Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masyarakat dikejutkan dengan penularan gambar orang ramai beratur panjang untuk memasuki sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Ramai yang bingung, sebilangan besar pula tergamam kenapa warga kota terlalu ghairah berkunjung ke pusat berkenaan sedangkan ketika ini wabak COVID-19 masih lagi belum reda sepenuhnya.
Viral di media sosial beberapa foto dan video orang ramai dilihat beratur di sekitar pusat jualan borong, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Pos berkenaan mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut seolah sengaja mahu membeli-belah tanpa keperluan mendesak.
Ini cerita sebnarnya…
Orang ramai yang beratur panjang di luar bangunan Kenanga Wholesale City bukanlah pelanggan, sebaliknya, mereka merupakan pekerja yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam bangunan dan memulakan kerja.
Mereka yang beramai-ramai beratur di dalam foto dan video tersebut merupakan staf di dalam pusat jualan terbabit.
Pihak pengurusan Kenanga Wholesale City, pekerja berkenaan ingin meneruskan tugas mereka dan memulakan perniagaan setelah dibuka sejak PKP. Di dalam kompleks itu juga mengandungi lebih 800 kedai dengan hampir 50% kedai dibuka pada hari ini.
Pihak kompleks juga turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan garis penjarakan sosial, mengambil suhu badan, butiran nama dan tujuan ke sana untuk rekod.