Friday, September 9, 2016
Ketua lulusan Oxford tak kisah amal politik kampung! - @Khairykj
Apa da hal jika dikatakan berpolitik secara kampung yang penting nasib kaum melayu sentiasa terbela. Dah bertahun-tahun menjadi Ahli Parlimen Rembau.. sudah pasti KJ lebih arif menangani masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar.
Tak perlu diulas dengan panjang lagi, sebut je nama KJ semua orang tahu cara politik KJ... bukan sahaja di kampung malah KJ juga disegani diperingkat antarabangsa. KJ juga popular di kalangan generasi muda sebagai IKON orang muda... Aku kata.. Hang jangan nak buat lawak Zam...
Berikut petikan AstroAwaniOnline..
Pemuda UMNO tidak kisah dikatakan masih berpolitik cara kampung demi memastikan nasib kaum Melayu sentiasa terbela.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata paling penting perjuangan memartabatkan Melayu tidak sekali-kali meminggirkan hak bangsa-bangsa lain.
Katanya, UMNO sehingga kini masih diterima pemuda kampung.
“Kita (UMNO) kuat di kawasan luar bandar dan kalau politik kekampungan itu lebih serasi dengan politik orang kampung, kita teruskanlah politik kampung itu. Lagi pun orang kampung sayang UMNO.
“Yang menjadi cabaran ialah bagaimana untuk mendapatkan sokongan orang muda di kawasan bandar luar bandar ini. Insya Allah kita ada kekuatan sendiri,” kata Khairy Jamaluddin.
Jelasnya, Pemuda UMNO kini berhadapan cabaran menarik sokongan anak muda di kawasan bandar.
Katanya, cabaran itu perlu diambil serius oleh semua jentera dalam usaha memenangi hati pemuda bandar.
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bachok pada Jumaat.
Khairy Jamaluddin mengulas kenyataan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyelarnya dengan berkongsi pandangan berhubung desakan seorang pemimpin MCA supaya UMNO tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.
Ia susulan kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menunjukkan bahawa UMNO, khususnya sayap Pemuda, tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru.
Monday, September 5, 2016
Tahniah YBM @khairykj - 15 Ribu Sertai Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan
Rembau - Seramai 15 ribu peserta menyertai Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Rembau.
Para peserta mulai membanjiri Dataran Rembau seawal jam 6 pagi. Tanpa mengira bangsa dan umur mereka turun dengan penuh semangat kesukanan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menyertai acara berbasikal sejauh 30km.
Tahniah YBM Khairy diatas kejayaan menarik ramai golongan muda kearah hidup yang sihat.
Salah satu sebab Fit Malaysia berjaya capai sasarannya adalah kerana YBM Khairy sendiri turun padang di setiap program Fit Malaysia!
Saturday, September 3, 2016
Warigh semuo dah ready #FitMalaysia Nogori Sembilan
Jangan lupo warigh-warigh esok tomu janji kito jumpo Montori Khairy Jamaluddin (KJ) kek Dataran Rombou...
Bangun pagi-pagi gosok gigi dulu baru boleh poi Fit Nogori Sembilan yo!
Moh kito bersonam bagi badan sihat, dan gagah perkaso! Jumpo esok yo!
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2016
Kini sedang berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2016 yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.
Mesyuarat di rasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Dato' Sri Utama Haji Mohamad Haji Hassan.
Manakala YB Dato Zaifulbahri, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau membawa usul politik di persidangan.
Foto: Adira Rembau
Friday, September 2, 2016
Demi ketelusan, Khairy serah pen drive kepada SPRM
Diatas kepentingan umum dan ketelusan Menteri Belia dan Sukan, YBM Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pen drive dan senaskah salinan laporan teknikal berhubung isu bola sepak negara FAM kepada pihak SPRM.
Khairy tiba di perkarangan Ibu pejabat SPRM jam 11:15 pagi tadi. Beliau menyerahkan pen drive tersebut kepada Dato Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Terdahulu Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pen drive tersebut kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Thursday, June 4, 2015
Felo Perdana buka ruang belia bekerja di pejabat Jemaah Menteri termasuklah #PMO @NajibRazak @Khairykj
Peluang masih terbuka untuk rakan-rakan menyertai Program Felo Perdana, tapi kena cepat! Kemaskini dan hantarkan CV, hantar gambar pasport, dan esei sebelum jam12 tengah hari ni!
Felo Perdana memberi peluang kepada pelajar universiti menjalani program latihan ilmiah di beberapa kementerian di bawah tunjuk ajar Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ianya bertujuan memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara menggunakan pendekatan yang mempunyai persamaan dengan ‘The White House Fellows Programme’.
Dimana peserta felo akan didedahkan kepada urusan penting dalam pentadbiran tertinggi kerajaan, selain berpeluang mencurahkan bakti menjayakan segala program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.
Program Felo Perdana adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan manakala Kementerian Belia dan Sukan pula berfungsi sebagai sekretariatnya.
Untuk memohon mengikuti program ini, calon mestilah warganegara Malaysia, sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi, dalam dan luar negara, mempunyai keputusan akademik yang memuaskan, berumur 30 tahun ke bawah, mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh, menunjukkan pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi.
Maklumat mengenai program itu boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.perdanafellows.com/.
Rebutlah peluang keemasan ini untuk merasai pengalaman kerja dalam kehidupan sebenar di pejabat menteri!
Nota: Tak perlu nak ragukan lagi… Chip KJ sentiasa bekerja keras dan buat yang terbaik untuk PM! Bersuara bukan bermakna membenci tapi untuk perbetulkan keadaan dan perjelaskan kepada rakyat agar rakyat tidak keliru dangan dakyah pembangkang. So… tangan ghaib yang cuba nak cubit-cubit KJ tu please respect!
Wednesday, June 3, 2015
Team Cyber Mykmu Gagal - Amhari di Kambinghitamkan oleh Akmar? Betul Ke @jalilbacker @NajibRazak #Mykmu #KekalNajib
Namun kebodohan tersebut nampaknya berlarutan sampai ke hari ini apabila operasi membersihkan nama baik Dato Seri Najib gagal dilaksanakan oleh team Mykmu. Kesian..................
Nak menutup kemaluan SUA PM, Datuk Akmar Hisham @ Mokhles, Amhari pula dijadikan kambinghitam. (Mangsa politik kah?)
Diatas arahan itu Mykmu jual nama Amhari, supaya tak nampak Datuk Akmar yang jaga media sosial PM. Selain dari itu kalau Datuk Akmar nak tembak mana-mana pemimpin dalam UMNO Amhari yang kena dulu.
Sementara orang taruk Amhari, Datuk Akmar ni sibuk buat duit. Masa musim PRU-13, Datuk Akmarlah yang di sebalik penerbitan buku komik PM Datuk Seri Najib yang dijaja di kempen-kempen politik PM. Sekarang ni, Akmar sibuk dengan penerbitan berkenaan Felda, FGV dan sebagainya, di mana Felda terpaksa beli buku yang ditulisnya.
Senangkan kerja Akmar? Tulis buku, paksa orang beli. Hanya semata-mata dia SUA PM... Sedappp.. Amhari dapat apa? Dapat Kahkahkah.
Berbalik kepada cerita Mykmu... Semua orang tahu sape team Mykmu, tak payah nak selak lebih-lebih. Dulu Team Mykmu orang kuat Tun Mahathir dan Tun Daim, harini lontar kata-kata nista kepada mereka bila dah ada tuan. Disini saja kita dah nampak apa motif perjuangan mereka.
Dan kerosakan pada nama PM sudah berlaku, black and white ops tak menjadi... Terus terang dikatakan perlu dibaiki dengan memberi nafas yang baru! Buang cybertro yang sudah rosak bina cybertron yang iklas berjuang untuk parti!
Kesimpulanya di sini Mykmu hanyalah sebuah Portal picisan yang tak mewakili suara akar umbi pun, modus oparandinya lebih fokus kepada memecahbelahkan parti!
Wajarkah PM membela cybertro ini lagi? Wajarkah Akmar terus pegang jawatan SUA PM? Sape Amhari? Bersambung......
Nota : Aku copy paste dari blog RaksasaBN... Budak hingusan mana pandai menulis....
Tuesday, June 2, 2015
Khairy Jamaluddin Skandal dan Bola! @khairykj #Mykmu.net
Dok orang tengah cerita pasal Piala FA di Bukit Jalil, atau team pilihan Malaysia lawan Tottenham Hotspurs, ada pulak cerita lain pasal bola sekarang ni. Puluh-puluh orang tweet, sampai malam buta orang dok tunggu update tentang keputusan perlawananan pasukan Malaysia.
Kau rasa aku tengah cerita pasal apa? Pasal bebudak bola sepak bawah 13 tahun kita la. Lain macam depa ni - lawan team Jerman sini-sana. Yang haters KJ dan Pemuda ni mesti harap bebudak ni kalah kan? Sori lah hangpa meludah jatuh kat muka sendiri.
Mereka lawan Ingolstadt 04 mereka tapau 3-0. Pastu pi lawan team TSV Murnau bawah 15 tahun - mula-mula kena dua bijik. Pastu anak jati Malaysia ini siap comeback dan tapau mereka 3-2. Kalau tak percaya tengok @nfdpmalaysia siap ada video gol-gol perlawanan ni - kalah Arsenal beb.
Tapi paling cun harini - depa lawan team pilihan Jerman bawah 13 tahun. Korang tahu lah, bakal-bakal Ozil, bakal-bakal Podolski, bakal-bakal Schweinsteiger, bakal-bakal Philip Lahm. Keputusannya: 6-0.
Siapa 6? Bebudak Malaysia kita beb!
Kalau nak tahu, terutamanya MyKMU dan geng yang duduk kutuk KJ dan Pemuda, inilah produk NFDP Malaysia, cetusan idea tak lain dan tak bukan, KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan. Baru lancar April tahun 2014 - sekarang dah beribu-ribu bakat hebat anak muda kita yang dah ditemui dan kini berlatih untuk main cara bola sepak Malaysia sendiri.
Siapa agaknya yang lancar program NFDP ini di Pahang? YAB Presiden kita juga lah. Masih tak relevan ke KJ dan Pemuda ni sampai MyKMU dok balun hari-hari dengan hashtag (Tak yah buh hastag lah..) pelancau?
Cukup-cukup lah tu. Daripada korang dok berangan nak jatuhkan KJ dan Pemuda, baik baca berita dan tengok sumbangan KJ dan Pemuda. Untuk siapa, untuk parti juga. Siapa Presiden parti yang sebabkan KJ dan Pemuda kerja keras? YAB Presiden Najib Razak juga.
Sebelum korang mula baca suratkhabar dan berita buat kali pertama dalam hidup korang, layan video-video ni dulu. Arsenal versi Malaysia.
Arios!
Sunday, May 31, 2015
Sapa kata @khairykj dan Pemuda tak relevan - siri 2
Program Fit Malaysia di Johor Sabtu lepas meletop! Tahniah kepada puluhan ribu rakyat Johor yang berlari, berbasikal dan join macam-macam aktiviti kecergasan di Dataran Bandaraya untuk FitJohor.
Harap-harap tak ada lagi pihak yang cuba nak lagakan PM dengan KJ dan Pemuda. Kalau mereka masih nak laga-laga kan, biar depa ni je lah yang buat program tiap2 negeri tarik crowd puluh2 ribu - semua crowd natural yang hargai inisiatif kerajaan BN.
Bukan Fit Johor je KJ dah buat. KL dah. Melaka dah. Pahang dah. Sabah dah. Negeri 9 dah. Sarawak dah. Semua dibanjiri lebih 20 ribu rakyat Malaysia segenap masyarakat - paling banyak anak muda.
KJ akan bawa lagi ke semua ibu-ibu negeri. Dan ke kawasan luar bandar. Tu tak masuk lagi program2 sukan pemuda di peringkat bahagian dan cawangan.
Cukup-cukup lah tu nak lagakan KJ dan Pemuda. Jangan kata KJ dan Pemuda tak relevan. Tepuk dada tanya selera - siapa yang tak relevan sebenarnya?
Mungkin yang dok sibuk adu domba pemimpin. Mungkin.
Kiriman email : MahaKaya
Ni komen aku... Kepada AB. Jalil Backer Mykmu yang dok meroyan dalam fesbok tu, sesekali turun la padang join program Pemuda. Tengok macam mana kita orang buat kerja! Jangan sibuk nak bangkang dari longkang... Hasilnya habuk pun tarak!
Sapa Kata KJ dan Pemuda Tak Relevan?
Ketika parti dilanda krisis, banyak suara sumbang dikeliling PM mula serang cakap Khairy (KJ) dan Pemuda derhaka. Cara serangan dah macam KJ dan Pemuda tak relevan dan boleh dibuang ke tepi jalan.
Suara sumbang ni lupa kut - KJ dan Pemuda lah kumpul 20,000 orang anak muda bersama YAB PM di Putrajaya untuk larian Pekerja Muda sehari lepas isu Tabung Haji. Suara sumbang ni lupa kut - KJ dan MBM kerja keras anjur Hari Belia Negara dan rangka Dasar Belia Malaysia untuk dirasmikan YAB PM - agar YAB PM nampak bertambah hebat di mata anak muda.
Banyak lagi yang KJ dan Pemuda telah buat untuk naikkan imej YAB PM dan parti. Nanti lah kita sambung cerita. Siri ni kita tamatkan dengan 1 persoalan.
Di waktu KJ dan Pemuda kerja keras naikkan imej YAB PM dan parti, suara sumbang ini pula sibuk buat apa untuk imej YAB PM? Sibuk adu domba?
Naik Najib Razak maka naiklah UMNO, KJ dan Pemuda. Jatuh Najib Razak maka jatuhlah UMNO, KJ dan Pemuda. Masa ini masa kita bersatu.
Kiriman email: MahaKaya
Sunday, May 17, 2015
[Video] Dasar Belia Malaysia Launching by @Khairykj
Dasar Belia Malaysia Bawa Pembangunan Generasi Muda Sehingga 2035
15 Mei - Dasar Belia Malaysia yang baharu akan menjadi dokumen rujukan penting kepada setiap kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan yang akan menjayakan pembangunan belia sehingga 2035.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata dasar baharu itu adalah penambahbaikan kepada Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 yang bermatlamat memperkukuh dan menyerlahkan potensi modal insan belia.
Kepada para belia hayatilah apa yang di sampaikan oleh KJ tersebut.
Friday, May 15, 2015
Jam 8 pagi... YB @khairykj Keudara Bersama #AMKrew #hotfm Buka Radio Hot FM Now! @hotfm976
Hallo.. hallo... Selamat pagi...
Pastikan anda semua.... Hot meletop pagi dengan Menteri 'Tall, Dark and Handsome'... YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang akan keudara di radio Hotfm sebentar nanti...
Ye! hari ni 15 Mei 2015 (Jumaat) jam 8.00 pagi sempena Sambutan Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2015 (22 - 24 Mei 2015)
Sesiapa yang berhasrat nak sembang dengan KJ, boleh tweet dan hashtag #amkrew #hotfm dan jangan lupa tag @khairykj dan @KBSMalaysia .
Kalau nak tag kat aku pun boleh gak @brojinggo ahak ahak! (nak tumpang glamer lettew!)
OK Pagi ni.. Sekarang tau! Bukan esok.. bukan lusa... bukan semalam... now! now! now!
Jom ke Putrajaya 22 - 24 Mei Sempena Festival Belia Putrajaya 2015 @FBP2015 @khairykj #FBP2015
Festival Belia Putrajaya (FBP) kembali bermula 22 Mei sehingga 25 Mei ini dengan pelbagai aktiviti, pameran serta pertandingan khas untuk orang muda.
Ia kemudiannya diteruskan dengan aktiviti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta diikuti dengan Tazkirah Perdana oleh personaliti seperti Nur Ahli Badar dan Habib Najmuddin Syed Othman Al Khered.
FBP 2015 mengalu-alukan kehadiran para belia supaya kita semua sama-sama bersyukur atas nikmatNya selama ini, serta menyatakan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul pada acara tersebut.
Hadirin dinasihatkan supaya membawa sejadah sendiri untuk keselesaan, selain alas yang telah disediakan pihak penganjur.
Selain dari itu ada juga acara yang menarik seperti KBS REDAH 4X4 City Challenge #festivalbelia15.
Datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara ini.. Jumpa di sana!
Thursday, February 19, 2015
Jangan pertikai hak Pemuda UMNO beri penjelasan tentang fakta kes Anwar
Dialog yang telah dianjurkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) Pemuda UMNO Malaysia bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 17 Februari 2015 telah banyak mengundang kritikan.
Sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya berasa terpanggil untuk menjawab segala kritikan dan tohmahan yang dilontarkan ke atas forum tersebut.
Forum yang telah diadakan tempoh hari bertujuan untuk memberi penjelasan berdasarkan fakta kes sepanjang tempoh perbicaraan yang berlangsung selama 6 tahun.
Sepanjang kes peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, UMNO telah dituduh sebagai dalang di sebalik kes tersebut.
Dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin pada forum tersebut, Khairy menekankan bahawa selama 6 tahun Anwar Ibrahim, pemimpin PR dan juga media media mereka menuduh UMNO sebagai dalang konspirasi kes liwat 2 ini.
Selama perbicaraan kes berlangsung, UMNO telah mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati proses perbicaraan. Kini kes tersebut sudah selesai, ini adalah masa yang terbaik buat UMNO menangkis segala penipuan yang mengatakan UMNO adalah dalang konspirasi kes tersebut.
Selama 6 tahun kes ini berlangsung, rakyat secara terus-terusan dijadikan perkakas oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR untuk menolak UMNO.
Persepsi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat jika tidak dicegah akan menjadi wabak dan akhirnya menyebabkan rakyat percaya bahawa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi UMNO.
Justeru itu penjelasan dengan fakta kes serta kronologi kes liwat perlu disampaikan kepada rakyat agar menolak persepsi negatif yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Forum tersebut dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia adalah untuk mengurus persespi. Pemuda UMNO Malaysia berpendirian bahawa perlunya kita melawan persepsi negatif ini dengan fakta yang sahih dan konkrit.
Kaedah yang diguna semasa forum-forum anjuran Pemuda UMNO Malaysia bersifat dua hala, punyai sesi soal jawab dan hadirin yang hadir tidak dihalang untuk melontarkan segala persoalan.
Adakah Pakatan Rakyat berasa bimbang dengan penjelasan yang dibuat Tan Sri Shafee? Adakah mereka bimbang kebenaran bakal terungkai ? Jika mereka tidak bimbang akan penjelasan Tan Sri Shafee, mengapa mereka perlu melatah atau mengkritik forum yang dianjurkan itu?
CABARAN DEBAT KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN YB NIK NAZMI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YB KHAIRY JAMALUDDIN.
Cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap Khairy Jamaluddin boleh dianggap sebagai suatu yang tidak relevan. Oleh itu saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada beliau :
1) Apakah signifikannya debat berhubung kes peribadi Ketua Umum PKR?
2) Adakah dengan berdebat mengenai kes peribadi Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan kemaslahatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia?
3) Adakah YB Nik Nazmi ingin bersikap populis untuk meraih semula sokongan dari kalangan Ahli AMK ? Untuk mengalih pandangan isu perpecahan dalam AMK?
4) Mengapa tidak mahu debat dengan Peguam Anwar Ibrahim yang jelas tidak mampu membelanya ?
Sebaiknya YB Nik Nazmi harus mereformasikan PKR itu terlebih dahulu, tidak perlu lah untuk terus memburukkan badan kehakiman negara. Lebih baik YB Nik Nazmi ‘mereformasikan’ sistem pemilihan PKR yang jelas tidak telus.
YB Nik Nazmi jelas seorang yang tidak berkredibiliti di dalam partinya sendiri, apabila pernah diboikot 16 EXCO AMK selepas pengumuman kemenangannya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Jangan sesekali mempertikaikan hak Pemuda UMNO Malaysia untuk memberi penjelasan tentang fakta kes peribadi Anwar Ibrahim setelah sekian lama UMNO dijadikan mangsa tuduhan dalang konspirasi politik .
Adakah menjadi satu kesalahan apabila UMNO mahu lawan penipuan yang dibuat Pakatan Rakyat? Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri lagi, kami akan terus menyatakan kebenaran berhubung kes ini. Masanya sudah tiba.
OLEH IBDILILLAH ISHAK
PENULIS MERUPAKAN EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN PENGERUSI BIRO MEDIA SOSIAL
Artikel ini juga turut disiarkan di Agendadaily.net