Wednesday, July 15, 2020
PEMANDU MABUK PENJARA 20 TAHUN, DENDA RM150,000
Dira Seru Golongan Lelaki Sertai Kempen Menentang Jenayah Rogol
Kaum Adam, lelaki harus mengambil peranan tanggungjawab dalam usaha membendung peningkatan kes rogol yang berluasa sejak akhir ini.
Justeru itu Dira Abu Zahar mengajak golongan lelaki supaya turut sama dalam kempen menentang jenayah rogol bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan selamat.
Personaliti TV, Dira ataupun nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar berkata, golongan lelaki memainkan peranan penting bagi menghentikan keganasan ataupun jenayah itu. Baca lagi..
Tuesday, July 14, 2020
Kemenangan Tipis – Khairy Yakin Kerajaan PN Masih Boleh Terus Memerintah!
Kemenangan Tipis – Kerajaan Perikatan Nasional masih boleh terus memerintah – Khairy Jamaluddin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yakin bahawa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) masih dapat memerintah walaupun majoriti kecil di Dewan Rakyat.
Itu jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung kemenangan tipis PN ke atas usul pengguguran jawatan Mohamad Arif yang digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun. Baca lagi...
Dewan Rakyat – Isu Bedak dan Gelap selesai…
Pembukaan hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini menamatkan perbalahan isu gelap.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memulakan sesi dewan hari ini memohon Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) diatas mengeluarkan perkataan “gelap, tak nampak”, semalam.
…“Saya telah meneliti handsard dan kejadian tersebut, saya mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah agak menyinggung dan mengarahkan Baling untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” katanya di awal sesi pagi ini.
Bagaimanapun Datuk Abdul Azeez berkata beliau tidak ada niat untuk memanggil sesiapa gelap. Baca lagi..
Monday, July 13, 2020
Dewan Rakyat Tegang! Khalid Samad Meroyan Macam Beruk!
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menghukum, Khalid Samad keluar dari dewan sehingga selesai persidangan.
Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam diarah berbuat demikian selepas berterusan mengganggu ucapan Azhar sempena pelantikannya.
Tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan antara Ahli Parlimen pembangkang sehingga mencetuskan kekecohan.
Azhar meminta kesemua Ahli Parlimen bertenang dan turut mengingatkan kuasanya yang boleh mengarahkan sesiapa keluar sekiranya mengganggu persidangan.
Khalid Samad sejak dari pagi lagi dilihat meroyan tak tentu pasal, macam beruk!
Dilihat cuba mencetuskan kekecohan dengan beberapa kali berucap tanpa kebenaran dan memperlekehkan keputusan Timbalan Speaker.
Tindakan Azhar itu disokong oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain. Baca lagi…
Mohamad Ariff digugurkan jawatan Speaker Dewan Rakyat
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menang setelah Keputusan dicapai dimana 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Baca lagi…
Muhyiddin bidas Anwar, berhubung isu perbahasan dewan rakyat
Sunday, July 12, 2020
DAP JANGAN GANGGU TUGAS P0L1S – AYOB KHAN
Haniza sudah jangka berlaku pelucutan jawatannya
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed sudah menjangka akan berlaku pelucutan jawatannya sebagai Exco Negeri Selangor, cuma tidak dapat mengagak dengan tepat bila surat rasmi pelucutan itu sampai ke tangannya.
“Saya telah jangka tentang surat ini tapi tidak tahu bila sahaja. Kemarin saya terima surat sekitar lewat petang. Baca lagi…
Saturday, July 11, 2020
PKR semakin tak relevan - Azmin Ali
Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin tidak relevan kerana tindakan zalim pemimpinnya terhadap ahli sendiri dan rakyat telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemecatan keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha antara contoh kezaliman parti itu. Baca lagi...
Rezeki datang bergolek! Haniza menang RM1 Juta!
Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020 menyaksikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha menjadi pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta. Baca lagi…
Thursday, July 9, 2020
Tiada maaf, Kerusi Mersing Kekal Milik UMNO – Zahid Hamidi
UMNO menolak permohonan maaf Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui satu ciapan di Twitter berkata kerusi parlimen Mersing akan tetap menjadi milik Umno di dalam pilihanraya umum akan datang.
“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO,” katanya.. Baca lagi..