Saturday, April 20, 2013

#PRU13 Khalid Samad Bikin Panas!!


Calon PAS, Khalid Samad yang mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam bikin panas, apabila hadir di Pusat Penamaan Calon tanpa memakai sepatu kemas, hanya memakai capal... dia ingat ni markaz PAS ke?


Muka Khalid Samad cuak bila bertemu Zulkifli Noordin
Hahahaha! kita tunggu sejauh mana Khalid Samad nak lari!!


#PRU13 - Muka Buku Khairy Jamaluddin



(Petikan dari facebook Khairy Jamaluddin)

Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan dengan lancar di Rembau. Ramai penyokong BN yang mengiringi calon-calon BN ke Dewan Seri Rembau.


Untuk P 131 Parlimen Rembau, saya akan bertanding lawan Tuan Haji Radzali Ghani dari PKR dan Abdul Aziz Hassan, seorang calon bebas.

Saya telah mengucapkan selamat bertanding kepada mereka dan juga memberi komitmen saya untuk mengendalikan kempen secara sihat dan berhemah.


Rupa-rupanya Tuan Haji Radzali, calon PKR, ada hubungan keluarga dengan saya melalui isteri beliau! Kira pertandingan adik-beradik la ni.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pagi tadi.

Rembau most wanted, yaww!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Calon Barisan Nasional
P131 Rembau

Untuk liputan PRU13 Parlimen Rembau sila layari http://p131-rembau.blogspot.com

#PRU13 Kamilia Dipecat Daripada Umno


PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-Bernama

#PRU13 DS Najib Bertanding Lawan Calon Sayur PKR


PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Pengumuman mengenai pertandingan satu lawan satu antara Najib dengan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali pada 10.45 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada 9.08 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976.

Najib yang berarak bersama kira-kira 5,000 penyokong BN yang membawa sepanduk dan bendera parti-parti komponen dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi.

Berbaju Melayu biru, beliau masuk ke dewan itu bersama-sama calon BN lain dan menjadi calon pertama BN yang menyerahkan borang pencalonan.

Calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan ialah Khairudin Mahmud bagi DUN Pulau Manis, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Aris (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Sementara itu, calon-calon pembangkang diketuai Fariz, 43, yang berasal dari Marang, Terengganu, tiba di pusat berkenaan pada 8.50 pagi diiringi kira-kira 500 penyokong yang membawa bendera dan sepanduk parti pembangkang.

Kedua-dua penyokong parti yang bertanding di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan masing-masing melaungkan slogan mereka, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sambil berteriak 'Hidup PM, Hidup BN', penyokong BN turut menyanyikan lagu 'Barisan Kita' manakala penyokong pembangkang melaungkan takbir 'Allahu Akbar'.

Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi.

Keadaan cuaca yang baik pagi ini serta kawalan daripada anggota polis telah memastikan pergerakan kenderaan lancar di sekitar pusat penamaan calon.

Najib menjadi anggota Parlimen Pekan pada 1976 selepas ayahandanya, perdana menteri kedua dan anggota Parlimen Pekan, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Sejak itu, Najib kekal menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan kecuali semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986. Ketika itu Najib mewakili kawasan DUN Bandar Pekan. -Bernama

#PRU13 Senarai Calon Bertanding Di Parlimen Rembau


Proses pencalonan berjalan lancar. Semua borang pencalonan calon BN Parlimen dan DUN Rembau diterima.


Kerusi Parlimen Rembau menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini apabila penyandang dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin bertanding dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Radzali A. Ghani dan seorang calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Sementara itu, di DUN Rantau menyaksikan saingan satu lawan satu apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditentang calon PKR, Aisah Lamsah.

Manakala di DUN Paroi, calon pas yang juga Pesurujaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani ditentang calon BN, Mohd. Ghazali Wahid.

Di DUN Chembong, calon BN, Datuk Zaifulbahri Idris yang menyandang kerusi itu akan dilawan calon Pas, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Bagi DUN Kota, penyandang dari BN, Datuk Dr. Awaluddin Said akan ditentang calon Pas, Ghazali Mohd Shom. Semua nama ini diumumkan pengurus pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

#PRU13 Saingan Tiga Penjuru Di Parlimen Rembau #Rembau


Saingan tiga penjuru berlaku di Parlimen Rembau, P131 Rembau Calon Barisan Nasional BN - Khairy Jamaluddin, Pas - Radzali A Ghani, Bebas - Abdul Aziz Hassan.

Nampak PRU13 kali ini meriah dengan adanya tiga calon bertanding... walau bagaimanapun di hari penamaan calon lebih memihak kepada penyokong BN, berdasarkan kehadiran penyokong parti masing-masing.

Khairy bersaman dengan calon PKR Radzali A Ghani

#PRU13 BN Sudah Menang Satu Kerusi?


BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN) mungkin akan menang satu kerusi tanpa bertanding, sekiranya DAP masih gagal memutuskan calon mewakili kerusi Dun Kota Laksamana, menjelang penamaan calon hari ini.

Sehingga 9.30 malam tadi, DAP belum dapat menamakan calon sesuai bagi mengisi kerusi disandang Betty Chew itu akibat percanggahan pemilihan calon membabitkan DAP Melaka dan ibu pejabat di Kuala Lumpur, sekaligus menyaksikan kemungkinan DAP tidak meletakkan sebarang calon di Dun berkenaan.

Sambil menyuarakan kebimbangan insiden itu mampu mengugat saingan DAP untuk mempertahankan kerusi terbabit, Pengarah Operasi DAP Melaka, Sim Tong Him berkata, sehingga malam tadi masih belum ada sebarang perkembangan positif dalam isu pemilihan calon di situ.

Menurutnya, isu berkenaan juga memberi impak negatif kepada DAP Melaka apabila wujud segelintir penyokong meluahkan rasa tidak puas hati serta melabelkan kepimpinan DAP sebagai sombong kerana tidak mendengar pendapat dari penyokong akar umbi.

“Perkembangan terbaru ini telah meletak DAP pada kedudukan tidak baik, lebih-lebih lagi menjelang penamaan calon esok (hari ini). Kami bimbang isu ini sekiranya tidak diselesaikan secepat mungkin boleh menjejaskan hasrat DAP dan Pakatan Rakyat untuk bersaing pada pilihan raya ini.

“Sebagai mewakili DAP, saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong kami atas apa yang berlaku ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Melaka, di sini malam tadi.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan beberapa nama yang dikemukakan DAP Melaka sebagai calon Dun Kota Laksamana tidak dipersetujui DAP pusat atas alasan bimbang kehilangan kerusi Dun yang telah dipegang parti berkenaan selama 45 tahun.

Kemelut ini turut menyebabkan seorang calon DAP secara terbuka mengugut menarik diri sekiranya ada invidividu tertentu terus campur tangan dalam pemilihan calon Dun berkenaan.

Menurut Tong Him, beliau turut bimbang akan ada sesetengah penyokong yang akan bertindak bertanding sebagai calon bebas kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ini.

“Kita masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Mudah-mudahan dalam masa beberapa jam sebelum penamaan calon ini kita dapat menyelesaikannya,” katanya.

Pada PRU12 lalu, Betty Chew menewaskan Lee Kiat Lee (BN) dengan majoriti 7,242 undi.-SH

#PRU13 Sekitar Hari Penamaan Calon Parlimen Rembau


Hampir lima ribu penyokong Barisan Nasional turun memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional... Manakala tak sampai dua ratus orang pun penyokong pembangkang yang turun hari ini...





#PRU13 Rakyat Ditipu Lagi... 'Klon' Anwar Tidak Muncul, Konon Ditahan Di Sempadan


PERMATANG PAUH 20 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membawa saksi yang didakwa menyerupai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam majlis di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, di sini malam tadi.

Lebih memalukan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa, peguam yang membawa saksi dari Thailand itu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong dalam majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang turut dihadiri Anwar.

Dakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard, peguam itu, Mohamad Shabrimi Sidek kini ditahan di balai polis Bukit Kayu Hitam bersama beberapa saksi dari Thailand.

Chegubard turut memainkan dua rakaman suara kononnya dibuat Mohamad Shabrimi sejurus ditahan polis dan Jabatan Imigresen di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Anwar sebelum ini dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya dalam video seks yang dikaitkan dengan beliau sekali gus cuba membuktikan lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakam video tersebut.

HAMPA.... Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah khas Anwar Ibrahim hampa selepas orang yang akan ditampilkan sebagai pelakon video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu tidak muncul pada ceramah tersebut di Kubang Semang, Bukit Mertajam malam tadi.

Tindakan itu diselar banyak pihak kerana memperlihatkan Anwar semakin terdesak mengembalikan maruahnya yang tercemar sedangkan beliau enggan bersumpah laknat iaitu perbuatan yang jauh lebih mudah dilakukan berbanding membawa `pelakon’ tersebut.

Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 Penyokong BN Dijemput Memberi Sokongan Di Hari Penamaan Calon #Rembau


Penyokong BN di jemput hadir beramai-ramai esok ke hari penamaan calon PRU 13!

Laman blog http://p131-rembau.blogspot.com akan membuat liputan live dari Dewan Merdeka Rembau. ::::Pengumuman nama nama calon Barisan Nasional Negeri Sembilan :::

Proses penamaan calon untuk Parlimen Rembau, DUN Rantau, Kota, Chembong dan Paroi bagi BN akan bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau pada jam 8am, 20hb April. Calon-calon akan bergerak ke Dewan Seri Rembau pada jam 8.50am untuk berdaftar dengan SPR. Semua dijemput hadir!

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau:
PT 565 Jalan Seremban-Tampin
(Berhampiran Restoran Rembau Ria)
71300 Rembau
Tel: 06 685 8001

Friday, April 19, 2013

#PRU13 PKR Letak Calon Tangkap Muat Lawan KJ #Rembau


Dalam keadaan kelam kabut PKR hari ini main tangkap muat, mengumumkan senarai calonnya untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sehari sebelum penamaan calon esok.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang medianya berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang yang disandangnya, selain bertanding di kerusi DUN Ampangan.

Beliau dijangka berdepan Ketua Penerangan MIC Datuk V.S Mogan dari Barisan Nasional yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Nazree Mohd Yunus bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah, sementara Pengerusi Jawatankuasa Kecil Guaman Pakatan Rakyat negeri Radzali A. Ghani, akan mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen Rembau.

Biodata Hj Radzali Ghani facebook.com/radzali.ghani calon tangkap muat PKR yang akan bertanding melawan Khairy Jamaludin  calon BN di Parlimen Rembau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Keselamatan di sebuah bank tempatan. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah.

Merupakan graduan Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau dikatakan menetap di Taman Tuanku Jaafar, berasal dari Pahang.


Berikut ialah senarai calon PKR yang akan bertanding pada PRU13.

PARLIMEN

1. P129 Kuala Pilah - Mohd Nazree Mohd Yunus

2. P131 Rembau - Radzali A. Ghani

3. P132 Telok Kemang - Datuk Kamarul Baharin Abbas

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. N02 Pertang - Muhammad Syamwill Mertadza

2. N06 Palong - Rebin Birham

3. N07 Jeram Padang - Kumar A/L Thuraisingam

4. N13 Sikamat - Aminuddin Harun

5. N14 Ampangan - Datuk Kamarul Baharin Abbas

6. N15 Juasseh - Rosli Omar

7. N16 Seri Menanti - Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

8. N18 Pilah - Mohamad Nazaruddin Sabtu

9. N27 Rantau - Aisah Lamsah

10. N29 Chuah - Chai Tong Chai

11. N32 Linggi - Rosman Jonet

12. N33 Port Dickson - Ravi A/L Munusamy

13. N34 Gemas - Karip Mohd Salleh

#PRU13 Pakatan Pembangkang Berpecah Akibat Perbalahan Dalaman


Lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin ketara.

Sejak pengumuman pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu serta penyerahan watikah kepada calon-calon samada bagi peringkat parlimen atau dewan undangan negeri, mood atau gerakrasa rakyat amat dirasai menyebelahi BN.

Ini berdasarkan kepada beberapa faktor antara lain Aku Janji BN yang bukan sahaja berfungsi sebagai manifesto tetapi menjangkau ikatan janji kerajaan BN untuk terus memakmurkan negara dan rakyat melalui dasar, program, perancangan yang tela, sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Ketokohan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendepani dan memimpin pelaksanaan program transformasi telah terbukti kejayaannya melihat kepada respons rakyat daripada setiap lapisan masyarakat.

Rasa puas hati dan seronok di kalangan rakyat yang benar-benar mendapat pelbagai bentuk bantuan serta pertolongan daripada kerajaan adalah bukti kukuh penerimaan baik segala program yang telah diimplementasikan.

Selain itu, rakyat juga telah sedar kemelut berpanjangan di antara PKR, Pas dan Dap terutamanya dalam isu pengagihan kerusi merupakan bukti jelas tidak ada muafakat dan kerjasama yang ikhlas dan berpanjangan seperti BN.

BN telah mengambil masa yang lama meneliti setiap bakal calon yang berpotensi mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke 13 berdasarkan kepada templat atau formula yang telah digunapakai pada pilihan raya sebelumnya.

BN mahu memastikan sebagaimana tegas Perdana Menteri bahawa calon yang dipilih adalah 'winnable' atau boleh menang dan bukannya calon angkat muat atau ala kadar.

Keadaan inilah yang sedang melanda pakatan pembangkang sekarang di mana berlaku perselisihan dan konflik yang parah dalam isu penbahagian kerusi.

Setiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan.

Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon.

Ini menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus.

Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.

Atas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa.

Tindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu ang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yanbg bakal menguburkan parti.

Mungkin Dp sidah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali.

Kit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudh gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau.

PKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih.

Pas juga tidak terkecuali daripaa menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.

Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti.

Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas.

Skandal video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali amat memalukan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Dengan perlakuan seorang pimpinan kanannya seperti Mustaapa sudah tentu imej Pas akan terjejas teruk dari segi keyakinan rakyat.

Hakikatnya pembangkang tidak melayak mengelar diri mereka sebagai juara rakyat kerana yang diperjuangkan sebenarnya ialah agenda peribadi pemimpin-pemimpin mereka yang diselaputi pelbagai masalah peribadi dan kepimpinan.

#PRU13 Calon Pemuda BN


Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13.

Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.

Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya.

BN Pilihan Orang Muda, Calon Pemuda BN bersama Najib dahulukan rakyat!

Sumber: www.rembau.com.my

#PRU13 PKR Pahang Kalut... Fauzi Tak Jadi Bertanding?


Itu desas desus yang mula bermain dikalangan ahli - ahli PKR Kuantan sejak sehari dua yang lalu. Dengar kata, Datuk Fauzi tak jadi nak bertanding.

Cerita mengenai perkara tersebut mula berkumandang selepas pengumuman calon - calon Barisan Nasional Pahang yang dibuat Selasa lalu.

Sebelum ini, Fauzi telah dinobatkan oleh Ketua Umum PKR bahawa dia akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota bagi menggantikan Azan Ismail.

Dalam pengumuman yang dibuat ketika mengadakan ceramah itu, rata - rata ahli PKR menyambutnya dengan sorakkan 'Boo...' sebagai tanda protes.

Ekoran pengumuman itu juga, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota telah meletakkan jawatan dan keluar parti bersama - sama 300 orang pengikutnya.

Dari apa yang dijelaskan oleh mereka, ternyata mereka sendiri kecewa apabila PKR tidak menamakan pemimpin tempatan untuk bertanding dikawasan tersebut.

Malah, tambah mereka, PKR dengan terang - terangan meminggirkan kaum India dengan mencalonkan Fauzi. Mereka masih lagi bergantung harapan kepada Azan.

Bagi mereka, biarlah Azan yang bertanding asalkan bukan Fauzi. Sekurang - kurangnya, Azan masih lagi mengambil berat terhadap kaum India dikawasan tersebut.

Nak pulak bila nama Dato Wan Adnan, Exco Kerajaan Negeri Pahang dicalonkan bagi merebut semula kerusi Parlimen tersebut mewakili Barisan Nasional.

Dato Wan Adnan pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian sewaktu Fauzi masih lagi Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Perkara itu dianggap satu cabaran besar buat Fauzi.

Kemungkinan besar nama Fauzi akan digugurkan dan diganti dengan orang lain dalam masa terdekat seterusnya mengiyakan kenyataan Dato Sri DiRaja MB Pahang.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan bahawa kebarangkalian PKR tukar calon akan berlaku.

Dan ianya semakin dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya insiden baru - baru ini. Fauzi dilihat meninggalkan majlis sebaik sahaja Wan Azizah, Presiden PKR sampai.

Ura - ura mengatakan yang Fauzi akan berpindah ke Paya Besar memandangkan Cabang tersebut kini menjadi liabiliti besar kepada jentera PKR.

Perkara tersebut berlaku apabila nama Hidayah Murni diumumkan sebagai calon dan seterusnya menyaksikan reaksi pantas dari Ketua Cabang PKR Paya Besar sendiri.

Pengumuman itu telah membuatkan Ketua Cabang dan Ketua AMK Paya Besar membuat kenyataan yang mereka akan bertanding Bebas.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PKR Pahang hari ini semakin hari semakin kronik. Hakikatnya, mereka bertanding bukanlah dengan tujuan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya hanya untuk kepentingan diri sendiri!!!