Saturday, July 18, 2020

Lihat Pendakwah Ebit Lew Buka Elewsmart Dapat Sambutan Luar Biasa





Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew diserbu serta mendapat sokongan luar biasa sempena pembukaan rasmi hari ini.

Bertempat di Bandar Baru Bangi, orang ramai mula beratur seawal pukul 6.30 pagi hingga satu ketika barisannya telah melebihi satu kilometer. Baca lagi >>>

Bantuan dana NTIS untuk syarikat pemula teknologi di buka



Syarikat pemula teknologi kini boleh mendapatkan bantuan dana dengan memohon menyertai National Technology & Innovation Sandbox (NTIS).


Melalui peruntukan dana RM100 juta bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), setiap syarikat pemula boleh memperoleh skim pembiayaan hingga RM4 juta. Seterusnya >>>

Friday, July 17, 2020

Akta Lompat Parti? Ini Cadangan KJ, Pinda Akta Pilihanraya Juga !





Temubual bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Majlis Menandatangani MOU bersama Venturetech dan Duopharma Biotech di Putrajaya. 

Pendakwah Saman Siti Kasim RM2 Juta



Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung hari ini mengambil tindakan tegas dengan menyaman Peguam, Siti Kassim sebanyak RM2 juta berhubung satu kes fitnah.


Saman tersebut bertujuan memberi pengajaran selain membuktikan ketegasannya mempertahankan hak sebagai individu. Seterusnya >>>

Mengejutkan – Jalil Rasheed bukan graduan LSE



Mengejutkan, pihak London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan bahawa bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Bhd Jalil Rasheed yang memegang ijazah daripada University of London bukan graduannya.


“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.” Seterusnya>>>

Mira Filzah bertunang dengan anak Timbalan Menteri



Pelakon terkenal Mira Filzah akhirnya mengesahkan spekulasi bahawa dia dijangka berkahwin dengan anak kenamaan terjawab, apabila mengakui sudah bergelar tunangan orang.


Pengakuannya ini mungkin menyebabkan beberapa lelaki yang cuba mendekatinya berasa kecewa namun sudah tiba masanya bagi Mira mengenali seseorang demi masa depannya. Seterusnya >>>


Thursday, July 16, 2020

Isu Pekerja Asing – Ustaz Khairuddin Aman Libas Teresa Kok




Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali PAS-Kuala Nerus menempelak bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok DAP-Seputeh yang tidak yakin dengan kebolehan rakyat untuk menerajui industri sawit Malaysia.


Teresa dalam soalan tambahan yang dikemukakan kepada Khairuddin mempersoalkan bagaimana MPIC akan merealisasikan Indeks Prestasi Utama (KPI) MPIC memandangkan kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing sehingga penghujung tahun ini. Seterusnya >>>


SPRM Panggil Syed Saddiq Lagi





Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan kehilangan wang didakwa milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hari ini.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya. Seterusnya >>>

Lesen Lynas boleh ditarik balik jika tidak mula bangunkan PDF – Khairy Jamaluddin




Kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen operasi pengeluar nadir bumi berpangkalan di Australia, Lynas Malaysia Sdn Bhd, jika syarikat itu tidak memulakan pembangunan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF) dalam tempoh setahun daripada kelulusan lesennya.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata sebagai pemegang lesen yang telah diperbaharui selama tiga tahun mulai Mac lalu, Lynas disyaratkan memulakan proses itu pada tahun pertama dari tarikh kelulusan lesen. Seterusnya >>>

Isu Pekerja Asing - Ustaz Khairuddin Aman Libas Teresa Kok





Menurut Khairuddin, tindakan Teresa meragui kebolehan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang sawit seolah-olah tidak meraikan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bekerja berbanding pekerja asing.

PKR Perak biadap, tak sabar umum calon PRK DUN Slim



Tak sampai beberapa jam pemergian Allahyarham Datuk Mohd Khusairi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatur langkah untuk menjadi parti terawal mengumumkan calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diadakan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung. Seterusnya >>>

Wednesday, July 15, 2020

Khairuddin Berharap Azmin, Hishammuddin Jilat Tun Mahathir Semula!




Dek kerana terdesak, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan daripada beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN). Ianya berikutan Bekas Perdana Menteri itu hilang sokongan dan kepercayaan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH).


Bagi memastikan Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri semula, Khairuddin menyeru Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berganding bersama Mahathir. 


Seterusnya >>> 

ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia, berkemungkinan serangan jantung



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia sebentar petang tadi.


Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan perkara tersebut.


"Kami sedang uruskan jenazah dan kita tunggu keputusan keluarga berkenaan bawa pulang jenazah ke Tanjung Malim," katanya.


Allahyarham dilaporkan sesak nafas dan di bawa ke Hospital Bentong sebelum disahkan meninggal dunia. Baca lagi...

PEMANDU MABUK PENJARA 20 TAHUN, DENDA RM150,000





Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bakal menyaksikan peningkatan kadar hukuman penjara maksimum dinaikkan dari 15 tahun kepada 20 tahun dan denda maksimum daripada RM6,000 kepada RM150,000.