Aku Janji 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN, di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.