Saturday, March 21, 2020

Kenapa Kita Perlu Duduk di Rumah Selama 14 Harı?





Kenapa kita perlu kuarantin diri kita selama 14 harı?

Kerana cara yang paling berkesan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan cara ini paling berkesan untuk menghalang atau memutuskan rantaian virus tersebut!. Ianya seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Stay At Home.!

Kita lakukan perkara tersebut untuk menghentikan jangkitan yang membiak didalam tubuh manusia yang dijadikan sebagai perumah... Jangka hayat virus COVID19 untuk hidup hanya 14 hari... Jadi anda semua memaninkan peranan untuk menghentikan virus ini dari terus merebak.

Mohon kongsikan/Share video ini... sama-sama kita bantu membantu untuk membebaskan virus COVID19 dari bumi Malaysia ini. #KitaJagaKita

#PleaseStayAtHome #DudukRumahDiamDiam

Friday, March 20, 2020

Terkini : Harga Minyak Turun Lagi!





HARGA runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen seliter kepada RM1.44 manakala RON97 turun 36 sen seliter kepada RM1.74.
Penurunan sama turut dialami harga runcit diesel yang turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75.
Penurunan drastik ini berikutan ketidaktentuan harga minyak mentah pada masa ini yang dipengaruhi negara pengeluar minyak utama dunia serta penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Tentera Bantu Polis Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Ahad ini





Tentera akan digerakkan mulai Ahad ini untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini dipatuhi rakyat sepenuhnya.
Langkah ini dibuat selepas polis mendapati masih ramai lagi rakyat yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kedua semalam.

Monday, March 16, 2020

Khalid Samad Insaf, Mohon Maaf Kepada Presiden PAS!

Sidang media Timbalan Menteri Luar Negeri berhubung isu #COVID19

Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar - 500 Ahli PKR Umum Keluar Parti!





15 Mac 2020 - SERAMAI 500 ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presidennya, Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.

#PKR #KeluarParti #AnwarIbrahim #PakatanHarapan