Sunday, April 7, 2013

#PRU13 - Gambar-Gambar Menarik Pelancaran #ManifestoBN AKUJANJI Bukti Rakyat Tolak #MenifestoBukanJanji PR!
















































Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.

"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.

"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.

Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani.

-Bernama

#PRU13 - Kehadiran Tak Sampai 100 Orang... Petanda Awal Pengundi Gelang Patah Tolak Kit Siang


Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah.


SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi.

NUSAJAYA - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #ManifestoBN : Rakyat Bakal Nikmati BR1M Lebih Lumayan


Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.

BN dalam manifestonya yang bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Rabu, turutberjanji untuk mempertingkatkan bantuan Baucer Buku 1Malaysia kepada RM300 daripada RM250 pada masa ini, dan juga Bantuan Persekolahan daripada RM100 kepada RM150.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja, dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

Dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, BN juga berjanji untuk membuka lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta, yang akan turut dipasarkan di stesen minyak dan pasar raya besar.

BN juga akan melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

BN juga berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus, serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Selain itu, yuran jalur lebar akan diturunkan sekurang-kurangnya 20 peratusdengan jaminan bandwidth internet. - BERNAMA

Saturday, April 6, 2013

#PRU13 #ManifestoBN 21 Kriteria Akujanji Rakyat Didahulukan




21 CIRI-CIRI UTAMA:

1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan
PR1MA.

12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo.

15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

16 -Sekolah satu sesi diperluaskan.

17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

18 - Transformasi sekolah vokasional.

19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun.

20 - Penggunaan SafeCam.

21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

#PRU13 : #ManifestoBN dokumen serius, sebuah aku janji - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai satu dokumen yang serius dan sebuah aku janji untuk rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut Perdana Menteri, atas sebab itulah maka membuat keputusan melancarkan manifesto tersebut dalam satu majlis besar-besaran dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

"Aku janji ini serius. Jadi kita bentang dan buat secara siaran langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto. Supaya semua rakyat tahu. Kita sudah sampai di mana gendang perang sudah dipalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Aku Janji 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN, di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.

Foto Dalam Stadium #ManifestoBN Buat Anwar Gigil...

Keadaan dalam stadium putra hari ini padat... Sehingga separuh dari penyokong BN terpaksa berada diluar... Kalau macam ni gayanya hancur PR!

















Suasana Sekitar Pelancaran #ManifestoBN Di Stadium Putra Bukit Jalil

Penyokong BN sedang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil.. Setia menanti PM yang akan mengumumkan Manifesto BN PRU 13...













#ManifestoBN Jom Bergerak Sekarang Ke Stadium Bukit Jalil Bersama PM @NajibRazak


Kehangantan debaran berjuta rakyat menantikan pelancaran Manifesto BN malam ini di Stadium Putra dapat dirasai, berbanding dengan Manifesto Bukan Janji yang ditawarkam oleh Pakatan Rakyat.

Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 8:30 malam.

Manifesto itu adalah janji BN kepada rakyat dan akan digunakan mengikut kesesuaian di peringkat-peringkat negeri.  Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.

Ini membuktikan, BN senitasa bersikap optimistik menang besar dan akan meminimumkan masalah dalaman parti selepas pengumuman calon-calon yang bertanding.

Manifesto BN ini pasti akan dilaksanakan, sesuai dengan komitmen pentadbiran Perdana Menteri untuk melaksanakan janji.

Anda juga boleh mengikuti ikuti siaran live streaming pelancaran Manifesto BN di BR1M.TV dan juga laman web 1Malaysia.

Juga turut dibawa secara langsung melalui TV3. Ikuti Dr Chandra Muzaffar dan Prof Shazali Abu Mansor dari Unimas, dihoskan oleh Datuk Ahmad A Talib: TV3 – Manisfesto BN jam 10:30 malam ini.

Jom gegar! Jom dengar sendiri pelancaran Manifesto BN di Bukit Jalil... Tunggu apa lagi... JOM! JOM! JOM!

#PRU13 #ManifestoBukanJanji : Anwar Kepanasan Pendedahan Manifesto Karut Pakatan Rakyat

#PRU13 - BN Yakin Menang Semula Lembah Pantai


Barisan Nasional yakin boleh memenangi semula kawasan parlimen Lembah Pantai berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada komuniti setempat sejak beberapa tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat di kawasan parlimen itu yang mahu berubah selera untuk kembali menyokong kerajaan BN.

Katanya sambutan terhadap program transformasi diperkenalkan kerajaan B Nmembuktikan rakyat semakin yakin dan menghargai usaha kerajaan meringankan kos, khususnya menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya melihat sambutan rakyat yang sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008 Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini kubu kuat BN memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui calonnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata rakyat mengenali dan memahami kerajaan BN, yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.

"Harapan BN semakin cerah untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai kerana kegigihan dan ketekunan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjadi peneraju dan penggerak utama berkhidmat buat masyarakat itu, tanpa mengira kaum sejak 2008," katanya.

Raja Nong Chik juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Rata-rata masyarakat setempat berkata mereka akan mengundi BN dan hanya menunggu hari pengundian. Saya ada tanya kepada mereka (penduduk), apa Nurul Izzah wakil rakyat PKR buat, mereka berkata tidak ada apa apa. Ini amat berbeda dengan wakil ketua bahagian BN kita yang memberi tumpuan kepada penduduk secara keseluruhan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan walaupun BN mempunyai harapan cerah untuk menebus kekalahan di Lembah Pantai pada pilihan raya ini, beliau turut mengingatkan semua anggota BN agar tidak terlalu 'terlebih yakin'.

"Kita tidak mahu sikap 'over confidence' di mana-mana tempat kerana dalam hari-hari sebelum hari mengundi, pelbagai perkara akan timbul seperti cabaran, mungkin ada pihak yang akan fitnah, tohmah kerana kita sudah mengandaikan pilihan raya ini begitu sengit," jelas beliau.

Muhyiddin juga meminta anggota BN agar berjaga-jaga kerana pembangkang akan menggunakan segala tipu helah seperti menakut-nakutkan pengundi seperti penggunaan dakwat hitam dan mencetus huru-hara pada hari pengundian, yang telahpun disebar luas oleh banyak pihak.

"Tetapi, yang anehnya, apabila kenyataan itu dikeluarkan, tidak ada pemimpin di pakatan pembangkang yang menafikan perkara itu, dan macam benar lah kenyataan yang dibuat itu," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin meminta semua anggota BN agar tidak mengambil perkara ini mudah serta bekerja secara bersungguh-sungguh untuk menjamin kemenangan yang besar kepada BN.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan pilihan raya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi di kawasan Lembah Pantai. - Bernama