Monday, July 13, 2020

Dewan Rakyat Tegang! Khalid Samad Meroyan Macam Beruk!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menghukum, Khalid Samad keluar dari dewan sehingga selesai persidangan.


Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam diarah berbuat demikian selepas berterusan mengganggu ucapan Azhar sempena pelantikannya.


Tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan antara Ahli Parlimen pembangkang sehingga mencetuskan kekecohan.


Azhar meminta kesemua Ahli Parlimen bertenang dan turut mengingatkan kuasanya yang boleh mengarahkan sesiapa keluar sekiranya mengganggu persidangan.


Khalid Samad sejak dari pagi lagi dilihat meroyan tak tentu pasal, macam beruk!


Dilihat cuba mencetuskan kekecohan dengan beberapa kali berucap tanpa kebenaran dan memperlekehkan keputusan Timbalan Speaker.


Tindakan Azhar itu disokong oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain. Baca lagi…

Mohamad Ariff digugurkan jawatan Speaker Dewan Rakyat



Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menang setelah Keputusan dicapai dimana 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Baca lagi…


Muhyiddin bidas Anwar, berhubung isu perbahasan dewan rakyat





Kerajaan menafikan dakwaan kononnya kerajaan enggan memberi ruang kepada Ahli Parlimen membahaskan usul berkaitan inisiatif dan perbelanjaan kerajaan dalam menangani impak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, segala inisiatif perlu dilakukan sekarang dan rakyat tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menerima bantuan.

Sunday, July 12, 2020

DAP JANGAN GANGGU TUGAS P0L1S – AYOB KHAN





Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob. - MalaysiaTrending

Haniza sudah jangka berlaku pelucutan jawatannya




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed sudah menjangka akan berlaku pelucutan jawatannya sebagai Exco  Negeri Selangor, cuma tidak dapat mengagak dengan tepat bila surat rasmi pelucutan itu sampai ke tangannya.


“Saya telah jangka tentang surat ini tapi tidak tahu bila sahaja. Kemarin saya terima surat sekitar lewat petang. Baca lagi…

Saturday, July 11, 2020

PKR semakin tak relevan - Azmin Ali




Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin tidak relevan kerana tindakan zalim pemimpinnya terhadap ahli sendiri dan rakyat telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.


Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemecatan keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha antara contoh kezaliman parti itu. Baca lagi...

Rezeki datang bergolek! Haniza menang RM1 Juta!



Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020 menyaksikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha menjadi pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta. Baca lagi…


Thursday, July 9, 2020

Tiada maaf, Kerusi Mersing Kekal Milik UMNO – Zahid Hamidi




UMNO menolak permohonan maaf Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku.


Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui satu ciapan di Twitter berkata kerusi parlimen Mersing akan tetap menjadi milik Umno di dalam pilihanraya umum akan datang.


“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO,” katanya.. Baca lagi..

Pasangan YouTuber Sensasi Sugu Pavithra tergamam disapa PM



Pasangan Youtuber sensasi Sugu Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri, berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata. 

‘Pavithra, tak masak ke?’ tanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada, Sugu Pavithra, namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas kerana terlalu gugup. Baca lagi...

Tetap Jual Kasut Emas! Ini Penjelasan Legenda Pasukan Perak, Khalid Jamlus..





Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menegaskan dia akan tetap menjual Kasut Emas miliknya yang dilelong dalam media sosialnya baru-baru ini.

Tambah legenda pasukan Perak itu, keputusan sukar tersebut perlu dibuat demi kelangsungan hidupnya. Baca lagi..

Wednesday, July 8, 2020

Nak Tunjuk Hero! Budak Kecil Ditolak Jatuh Dari Motor!





Nak Tunjuk Hero! Budak Kecil Ditolak Jatuh Dari Motor! Berlaku pagi tadi, Kejadian depan Masjid Khalid Al Walid MINDEF pukul 7:45 pagi 8/7/2020

Jangan Uji Kesabaran UMNO, Pimpinan PPBM Perlu Segera Perbetul Keadaan – Shahril Hamdan


Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan tular di media massa sama sekali tidak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara. 


Kenyataan yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai tidak laku ini adalah cukup biadap, angkuh dan tidak mencerminkan realiti. Baca lagi...



Tuesday, July 7, 2020

Khairuddin Umum Keluar PH, Tolak Anwar – Tak Mahu Bernaung Bawah Pemimpin Sewel!




Khairuddin Sifatkan Anwar Ibrahim Sewel...

Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meletakkan jawatannya serta merta. 

Beliau yang juga merupakan orang kuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak mahu bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’. Baca lagi…

Monday, July 6, 2020

Solidariti Rakyat Malaysia LAWAN Laporan Palsu Al-Jazeera





Laporan tidak tepat oleh agensi berita Al-Jazeera, melalui satu dokumentari pendek bertajuk “Locked Up In Malaysia Lockdown” – mengenai kaedah pihak berkuasa Malaysia menangani pendatang tanpa izin semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mendapat bantahan majoriti pengguna media sosial di platform dimana ia disiarkan seperti YouTube.


Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel


Social Media: